Kenapa Breastfeeding Untungkan Ibu, Ayah Dan Anak

Assalamualaikum semua. Apa khabar? Terima kasih kerana sentiasa follow post kat blog ni tau hehe.

Saya nak kongsikan sesuatu buat anda semua hari ni. Iaitu mengenai kehebatan breastfeeding dan keuntungannya bagi ibu,ayah dan anak itu sendiri.

 

anak-breastfeed-saya

 

Apabila kita sebagai seorang ibu membuat keputusan untuk susukan anak dengan susu kita sendiri, kita telah memberikan keuntungan kepada kita, suami dan anak itu sekali.  Ianya dalam bentuk:

Kelebihan untuk bayi:

  1. Anak terlindung dari cirit birit, asma, infection telinga, pneumonia,
  2. Mengurangkan risiko kematian kanak-kanak dengan mengejut (Sudden Infant Death Syndrome)
  3. Mengurangkan risiko obesiti
  4. Meningkatkan tenaga
  5. Anak semakin sayangkan ibunya kerana sering alami sentuhan kulit ke kulit.
  6. Usus yang sihat kerana susu ibu mudah untuk dihadam
  7. Kurangkan risiko alami masalah sembelit mahupon usus tersumbat
  8. IQ anak lebih bijak kerana susu ibu miliki kelebihan tersendiri dari segi kandungan DHA nya
  9. Boleh minum susu dengan cepat tanpa tunggu dibancuh 🙂

 

Kelebihan untuk ibu: 

  1. Mengurangkan risiko kanser payudara dan juga kanser ovari
  2. Mengelakkan dari terkena diabetes jenis kedua dan juga kemurungan selepas bersalin
  3. Mengurangkan tekanan
  4. Ibu cepat kurus. Apa taknya, asyik bakar kalori je semasa menyusu kan? 🙂
  5. Memudahkan ibu untuk susukan bayi di mana saja dan bila-bila masa saja. Mudah yang amat!
  6. Terbinanya hubungan yang erat antara ibu dan anak.
  7. Mempercepatkan pengecutan rahim. Jadi ibu lagi cepat menjadi makin sihat
  8. Menjarakkan kehamilan dalam tempoh 6 bulan pertama penyusuan penuh dengan susu ibu. Namun, ia berbeza

 

Kelebihan untuk ayah:

  1. Jimat wang ringgit untuk membeli susu formula 🙂 🙂 🙂 . Ni penting kan di zaman sekarang ni. Susu formula pon bukan murah
  2. Ayah tak perlu bangun di waktu malam untuk bancuh susu. Haaa suka kan? Heheh
  3. Isteri kembali shape up dengan cepat. Ni mana ada suami yang tak suka. 🙂
  4. Memudahkan semasa travel sebab tak perlu ayah nak angkut bakul bekas susu.
  5. Jimat duit untuk ke klinik kerana anak dan isteri sentiasa sihat 🙂
  6. Jimat masa cuti ayah. Takdelah asyik emergency leave je memanjang.
  7. Annual leave ayah pon tidak dihabiskan untuk jaga anak dan isteri sakit

 

Haa ni baru sikit je saya kongsikan hehe. Ada banyakk lagi tau. Rajin-rajinlah visit blog ni lagi ek. Ada saya kongsikan macam-macam kisah penyusuan susu ibu di sini tau. Eksklusif buat anda 🙂

 

Anda ibu baru yang merancang untuk susukan anak dengan susu ibu?

Anda tak tau nak mula dari mana?

Anda ada masalah pengeluaran susu ibu?

 

Boleh tanya saya bagaimana. Free consultation untuk anda.

 

Salam sayang,

Master ira

0139422527

9-find-us-we-cares

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge