SuperMoon Istimewa 2016~ Malam 14 Nov 2016 Ia Berlaku

Teruja macam nak terbang je bila nantikan fenomena SuperMoon (Full Moon Perigee) malam ni. Ikut kajian, hanya 18 tahun akan datang ia bakal berlaku lagi jika terlepas tengok SuperMoon malam ni. Saya pasti ramai yang akan ambil peluang ni kan malam ni.

 

Rakyat Malaysia berpeluang melihat fenomena SuperMoon atau bulan penuh Perigee yang akan kelihatan malam ini bermula jam 7.24 malam sehingga 9.54 malam. Fenomena ni berlaku bukan kerana saiz bulan membesar tau. Ia berlaku kerana bulan berada paling dekat dengan bumi di waktu ini yang membuatkan seolah-olah bulan ni saiznya besar dari biasa. Pada ketika berlakunya SuperMoon ini, bulan kelihatan 30% lebih terang dari biasa, juga 14% lebih besar dari biasa saiznya. Ini kerana jarak bulan dan bumi hanya 350,000 km saja jaraknya di waktu ini. (Tapi ia tetap masih jauh la kan kalau kita nak banding dengan jarak kat bumi ni)

 

Saiz bulan yang dapat kita lihat dengan saiz berbeza

Saiz bulan yang dapat kita lihat dengan saiz berbeza

 

Fenomena supermoon telah berlaku pada 6 Mei 2012, 23 Jun 2013, 10 Ogos 2014 dan 28 September 2015. Bagaimanapun kejadian kali ini merupakan supermoon yang berada pada jarak paling dekat dengan Bumi sejak 68 tahun. Maka rakyat Malaysia perlu mengambil kesempatan ini untuk menyaksikannya kerana ianya dijangka berlaku 18 tahun akan datang.

 

Beza bulan purnama paling kecil tahun 2014 dan yang paling besar tahun 2013

Beza bulan purnama paling kecil tahun 2014 dan yang paling besar tahun 2013

 

Tau tak korang yang SuperMoon yang akan berlaku malam ni adalah istimewa! Kerana ia SuperMoon terbesar dalam kurun 70 tahun. Tahun 2016 ni ada 3 supermoon berlaku tau. Yang paling besar adalah yang akan berlaku malam ini! Dan peluang terakhir kita dapat lihat SuperMoon saiz yang sama macam malam ni adalah pada t25 Nov 2035. Masa ni tak tahu lah kita hidup ke tak lagi kan.

 

Sumber  dari sini.

 

 

 

 

Bola gergasi -SuperMoon

Bola gergasi -SuperMoon

Masyaallah! Besarnya kehebatan dan keagungan Allah. Tuhan yang miliki bulan ini. Malah seluruh apa yang ada di dunia dan antaranya juga. Dari kecil sehingga yang besar. Nikmat mana lagi yang kita dustakan?

 

Jom kita saksikan malam ni. Jangan lupa tau kawan-kawan. Juga ingat untuk basahkan lidah kita dengan zikir dan tasbih pada Allah di kala kita melihat keajaiban ini di depan mata.

 

By the way, jika anda nak cuba produk Shaklee…boleh tanya saya ye 🙂

Boleh hubungi nombor di bawah untuk kami bantu anda..

 

 

Salam sayang,

Master ira & Hafizan

0139422527

zahirahhafizan@gmail.com

 

Presentation12Page cover1

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge