Ikan Bilis Mata Biru Dah Sumpah Saya!

Saya ke Sabah pada pertengahan bulan oktober lalu. Dalam hidup saya lah kan, bila ke Sabah, saya tak pernah beli ikan bilis. Hehhehee. Dah banyak kali saya ke Sabah, tapi tak pernah rasa nak beli ikan bilis. Dan saya pelik bila kawan-kawan ke Sabah, diorang borong ikan bilis macam nak buat kenduri! Dan macam nak makan setahun tau hasil borong tu. Serius! Saya rasa pelik sangat-sangat.

 

“Apasallah diorang ni. Macamlah kat rumah takde jual ikan bilis. Satu keje nak angkut bawak masuk flight.”

 

Dan disebabkan saya tak kisah, memang saya tak tanya pon :P. Selalunya saya beli kuih amplang dan kuih cincin je lah. Sebab memang takde kat rumah  hehe. Ikan bilis berlambak kat kedai runcit.

 

Namun, pada tahun ni saya pergi Sabah atas urusan bisnes dan jalan-jalan juga lah 🙂 … Kak El tanya saya, “Ira nak beli ikan bilis?” Dalam benak fikiran saya, ” Owh ikan bilis. Cubalah kali ni. Apa yang special sangat ikan bilis kat Sabah ni”.

 

Saya jawab kat Kak El, “Nak kak,” Dengan senyuman. Jadi pergi lah kami semua ke kedai ikan bilis tu.

 

Tibanya di kedai tu, mak ai! Banyaknya ikan bilis ni! Yang glamor diorang duk sebut-sebut, ikin bilis mata biru. Saya tengok matanya. Memang biru! Actually,ni kali pertama saya peduli warna mata ikan bilis tau. Heheehee.. betapa ku bukan peminat ikan bilis.

 

Saya beli lah ikan bilis mata biru tu 2 kilo je. Kawan saya ada yang beli sampai 6 kilo. Konfius mak. ahaha. Tapi saya biarkan je. Dah tu dia nak. Saya ni takde lah makan banyak sangat pon ikan bilis hehe. Tu pon nak bagi mak juga 1 kilo.

 

Saya Kena Sumpah Dengan Ikan Bilis!

 

Haaa padan muka! Hahaha. Sejak balik dari Sabah tu, saya asyik makan ikan bilis. Setiap hari! Goreng rangup-rangup, letak cili padi dan bawang besar. Haaa siap! Memang buka selera sangat-sangat tau. Tak makan yang lain pon takpe. (Syukur ada vitamin. Boleh tetap lengkapkan keperluan nutrisi badan saya kasi cukup juga).

 

Dan pertama kali dalam hidup, saya tak sabar-sabar nak gi Sabah lagi. Nak beli ikan bilis. Hehehe. Haa, nampak dah? Saya pon dah jadi macam kawan-kawan saya. Peminat ikan bilis Sabah! Tak pandang dahhh ikan bilis lain hehee.

 

Ikan Bilis Mata Biru Dari Sabah

Nak tahu kelebihan ikan bilis mata biru ni berbanding ikan bilis lain bagi  pandangan saya? Haaa…ianya kecil je. Bila masak dengan betol, rasa dia rangup krup-krup sangat! Rasa fresh! Sebab saya beli ikan bilis yang baru :). Apa lagi ek? Haa ni yang paling best! Rasa puas hati sangat! Sampai termimpi-mimpi tau jadinya. Hehehe.

 

Tulaaa..action sangat dulu tak ambik tau kan hehe. Kan dah kena sumpah dek ikan bilis mata biru ni! 🙂

 

 

Boleh tengok sharing saya di sini. Video live tau 🙂

 

Semoga bermanfaat buat semua hehe

 

Tapi saya tak jual ikan bilis hehe.

 

By the way,kalau nak  cuba Shaklee…boleh dapatkan dari saya tau. Special consultation. 🙂

 

Salam sayang,

Master ira & Hafizan

0139422527

zahirahhafizan@gmail.com

 

Presentation12Page cover1

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge