Eksklusifnya Buah Kristal Sarawak!

4 tahun saya di Miri, tak pernah jumpa tau buah ni.

 

Tup-tup selepas 4 tahun saya tinggalkan Sarawak, eh eh…baru kenal buah ni. Hehe.

 

Mula-mula pegang buah ni, tengok macam pelik apasal semua orang duk ketuk-ketuk meja sambil pegang buah ni.

Buah Kristal Sarawak

Buah Kristal Sarawak

 

 

Rupa-rupanya, sebab buah ni miliki kulit yang keras. Memang keras! Nak gigit pon tak mampu. Patah gigi pon tak pasti boleh pecah ke tak kulitnya. Hehe.

 

Sape nak cuba, bolehlah pecahkan guna gigi kalau tak percaya😂.

 

Rupa-rupanya ada tekniknya. Just pegang dua buah kristal ni. Kemudian lagakan. Salah satunya akan pecah kulitnya.

 

Saya cuba sekali buah ni. Apa rasa??

 

sedapnya!!!! Haaa itu perasaannya. Sebiji demi sebiji saya pecahkan dan makan. Mak ai! Menjadi-jadi tau.

 

Buah Kristal Sarawak

Buah Kristal Sarawak

 

 

Rasanya macam buah mata kucing. Manis dan sedap!

 

Kata kawan saya, buah ni tiada sangat di Bintulu. Kalau kat Sibu ada. Ni buah yang dibeli dari Sibu ni. Semasa Aisyah on the way nak ke Bintulu, dia belikan buah kristal ini.

 

 

Kenapa Buah Ni Dinamakan Buah Kristal?

 

Haaa saya pon tertanya juga. Kenapa kristal? Kata mak mertua ju, sebab ia keras. Macam kristal. Hmmm. Betol jugak tu. Tapi tak cantik macam kristal😂

 

Orang Sarawak sendiri pon baru tahu pasal buah kristal ni tau. Kawan saya ni la. Hehe. Mungkin sebab kulitnya keras, orang ingat ia tidak boleh dimakan. Rupanya sedap yang amat. 😀

 

Kalau buah baru, warnanya hijau. Harganya dalam RM12 sekilo. Tapi kalau warna dah tukar jadi hitam-hitam sikit tu, buah tu dah lama sikit. Harga biasanya RM8 untuk sekilo la.

 

Sesiapa yang datang ke Sarawak terutamanya Sibu, bolehlah cuba buah kristal yang segar. 😀

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge