9 Langkah Keselamatan Tidur Bersama Bayi

Bila kita sebagai ibubapa ni selalu tidur bersama dengan bayi ni kan…tentu sekali keselamatan bayi ni kita perlu utamakan. Beberapa langkah keselamatan yang perlu diberi perhatian oleh ibubapa yang tidur bersama bayi.

 

baby in cot

 

  1. Susukan bayi

Ibu yang menyusukan bayi senang terjaga apabila bayinya terjaga. Bayi dan ibu biasanya berada dalam kitaran tidur yang sama.

 

2. Posisi tidur bayi

Meletakkan bayi di sebelah ibu adalah lebih baik daripada meletakkannya di antara ibu dan ayah. Posisi tidur bayi yang baik adalah tidur terlentang. Sekiranya bayi tidur meniarap, pastikan pernafasan bayi selalu dipantau.

 

3. Pastikan tilam dan katil selamat. 

Tilam perlu rata dan tidak lembik. Sekiranya katil tidak cukup besar, letakkan kot tepi katil yang dapat dilekapkan selaras dengan katil ibubapa. Pastikan ada pengadang di bahagian tepi katil sekiranya bayi tidur di bahagian tepi. Sekiranya katil dirapatkan ke dinding, pastikan tiada lubang yang dapat menyebabkan bayi terjatuh ataupon tersepit. Katil air (water bed) tidak sesuai digunakan sekiranya ibubapa mahu tidur bersama bayi. Bayi mungkin terperosok di antara lipatan katil dan meningkatkan risiko bayi lemas.

 

4. Jangan biarkan bayi tidur bersendirian di atas katil orang dewasa tanpa ada pemantauan. 

5. Elakkan tidur ataupon berbaring dengan bayi di atas sofa kerana sofa tinggi dan ada kalanya lembik yang boleh membuatkan bayi lemas.

 

6. Sekiranya ibubapa tidur bersama kanak-kanak lain, pastikan mereka tidak tidur bersebelahan dengan bayi. Kanak-kanak tidur dengan lasak dan mungkin menghimpit ataupon mencederakan bayi. Pastikan ibu atau ayahnya tidur di antara bayi dan kanak-kanak yang lebih besar.

 

7. Elakkan suhu bilik terlalu panas. Pakaian bayi juga jangan berlapis-lapis yang boleh mengakibatkannya panas melampau. Bayi sepatutnya selesa dengan baju tidurnya. Sekiranya bayi gemar untuk dibedung, pastikan menggunakan kain bedung yang nipis.

 

8. Letakkan selimut atau kain yang minima untuk kegunaan bayi. Elakkan dari meletakkan barang yang terlalu banyak berdekatan dengan bayi bagi mengelakkan datangnya bahaya pada bayi.

 

9. Elakkan daripada tidur bersama bayi sekiranya ibu atau bapa exee(kajian di negara Barat menunjukkan merokok meninggikan risiko kematian mengejut (SIDS), meminum arak atau mabuk, mengambil ubat atau dadah yang menyebabkan mengantuk yang melampau dan tahap kesedaran yang rendah, mempunyai penyakit yang mengurangkan kepekaan kepada keperluan bayi dan terlalu letih sehingga menyebabkan kesukaran  bertindak balas kepada reaksi bayi.

 

By the way, jika anda ingin mendapatkan suplimen yang selamat dan berkesan untuk kesihatan anda dan keluarga…boleh tanya saya ye 🙂

Boleh hubungi nombor di bawah untuk kami bantu anda..

 

 

Salam sayang,

Master ira & Hafizan

0139422527

zahirahhafizan@gmail.com

 

Presentation12Page cover1

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge