10 Tips Tingkatkan Imun Sistem Di Musim Hujan

Assalamualaikum dan terima kasih kepada pembaca zahirahhafizan.com kerana sentiasa follow perkongsian kami di blog ni. Hari ni saya berkongsi mengenai tips tingkatkan imun sistem di musim hujan. Yelah, musim hujan kan sekarang ni. Anak-anak mudah sangat terdedah kan. Kita sekali lah tersangkut jawabnya bila anak-anak tak sihat.

 

Apa Jadi Bila Musim Hujan?

 

Bila cuaca sering bertukar dari cerah kepada hujan ni, sudah badan kita pon terdedah pada pelbagai kemungkinan di kala cuaca berubah.Sekejap sejuk, sekejap panas. Berjalan di atas lantai pon kaki terasa sejuk. Mandi air suam pon, badan tetap gigil macam mandi ais kan? Saya lah tu camtu :). Bila keadaan macam ni, badan terdedah kepada selsema dan demam serta sakit tekak tau. Sebab sejuk kan.

 

 

Tips tingkatkan imun sistem di musim hujan

Apa Perlu Kita Buat?

 

  1. Kita perlu elak minum ais. Walau makan kat kedai, walau biasa order air ais. Elak dari minum ais. Ada orang yang tak biasa dengan minuman suam atau panas. Rasa tak boleh nak masuk tekak. Tapi kali ni, kita memang kena amalkan ni. Musim hujan, sejuk. Takkan nak minum ais jugak kan? Ia lagi mempercepatkan kita untuk dapat sakit sebenarnya tau.

 

2. Bangun pagi-pagi, minum air suam terlebih dahulu. Sebab masa bangun tidur tu sememangnya badan kekurangan air sebenarnya. Jadi, boleh minum air dulu ok. Pilih air suam berbanding air suhu bilik. 🙂

 

3. Mandi air suam. Elakkan mandi air sejuk. Kalau tak de heater, masak air panas. Rasa menyusahkan lah sikit sebab mungkin kita tak biasa. Tapi ia jauh lebih mudah berbanding bila dah sakit nak ulang alik klinik sebab nak ambil ubat.

 

4. Pilih pakaian yang lebih tebal dari biasa. Cover badan dengan jacket atau cardigen atau baju berlengan panjang walau di rumah.

 

5. Amalkan pemakaian selipar di rumah. Kami biasanya pau selipar kat hotel tu hehehe. Jadi memang pakai selipar kat dalam rumah. Nak elak kaki sejuk. Lagi-lagi di musim hujan ni kan.

 

6. Pakai stokin. Anak-anak biasalah. Mana suka pakai selipar dalam rumah kan hehe. Beri mereka pakai stokin. Macam sekarang ni anak saya tengah ada kelas mengaji kat masjid. Haaa mereka pon diwajibkan pakai stokin. Sebab takmau rasa sejuk bila pijak lantai kat masjid.

 

7. Minum dan makan makanan yang boleh memanaskan badan. Contohnya air teh halia, air alfalfa. Ni bantu dalam buat badan rasa hangat.

 

8. Elakkan duduk atas lantai tanpa berlapik.

 

9. Minum air kosong yang cukup.

 

10. Amalkan pengambilan suplimen untuk tingkatkan imun sistem. Dan pada masa yang sama suplimen ini membantu dalam memanaskan badan. Kalau dalam Shaklee, saya cadangkan ambil nutriferon, omegaguard, garlic, vitamin C dan alfalfa untuk imun sistem yang tinggi, juga pada masa yang sama panaskan badan.

 

Itu saja tips dari saya hari ni. Semoga ia bermanfaat.

 

By the way, nutriferon dan alfalfa ada offer tau bulan ni. Hari ni hari last offer. Boleh borong siap-siap untuk imun sistem yang tinggi bagi diri kita dan keluarga. Bagi elakkan kita semua ambil ubat kat klinik, kita sememangnya perlu cukupkan nutrisi badan kita dengan suplimen yang sesuai dan terbukti berkesan. Dan yang paling penting ia selamat.

 

Baca>> Offer November 2016 yang gempak!
Baca juga >> Kelebihan nutriferon. 40 tahun kajian sebelum dicipta.
Baca lagi>> Kelebihan omegaguard yang tiada galang ganti pada minyak ikan.

Best >> Info Alfalfa yang ramai tak tahu

Wow Info best>> Garlic dan keistimewaannya.
Haaa…nak mengorder atau nak tanya pape? Boleh hubungi saya ok.

 

Salam sayang,

Master ira & Hafizan

0139422527

zahirahhafizan@gmail.com

Presentation12Page cover1

19 Responses to “10 Tips Tingkatkan Imun Sistem Di Musim Hujan”
  1. Uncle Zuan 30 November, 2016
    • mm Nur Zahirah 7 December, 2016
  2. nikkhazami 30 November, 2016
    • mm Nur Zahirah 7 December, 2016
  3. NURUL AZIYANA 30 November, 2016
    • mm Nur Zahirah 7 December, 2016
  4. Ahmad 30 November, 2016
    • mm Nur Zahirah 7 December, 2016
  5. siti hazreen 2 December, 2016
    • mm Nur Zahirah 7 December, 2016
  6. Hero Borneo 2 December, 2016
    • mm Nur Zahirah 7 December, 2016
  7. Jie Susanos 6 December, 2016
    • mm Nur Zahirah 7 December, 2016
  8. Mazni Azmi 30 August, 2017
    • mm Nur Zahirah 5 September, 2017
  9. Ibu Zaid 8 September, 2017
    • mm Nur Zahirah 9 November, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge