Resepi Ikan Bakar Mudah Dan Cepat Namun Sedap

Resepi ikan bakar ni saya dah buat sendiri. Memang sedap. Saya bukannya pandai masak mana. Jadi kita selalu guna resepi yang simple simple je dan cepat. Cepat tu paling utama tau bagi saya. Sebab saya kejar masa hehe

 

At least kalau anak menangis duk kat kaki pon…saya boleh siap masak hihi. Anak kecik-kecik camni la 😀

 

Ok berbalik pada resepi kita…

 

Ikan pilihan kita. Saya selalu pilih ikan kembung je.

Serai 1-2batang dihiris halus

Cili kering yang dah dipotong kecik dan direndam dengan air panas

Daun kunyit 1-2 helai dihiris

Bawang besar 1 di hiris

Bawang putih 3 biji dihiris

Halia 1 inci dihiris

Gula dan garam sesedap rasa

 

Caranya blend semua di atas. Kemudian perap dengan ikan.

 

Perapla bape lama nak. Saya perap jap je.

 

Guna aluminium foil untuk balut ikan. Dan bakar atas daun pisang.

 

Saya takde aluminimum foil. Guna je daun pisang. Takde melekat pon kat kuali hihi.

image

 

Cubalah. Hihi. Kalau masak untuk lunch, buat terus bahan perap untuk malam. So jimat masa tak yah potong dan blend 2 kali kerja😀

 

Ikan bakar ni bagus. Cuma kurangkan part masin dan manis tu okei. Jangan terlalu masin dan manis. Kang ada darah tinggi dan kencing manis pula kalau banyak sangat masin dan manis ni😀

 

By the way,

 

Jika nak cuba suplimen Shaklee untuk bantu dalam atasi masalah diabetes dan darah tinggi…bolehlah hubungi saya😀. Saya sedia membantu anda.

 

Salam sayang,

Master Ira&Hafizan

013-9422527

zahirahhafizan@gmail.com

2 YTH Partnerss

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge