Tolak Ansur Dalam Berniaga

Bila anak tidur, ini masa full blast untuk kerja lain. Yelah, kita orang bisnes dari rumah. Dengan anak 24 jam sebagai handbag. Nak taknak, kita kena hadapi. Kata buat bisnes sebab anak kan. Hehe.

 

Anak tidur

 

Bila pergi kedai, tengok seorang kakak ni sibuk-sibuk sediakan makanan untuk customer di kedai makan. Ada anak kecil kat buaian. Tengok umur lebih kurang dengan hazim. Tumpah sesuatu di hati. Tumpah rasa kagum dengan kakak ni. Anak kecil pon kendong bawa ke kedai demi sesuap nasi untuk teruskan hidup.

 

Sebab tu kita ni, nak minta kurang pape barang…berpada-pada lah. Kadang-kadang kita dah tahu harga modal. Kita mintak juga harga modal dengan dia tu. Padahal dia mencari rezeki demi anak. Contoh harga RM45 modal. Kita minta juga RM45 dengan dia. Padahal dia jual kat kita RM56 contohnya. RM11 tu untuk anak dia. Juga tampung kos penghantaran pada kita. Yela, minyak kereta bukan percuma kan.

 

Kita berkira. Kita rasa macam dia cekik darah. Padahal tu hak dia dan anak-anaknya.

 

Kita kata, kita pon bisnes. Nak dia faham. Sebab tu kita minta RM45 juga. Nak dia hantar pula barang tu ke tempat kita dengan free cost. Alahai. Kesian dia. Dahla kita minta harga modal, minta hantarkan ke pintu rumah kita pula. Melampaunya kita.

 

Dalam bisnes, kita kena give and take. Mungkin ada orang buat bisnes suka-suka tanpa tak kisah dia rugi pon. Tapi ada juga orang yang buat bisnes untuk kehidupan yang lebih baik buatnya dan anak-anaknya. Jadi kenapa dia perlu rugi pula kan?

 

Give and take itu sungguh penting dalam kehidupan kita. Kita dapat manfaat dari barang yang dia jual, dia juga boleh nikmat untung.

 

Kan harmoni hidup begitu.

 

By the way, jika anda nak cuba produk Shaklee…boleh tanya saya ye 🙂

Boleh hubungi nombor di bawah untuk kami bantu anda..

 

Salam sayang,

Master ira & Hafizan

0139422527

zahirahhafizan@gmail.com

Presentation12Page cover1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge