Pengalaman Aiman Bersunat Bahagian 1

Semalam kami balik dari Kemasik ke Kota Bharu. Agak panjang perjalanan kami sebab ada kemalangan di tengah jalan. Ditambah pula hujan lebat yang mengakibatkan kami perlu drive kereta dengan perlahan saja.

 

Hari ni, jam 9.30 pagi Aiman akan ke klinik untuk bersunat. Dia sooo excited! Rasa tak sabar nak bersunat. Dari pembacaan, pendengaran dia, bersunat ni adalah sesuatu yang menggembirakan. Kiranya something yang menyeronokkan lah. Bukannya sedih-sedih. Sebelum masuk bilik doktor, nurse ada bagi minum ubat tahan sakit sikit.

 

Aiman Bersunat

 

Masuk je ke dalam bilik doktor, dia terus tak nyempat-nyempat nak baring kat katil doktor. Hahaha. Memang tak sabar! Entah apa yang dia tak sabar tuh kikiki. Tak sabar nak jadi orang besar dah barangkali.

 

Tips Bersunat

 

 

 

Haaa ni get ready nak bersunat. Doktor tengah siap sedia. Ni antara langkah-langkah yang doktor ambil dari pemerhatian saya lah.

 

Doktor cek samada bird Aiman ni dah loceh ke belum. Saya tak tahu lah apa bahasa standard loceh tu. Kalau orang kedah, dia panggil loceh. (Dah suami saya orang kedah, bukan orang KL 🙂 ). Kiranya kulit yang lebih tu dah tak melekat dengan kepala bird tu lah. Haaa tu kalau dah loceh lah. Aiman punya ni belum loceh. Jadi doktor kena buat hilang lekatan kulit pada kepada bahagian dalam bird tu. Haa masa ni Aiman dah mula tahu sikit-sikit realiti bersunat. Ia ada rasa sakit sikit. hehe.

 

Kemudian, doktor mula letak bius. Masa ni komunikasi antara doktor dan Aiman memang penting lah. Doktor Azman ni kira ramah juga, tapi takdelah terlalu ramah hehe. Doktor tanya samada Aiman ada rasa pape ke. Sebab doktor nak tahu keberkesanan ubat bius tu pada Aiman. Dalam 2 jarum ke 3 jarum ubat bius juga doktor berikan pada Aiman. Semasa cucuk jarum tu, dah mula nak nangis dah dia hehe. Jarang kena cucuk kot hehe.

 

Selepas Aiman dah konfem cakap tak sakit langsung, tak rasa… doktor kepitkan bird dia dari kulit di bahagian hujung bird dia tu. Nak elakkan darah keluar dengan banyakla kan. Kemudian doktor potong je. 2 kali doktor potong. Sikit-sikit. Darah memang banyak keluar. Ada video saya ambil.  Tapi tu untuk simpanan peribadi lah. Hehe.

 

Kemudian, doktor hentikan pendarahan Aiman tu dengan cara “bakar”  hujung kapilari darah tu. Haa macam laser camtu lah. Ada bau hangit-hangit. Aiman masih tak rasa sakit. Relaks je dia. Tapi dia ada rasa takut. Dah nangis-nangis sikit-sikit. hehe.

 

Setelah selesai, doktor jahit lah sikit bahagian bird yang effected tadi tu. Tak banyak pon. Sekejap je. Dalam 5 minit camtu. Kemudian doktor bersihkan. Ngam-ngam selepas selesai je, habis ubat bius Aiman tu. Doktor bagi satu jarum bius kat Aiman, elak dia terlalu sakit masa baru-baru sampai ke rumah. Lepas tu, doktor minta Aiman bangun dari katil. Haa.. ni muka pertama dia lepas je bersunat hehe.

 

aiman-sejurus-selepas-bersunat

 

Dia ada rasa takut-takut lagi. Kesan kat bird dia tu, jadi lebam (biru) kesan cucuk ubat bius tu. Juga birdnya jadi besar. Kesan dari potong, bius dan jahit tu lah. Kalau mommies tengok bird anak tu besar tiba-tiba lepas bersunat, jangan risau. Tu namanya acute inflammatory reaction. Memang dalam 2 ke 4 hari ia akan membengkak la. Doktor bagi ubat tahan sakit dan juga antibiotik dalam bentuk minum dan sapu.

 

Apa Aiman Buat Semasa Dia Disunatkan

 

Aiman baca surah-surah lazim Alquran. Macam Alfatihah, Annas, Alfalaq, Alikhlas. Tak terfikir nak bagi dia phone masa tu hehe. Kiranya Aiman bersunat tanpa gadget la hehe. Mommies juga boleh berikan anak main game kat tab atau game semasa dia bersunat supaya dia hilang fokus pada takut nak bersunat tu lah.

 

aiman-selepas-sampai-di-rumah

 

Ni gambar baru sampai rumah je. Senyum lagi ler. Ubat bius ada lagi. Heheh.

 

Setakat ni dulu saya kongsikan. Nanti saya sambung lagi pasal rawatan selepas bersunat ye.

 

Salam sayang,

Master ira & Hafizan

0139422527

zahirahhafizan@gmail.com

Presentation12Page cover1

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge