Cara Menyusukan Bayi Dengan Lebih Efektif Di Mana Saja

Tak sabar saya nak kongsikan dengan mommies pasal cara bagaimana nak menyusukan anak.

 

Newborn baby

 

 

Pilih Tempat Yang Sesuai Untuk Menyusu

 

Setiap sesi penyusuan ibu akan mengambil masa dari 7 hingga ke 40 minit tau. Jadi, apabila nak mula menyusu…kita kena pilih tempat menyusu yang sesuai dan selesa buat kita dan bayi. Setiap orang berbeza. Kalau kita ni jenis yang tak boleh kalau bising-bising…haa..kita cari tempat yang sunyi sikitla. ๐Ÿ™‚ Kalau kita ni jenis yang mudah bosan, boleh lah menyusukan anak sambil tengok tv. Test dulu tempatyang sesuai untuk diri kita ๐Ÿ™‚

 

Pegang Bayi Pada Posisi Yang Betul

 

Semasa nak menyusukan bayi, pastikan posisinya tidak menyebabkan lengan dan belakang mommies sakit tau. Letakkan seberapa banyak kusyen atau bantal yang banyak di sekeliling mommies untuk sokongan. Ramai mommies dapati posisi melengkok seperti buaian tu amat sesuai buat mereka tau. Tapi setiap mommies sudah pasti berbeza. Yangpaling penting adalah bayi dan mommies berada dalam keadaan selesa semasa menyusu tau. Tak kisah lah posisi macamana sekalipon ๐Ÿ™‚

posisi menyusu

 

Cara Lekapan Payudara Semasa Menyusu

 

Semasa bayi mula untuk menyusu, cuba perhatikan cara bayi melekap pada payudara. Bayi sepatutnya menghisap payudara mommies dengan mulut penuh. Jika rasa sakit semasa bayi sedang menyusu, lepaskan lekapan tu tau. Kalau tak, boleh buat mommies rasa sangat menyakitkan. Caranya adalah dengan memasukkan jari kelingking mommies antara gusi bayi dan puting mommies. Kemudian cuba sekali lagi menyusukan bayi tau. Jangan berhenti pulak dek kerana fobia. Hehe. Jika kali ni bayi menyusu dengan lekapan yang betol, teruskan penyusuan ok mommies ๐Ÿ™‚ .

 

Teknik Lekapan Bayi

 

Masalah Biasa Yang Dihadapi Semasa Penyusuan

 

Menyusu dengan susu ibu ni bukannya baru tau. ย Dah berkurun dah mak nenek monyang kita amalkannya. Namun ia bukannya selalunya mudah tau. Ramai mommies yang alami kesulitan terutamanya pada peringkat awal bayi lahir. Dalam tempoh 6 minggu pertama, biasanya bayi baru nak biasakan diri untuk mula belajar menyusu, mommies mungkin akan alami masalah ini iaitu

  • Payudara bengkak sebab susu sangat penuh
  • Mastitis iaiti keradangan pada payudara
  • Puting sakit akibat lekapan mulut bayi pada payudara tidak sempurna

 

Saya pernah tau alami masalah payudara penuhhhh sangat akibat tak sempat nak pam. Time nak pam tu aduhai…bengkak dan mengeras payudara saya. Macam batu jadinya.Huhu. Seksa wooo. Masa ni saya telan lecithin dari Shaklee. Alhamdulillah cepat lega.

 

Saya tak pernah alami mastitis lagi. Walaupon bengkak akibat tak sempat pam akibat outstation dan kerja dengan jadual penuh…saya terus mengepam susu sebanyak dan sekerap mungkin apabila sampai ke bilik. Ada pernah sampai 40 oz sekali pam akibat penuh sangat payudara saya ketika tu. Huhu. Boleh demam tau kalau mastitis.

 

Puting sakit tu pulak biasalah masa awal-awal. Sampai luka dan fobia tau nak teruskan lagi penyusuan di payudara yang sama. Pedih luka tu. Saya sapu vitamin E kat tempat luka tu. Juga makan vitamin C. Kejap je pulih luka tu alhamdulillah. ๐Ÿ™‚

 

Betul Ke Menyusu Badan Itu Mudah?

 

Sesetengah mommies akan mudah sesuaikan diri dan tak alami sebarang masalah. Namun, ada juga mommies baru yang rasa menyusu ni agak sukar bagi mereka. Jangan risau tau. Kalau ada sebarang masalah, ingat bukan mommies je tau yang alami masalah tu. Mommies boleh baca kat sini tau nak hubungi sape ๐Ÿ™‚

Nak menyusu ni kan…mommies perlu berlatih tau. Take your time. Tak kira seberapa banyak masa yang diperlukan tau. Keep on practice ๐Ÿ™‚ . Walau alami masalah, mommies perlu fikir yang penyusuan seterusnya akan lebih baik dan lebih baik. Percayalah, selepas 30 hari ni bila mommies jumpa doktor, mommies dah expert dah menyusukan anak ๐Ÿ™‚ . Just keep on do it je ๐Ÿ™‚

Bolehkah Mommies Menyusu Di Tempat Awam?

Biasalah kalau kita rasa malu nak menyusu di tempat awam. Sebab kita tak biasa. Ada tipsnya. Nanti saya kongsikan okeh.

Haa ni baru sikit je saya kongsikan hehe. Ada banyakk lagi tau. Rajin-rajinlah visit blog ni lagi ek. Ada saya kongsikan macam-macam kisah penyusuan susu ibu di sini tau. Eksklusif buat anda ๐Ÿ™‚

 

Anda ibu baru yang merancang untuk susukan anak dengan susu ibu?

Anda tak tau nak mula dari mana?

Anda ada masalah pengeluaran susu ibu?

 

Boleh tanya saya bagaimana. Free consultation untuk anda.

 

Salam sayang,

Master ira

0139422527

9-find-us-we-cares

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge