Jom Bawak Kotak Ke Pesta Lelong Buku Putrajaya 2016

Sambil-sambil blogwalking, ada jumpa pasal orang sharing mengenai Pesta Buku 2016. Jadi saya nak share jugak lah supaya boleh bantu teman-teman untuk dapatkan harga buku serendah RM1 tau.

 

Pesta Lelong Buku Putrajaya 2016

 

 

Keluaran Lebih dari 50 Pengeluaran

 

Haaa…ni pon sangat awesome tau! Bukan keluaran cikai-cikai atau kampung-kampung je ni. Glamor kan penerbit-penerbit tu. SifuFBads pon ada hehe. PTS, SyriaCare, ITBM dan banyak lagi.

 

Tarikh Dan Lokasi

 

Tarikhnya 21-30 Oktober ni tau. 10 hariii tuuu!! Sure penuh padat orang. Gi awal-awallah. Kang buku habis pulak. Hehee. Tempatnya di Dewan Cempaka Sari Presint 3, Putrajaya.

 

Nak Sewa Booth? Nak Hubungi Pihak Penganjur?

 

Boleh hubungi pihak penganjur Sinergi Ilmu 019-3258285 atau 03-41317766 atau 019-3258289. 

 

Harga Buku Serendah RM1

 

Haaa..yang ni terkejut kan? Heheh. Buku memang murah je modalnya. Lagi-lagi yang dicetak banyak-banyak tu. Tapi jual? Sebab tu lah bagi mereka yang buat buku ni kan…untung sangat tau. Nak tulis buku dan dipasarkan dengan meluas perlu ada ilmu. Nampak betapa hebatnya nilai ilmu. Siap boleh jana duit. Ni nak buku harga lelong boleh datang sini. Tak de alasan dah cakap takde budget nak beli buku :). Diskaun hingga 80% tu! Manaaa nak dapat kalau bukan kat Pesta Lelong Buku ni… Dah la buku berkualiti. 

 

Jom Bawa Kotak

 

Haa..kenapa saya cakap bawa kotak? Sebabnya…nanti tak cukup tangan nak bawa buku yang bermacam-macam jenis tu nanti. hehe. Kalau bawa RM50 pon..kalau satu buku RM1….Dah 50 buku tu 🙂 ! Sebab tu bawak kotak siap-siap hehe.

 

Boleh tengok video Pesta Lelong Buku ni kat sini tau.

 

 

Haaa… dah tengok video ni?

Takde alasan dah abang! Kena pergi jugak tu. Heheh.

 

Nak mencari vitamin yang terbukti berkesan dengan klinikal studies diiktiraf untuk diri dan keluarga?

Nak cuba menambahbaik tahap kesihatan anda sekarang ni?

Nak menambah pendapatan secara sampingan hanya dari rumah?

 

Boleh hubungi kami untuk kami bantu anda.

 

Salam sayang,

Masters ira&hafizan

0139422527

zahirahhafizan@gmail.com

Health Care Partner in Shaklee

 

2 Responses to “Jom Bawak Kotak Ke Pesta Lelong Buku Putrajaya 2016”
  1. Mawardi Yunus 21 October, 2016
    • mm Nur Zahirah 31 October, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge