Penyusuan Malam Dan Kerosakan Gigi

Ada mitos mengatakan yang apabila anak kecil menyusu di waktu malam, ia menyebabkan gigi anak kecil ini berlubang. Ye ke? Persatuan Pergigian Kanak-kanak di Amerika Syarikat pada tahun 1996 membuat ketetapan elakkan daripada menyusukan anak terutama pada waktu malam sebaik sahaja gigi bayi mula tumbuh.

 

Kerosakan gigi berlaku disebabkan oleh bakteria streptokokus mutants yang dijangkiti daripada orang sekeliling. Bakteria ini bertindak balas dengan unsur gula di dalam mulut dan menyebabkan kerosakan gigi. Ada teori yang mengatakan bakteria ini bertindak balas dengan laktos, sejenis unsur gula dalam susu ibu dan menyebabkan kerosakan gigi. Benarkah begitu?

 

Dua orang pakar pergigian, Doktor Brian Palmer dan Dr Holand Torney membuat kajian kepada tengkorak dari zaman pra sejarah dan mendapati sebelum bermulanya era penggunaan botol, bayi kecil tidak mendapat gigi berlubang. Ribuan tahun dahulu iaitu ketika kebanyakan bayi disusukan dengan susu ibu dalam tempoh yang panjang, gigi berlubang jarang berlaku, malah dikatakan tiada.

 

Dari segi antropologi, penyusuan susu ibu yang juga mekanisme kelangsungan sejarah kehidupan manusia tidak mungkin menjadi penyebab pada kerosakan gigi. Kajian yang dibuat di Amerika Syarikat dari tahun 1999 sehingga 2002 mendapati tiada bukti kukuh menunjukkan penyusuan susu ibu samada dalam tempoh singkat ataupon panjang menyumbang secara langsung kepada masalah gigi bayi. Kajian ini mendapati kemiskinan dan ibu merokok adalah faktor utama risiko masalah gigi bayi.

 

Kajian lain yang dijalankan di Tehran, Iran pada tahun 2008 juga menunjukkan penyusuan susu ibu tidak menyumbang kepada risiko kerosakan gigi dalam kalangan kanak-kanak kecil. Di Iran, kebanyakan ibu menyusukan bayi mereka dalam tempoh masa yang lama. Dapatan lain menunjukkan penyusuan botol adalah faktr utama masalah kerosakan gigi dalam kalangan kanak-kanak.

 

Susu Ibu Melindungi Gigi

 

Haaa best kan tajuk? Heheh. Ada beberapa sebab penyusuan susu ibu melindungi gigi .

Susu ibu mengandungi mineral-mineral yang diperlukan bagi menguatkan gigi. Bakteria yang menyebabkan kerosakan gigi di dalam mulut manusia tidak dapat menggunakan laktos sebagai sumber tenaga sebaik sukros. Laktoferrin yang terdapat dalam susu ibu menghalang zat besi digunakan oleh bakteria bagi membiak. Ia menghalang perkembangan bakteria yang menyebabkan kerosakan gigi. Wow!!!

 

Lagi..lagi???

 

Gigi kanak-kanak sihat

 

Pembiakan bakteria di dalam mulut dihalang oleh antibodi, secretory IgA dan IgG di dalam susu ibu. Bayi baru lahir tidak mempunyai sebarang kuman di dalam mulutnya. Bakteria yang menyebabkan kerosakan gigi dijangkiti melalui beberapa cara seperti kucupan dan berkongsi alatan makanan dan minuman. Patutlah mulut bayi yang menyusu dengan susu ibu berbau wangi!

 

Kerosakan Gigi dan Susu Tiruan

 

Dr Pamela Erickson, penyelidik dari Amerika Syarikat mendapati ada susu tiruan (susu formula) yang cenderung menyebabkan kerosakan gigi. Sesetengah susu tiruan menghakis permukaan dan menyebabkan kerosakan gigi Berkumungkinan susu tiruan menurunkan pH di dalam mulut dan memudahkan kerosakan gigi berlaku. Sesetengah susu tiruan merangsang pembiakan bakteria yang signifikan di dalam mulut dan menyebabkan kerosakan gigi seawal umur beberapa minggu selepas kelahiran.

 

Info >> Semasa bayi menyusu daripada payudara ibu, puting ibu terletak jauh di belakang mulut bayi. Susu yang dihisap terus masuk ke tekak bayi dan tidak berkumpul sekitar gigi bayi.

 

Info lagi, baca >> Kajian ini membuka mata ramai pengamal perubatan dan pergigian yang penyusuan ibu adalah pilihan yang lebih baik berbanding pemberian susu tiruan terutama pada waktu malam.

 

Tu je sharing saya hari ni berkenaan dengan penyusuan ibu di waktu malam dan kerosakan gigi.

Boleh baca sini untuk tahu mengenai kepentingan penyusuan ibu di waktu malam.

By the way, jika anda ingin mendapatkan suplimen yang selamat dan berkesan untuk kesihatan anda dan keluarga…boleh tanya saya ye 🙂

Boleh hubungi nombor di bawah untuk kami bantu anda..

 

 

Salam sayang,

Master ira & Hafizan

0139422527

zahirahhafizan@gmail.com

 

Presentation12Page cover1

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge