Keputihan Di Kala Hamil – Bahayakah?

Keputihan dengan wanita biasanya sesuatu yang sinonim. Ramai wanita yang alami keputihan. Termasuklah di kala hamil.

Petang ni saya nak kongsikan mengenai keputihan di kala hamil.

Keputihan di kala hamil ni ada 2 jenis iaitu yang normal dan abnormal.

Ada mommies yang alami keputihan bukan kerana tidak menjaga kebersihan di kawasan itu, namun kerana perubahan hormon yang berlaku di kala hamil.

Keputihan normal boleh dilihat dari jenis warna keputihan itu. Jika warnanya putih jernih seperti putih telur, ia adalah normal. Juga jika mommies tak alami sebarang rasa gatal, actually ia adalah keputihan normal😀

Keputihan di kala hamil

Bila hamil, hormon progestron meningkat. Aliran darah ke alat kelamin mommies juga meningkat dengan drastik. Akibatnya, wujudlah keputihan yang jernih seperti putih telur tu. Ia adalah keputihan normal ok✌️️. Ada manfaat tau keputihan normal ini. Ia bantu dalam elakkan jangkitan berlaku pada pangkal rahim.

Ooo baru tau ek? Tambah ilmu baru kita kan mommies😀

Yang abnormal pulak camne rupanya?

Rupa keputihannya macam putih susu, hijau dan berbau busuk serta buatkan mommies rasa gatal. Ia gatal yang amat tau bila makin teruk. Nak garu tak leh sebab kat dalam kan. Fuhh. Seksa sangat! Tidur pon tak lena.

Ini kerana ada jangkitan pada vagina yang lembab dan tidak sentiasa tukar panti liner mahupon seluar dalam. Jadi, jangkitan kuman, bakteria dan parasit boleh berlaku di kawasan alat sulit tu.

Bila dikatakan mengenai jaga kebersihan kawasan intim tu bermaksud, cuci lah kawasan tu pada satu arah. Iaitu dari arah depan ke belakang. Sebab nak elakkan berlaku jangkitan kalau cuci dari belakang then pergi ke depan balik. Di kala hamil, ia memang lebih sensitif dari biasa tau.

Cuci tu dengan air yang mengalir. Elakkan dari menggunakan sabun mahupon pencuci faraj yang berbau harum kerana ia boleh mengubah ph kawasan itu dan boleh juga membuatkan akhirnya wujud keputihan.

Keringkan alat sulit betol-betol selepas membuang air kecil. Jika tidak, kawasan itu akan sentiasa lembab dan akan mengundang parasit untuk bertandang.

Pakai seluar dalam yang selesa dan mudah “bernafas”. Elakkan yang ketat-ketat tau sebab bila berpeluh ia lebih mudah membuatkan kuman merebak.

Makan makanan yang sihat dan penuh nutrisi. Elakkan dari makan junk food tau kerana ia juga boleh lead kepada wujudnya keputihan.

Lagi satu, elakkan stress dengan cara kawal emosi dan fikiran mommies ye.

Dalam Shaklee, kita boleh bantu atasi masalah ni dengan pengambilan garlic dan set kehamilan lengkap.

Haa best tips ini mommies?

Boleh klik share. Supaya kawan-kawan lain pon boleh mendapat manfaat darinya😀

 

Mommies juga boleh kunjungi Facebook group Syoknya Hamil Project untuk mendapatkan ilmu sepanjang kehamilan secara percuma.

 

#SyoknyaHamilProject
#HamilDenganCeria

Salam sayang,

Master ira & Hafizan

0139422527

zahirahhafizan@gmail.com

Presentation12Page cover1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge