Berakhir 3 Tahun Pengajian

Sejak usia 4 tahun Syamimi mula bersekolah. Dalam bersekolah, banyak yang dipelajari dengan sangat enjoy. Kami sememangnya tak memaksa untuknya belajar sampai score mesti dapat no 1 dalam kelas sepanjang masa. Biar dia menikmati zaman kanak-kanak dengan normal. Hehe.

Betollah, bila kanak-kanak ni diberi pendedahan untuk enjoy apa yang mereka belajar…they actually can do it better. Mereka belajar sambil bermain. Itu sikap mereka. Yang penting parents kena pantau anak-anak. Enjoy enjoy pon, membaca mesti tahu. Termasuk alquran. Tapi takyah lah push untuk semua dapat 100 markah. Hehe. Tapi memang ye, bila tak push, banyak pula subjek yang 100 markah. Haa ni yang tadika lah ye.  🙂 . Bukan SPM :p

Syamimi 6 tahun

Sorang lagi anak kami dah grad dari dunia tadika. Kini masuk usia 7 tahun. Terapkan disiplin dalam diri syamimi. Solat kena mula konsisten. Jati diri dari dalam perlu dikukuhkan. 7 tahun dari sekarang waktu untuk disiplinkan Syamimi dengan penuh kasih sayang. Ibu kena tegas dengan kakak lepas ni tau. Tegas manja-manja gitu. Heehe. Subuh kena bangun dah macam abg aiman 🙂 . Tudung belajar konsisten pakai bila keluar rumah. Solat 5 waktu laksanakan sepenuhnya. Ni tiang.

 

Welcome to new world my girl. Kawan ibu dunia akhirat. Sampai bila-bila kita berkawan ok. Janji tau😀

Next year, ready for mandarin. Tapi takpe. Abg aiman dah ada. Insyaallah, jalan untuk syamimi lagi mudah. Sebab abang aiman dah boleh tolong guide 🙂

 

Terima kasih banyak-banyak untuk semua guru Syamimi dari umur 4 tahun ke 6 tahun.

 

Banyak dia belajar. Hafal doa macam-macam. Surah macam-macam. Even almulk pon lekat di bibir dah. Cuma kami kena keep on train her. Kalau tak, lupa lerr hihi.

 

Insyaallah, Aiman dan Syamimi graduan dari Pasti, akan kekal konsisten dalam menghafaz quran. Juga amalkan islam dalam diri mereka. Itu yang penting. Konsisten.

 

 

By the way, jika anda ingin mendapatkan suplimen yang selamat dan berkesan untuk kesihatan anda dan keluarga…boleh tanya saya ye 🙂

Boleh hubungi nombor di bawah untuk kami bantu anda..

 

Salam sayang,

Master ira & Hafizan

0139422527

zahirahhafizan@gmail.com

Presentation12Page cover1

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge