Apa IbuBapa Perlu Tahu Tentang Tidur Bayi

Bayi kecil merupakan anugerah Allah yang dikurniakan kepada kita dan ia adalah penghibur hati seisi keluarga. Namun, apabila dia mahu menyusu, ibu lah insan yang paling penting untuknya di ketika itu. Tambah-tambah pula di waktu malam. Bayi yang menyusu dengan susu ibu akan lebih kerap bangun malam berbanding dengan bayi yang meminum susu formula kerana susu ibu lebih mudah dihadam berbanding susu formula. Jadinya, memang lagi kerap lah anak bangun menyusu dari ibunya. Kerana bayi baru lahir memerlukan susu untuk terus membesar.

 

Ada bayi yang bangun sekali dua sahaja sepanjang malam untuk menyusu ibu. Namun ada juga bayi yang asyik menyusu sepanjang malam tanpa henti yang akhirnya boleh memberikan tekanan kepada ibu bapanya terutama ibunya. Ibubapa perlu mengetahui bahawa kitaran tidur bayi baru lahir berbeza dengan orang dewasa. Ibubapa perlu juga memahami yang keperluan menyusukan bayi tidak kira siang ataupon malam. Apabila ibubapa faham keadaan ini, ia mampu meredakan tekanan dengan menganggap bayi tidur sehingga pagi dan tidur mereka tidak terganggu. Kerana inilah kitaran semulajadi seorang bayi.

 

bayi tidur

 

Corak Tidur Bayi

 

  1. Pada awalnya, bayi tidak dapat membezakan waktu malam mahupon siang. Yelah dalam perut kan dulu dia tinggal. Takde keluar matahari bila siang 🙂
  2. Semasa di dalam rahim, mereka bangun tidak kira malam mahupon siang. Jadi, mereka tetap berkelakuan yang sama apabila lahir ke dunia. Yelah bayi kan baru je sampai semalam (kalau baru lahir semalam) kat dunia. Camne kita nak dia berubah cepat sangat. Berikan dia masa 🙂
  3. Kebanyakan masa mereka dihabiskan dengan tidur dan bagi menyusu setiap beberapa jam. Kita tidur pon,akan rasa lapar bila bangun kan. Haaa bayipon camtula. Alaa, kita kan dulu bayi hehe. Tak ingat ke? 🙂
  4. Bayi biasanya tidur 8 hingga 9 jam pada waktu siang dan kira-kira 8 jam pada waktu malam. Best kan? Hehe. Kita mak bayi dah. Jangan berangan nak tidur macam ni. Sekali sorang je dapat rasa. hehehe.
  5. Namun bayi tetap bangun setiap 3 ke 4 jam bagi menyusu.

 

Haaa. Boleh nampak dah kenapa bayi kita ni asyik terjaga dan nak menyusu je ni malam-malam sampai ada yang rasa tergendala tidurnya. Ia sememangnya kitaran semulajadi sebagai seorang bayi yang dalam proses membesar dengan sungguh pesat di waktu ini.

 

Jom kita baca jenis-jenis tidur bayi pulak. Supaya kita lebih memahami bayi kita ni. So takdelah kita easa dia mengada-ngada saja-saja buat kan 🙂

 

Jenis-jenis tidur yang ibubapa perlu tahu

 

Tidur bayi mempunyai peringkat-peringkat nyenyak dan kitaran tertentu. Secara amnya ada 2 jenis tidur:

  1. Tidur jenis REM (Rapid Eye Movement)
  2. Tidur jenis non REM

Haaa apa kah ni? Baru pertama kali baca? Ops! Bukan awak je tau. Saya pon masa baru pertama kali baca hari tu rasa macam “wah! ada 2 jenis tidur bayi? Aku anak 4 baru tahu ni” hehe. Kalau korang camni juga, kita geng lah 🙂

Jom saya terangkan apa tidur jenis REM dan non REM ni dulu ok.

 

Tidur Jenis REM

  1. Tidur yang ringan (light sleep) iaitu mata bergerak dengan cepat di bawah kelopak mata.
  2. Mimpi berlaku pada fasa ini
  3. Separuh dari masa tidur bayi setiap hari adalah jenis REM, terutamanya  semasa enam bulan pertama (Patutlah anak mudah terjaga kan! hehehe)
  4. Tidur ini berkurangan apabila bayi meningkat dewasa (membesar)

 

Tidur jenis non REM

  1. Peringat pertama: Keadaan mamai. Mata hampir tertutup
  2. Peringkat kedua: Tidur ringan (light sleep), bayi bergerak sedikit-sedikit dan mungkin terkejut sekiranya ada bunyi disekitarnya.
  3. Peringkat ketiga: Tidur nyenyak (deep sleep). Bayi senyap dan tidak bergerak
  4. Peringkat keempat: Tidur sangat nyenyak  (very deep sleep). Bayi senyap dan tidak bergerak

 

Info>>Tahukah kita yang ia menjelaskan mengapa bayi senang terjaga pada waktu-waktu tertentu. Ia membantu dalam merangsang perkembangan otak bayi.

Lagi info best >> Kitaran tidur bayi bermula dengan peringkat satu,kemudian berpindah ke peringkat dua, sebelum ke peringkat tiga dan empat. Kemudian, kitaran itu berpatah balik ke peringkat tiga sebelum ke peringkat dua dan berpindah ke jenis REM. Kitaran ini berlaku beberapa kali semasa bayi tidur.

 

Penting Buat Ibubapa Tahu!

 

Apabila ibubapa mula membuai, mendodoikan ataupon menyusukan bayi, kelopak mata bayi mula layu dan bayi akan tersengguk-senggukdi dalam pelukan ibu. Matanya tertutup  dan biji matanya bergerak-gerak. Bayi masih menggenggam tangan dan kadang-kadang bergerak-gerak ataupon tersentak, dan mungkin juga tersenyum semasa tidur. Sekiranya bayi menyusu, hisapannya bertukar menjadi hisapan non-nutritif. Pada waktu ini, tidur bayi masih belum nyenyak. Sekiranya ibu mengalihkannya ke atas katil, kemungkinan bayi terjaga dan sukar tidur semula. 

 

Bagi mengelakkannya terjadi, terus dodoikan bayi sehingga dia benar-benar nyenyak. Pada waktu ini, bayi benar-benar tidur lena dan ibubapa boleh mengalihkannya ke atas katil ataupon tempat tidurnya. Ibu boleh melepaskan mulut bayi daripada payudara pada waktu ini.

 

Lagi lagi info penting >> Tanda-tanda tidur nyenyak adalah bayi menjadi senyap, tidak lagi bergerak, muka tiada ekspresi, pernafasannya menjadi teratur, dan otot-ototnya betol-betol relaks. Tangannya mula terbuka dan terkulai. Hisapan pada payudara turut terhenti.

 

Jadi, lepas ni kita boleh practice ni tau untuk bayi kita. Takde masalah kita nak buat kerja lah lepas ni kan. Anak insyaallah tidur nyenyak tanpa jaga balik terlalu cepat.  Insyaallah.

 

Saya akan kongsikan lagi tips. Nanti keep on datang dan visit zahirahhafizan.com tau.Ilmu parenting ni sangatlah best kan. Banyak lagi kita perlu gali ilmu. Saya pon macam tu juga ni. Baca dan kongsi. Semoga ia menjadi amal jariah kita di alam kubur kelak 🙂 .

 

By the way, jika anda ingin mendapatkan suplimen yang selamat dan berkesan untuk kesihatan anda dan keluarga…boleh tanya saya ye 🙂

Boleh hubungi nombor di bawah untuk kami bantu anda..

 

 

Salam sayang,

Master ira & Hafizan

0139422527

zahirahhafizan@gmail.com

 

Presentation12Page cover1

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge