Petua Goreng Ikan Bilis Jadi Sedap Sangat

Saya nak kongsikan satu tips ni. Saya bukannya tau masak sangat pon. hehe. Sian mak mertuaku, dapat menantu tak reti masak. Hehe. takpe, menantu lain terror dah bab masak. Hehe. Sebab tu bila saya balik rumah mertua, saya segan nak masak. Sebab mak mertua saya masak lagi sedap. Kalau mak mertua saya datang rumah kami, memang saya lah masak. Tu pon tengok resepi bukan main banyak! 🙂 Usaha tu nak kasi sedap hehe.

 

Bab ikan bilis saya pandai masak heheee. Dulu tak pandai gak. P . Ayu rasa lenguh je rahang nak makan ikan bilis saya. Tapi suami saya makan gak. Saya cakap, exercise! ehehehe.

 

Rupanya, nak masak ikan bilis kasi sedap mudah je tau. Korang boleh cuba ni okeh.

 

Ikan bilis dibasuh dan ditos.

Potong bawang besar, halia dan cili padi. Kalau nak lebih pedas, letakla lebih algi cili padi. Saya selalu letak 5 biji cili padi. Halia tu potong nipis-nipis je.

 

Mula-mula panaskan minyak. Lepas tu, masuk kan cili padi, halia dan bawang besar tu. Kasi garing dan naik bau. Memang wangiiii. Superb rasa! Orang yang tak expert masak boleh hasilkan bau yang wangi pada masakannya hehe.

 

Lepas tu masukkan ikan bilis tu. kacau kacau kacau. Api perlahan je tau. Kalau tak liat la ikan bilis tu. Haaa dah tau kan nape ikan bilis yang kita goreng tu liat. Sebab ni lah hehe.

 

Then, picit-picit cili padi tu dengan senduk tu. Bagi rasa pedas tu keluar dari cili padi tu hehe.

 

Then rasa, bila dah ok…tutup api. Kan dah siap! Tak yah masukkan pape dah. Gula garam semua takyah. Hehe.

 

Nilah resepi goreng ikan bilis yang sedap sangat bagi orang yang nak cepat dan jimat masa. 🙂 Saya buat ni je. Kalau nak sambal ikan bilis, tak siap ni 10 minit hehe. Suami pon suka, saya lagi suka! Hhehe..

 

Petua Goreng Ikan Bilis Jadi Sedap

 

Aihh. Tengok pon sedap ni! Hehe..

 

Cubalah. Mak mertua mesti suka bila menantu dia masak ni. hehe. Orang busy pon boleh buat ni tau hehe.

 

Saya ada cerita pasal saya kena sumpah dengan ikan bilis mata biru kat sini tau. Klik ok untuk baca. Best sangat cerita dia hehe.

 

Semoga bermanfaat buat semua hehe

 

Tapi saya tak jual ikan bilis hehe.

 

By the way,kalau nak  cuba Shaklee…boleh dapatkan dari saya tau. Special consultation. 🙂

 

Salam sayang,

Master ira & Hafizan

0139422527

zahirahhafizan@gmail.com

 

Presentation12Page cover1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge