Pentingnya Protin Buat Diri Kita

Hari ni saya ingin kongsikan info mengenai pentingnya protin buat diri kita.

 

Protin merupakan satu elemen yang penting untuk badan kita. Ia crucial tau. Ini kerana badan kita sememangnya alami kekurangan protin yang berkualiti dalam diet harian.

 

Protin

 

Protin merupakan blok binaan untuk diri kita. Takde blok binaan ni…runtuhlah bangunan kan? Haa camtu lah jadi pada diri kita bila kita kekurangan protin sebenarnya. Cumanya kita tak nampak dalam diri kita ni.

 

Ia adalah blok binaan untuk otot, juga sumber untuk meningkatkan kadar metabolisme dalam badan serta untuk proses pembakaran lemak.

 

Protin ni juga merupakan “minyak” dalam menyokong pembinaan tisu dan sel badan yang sihat. Protin penting dalam pembakaran lemak, bantu dalam pemulihan otot, bantu dalam pemulihan luka.

 

Ia juga penting dalam melawan diabetes dengan menstabilkan kandungan gula dalam darah, bagus dalam memberikan fungsi pada otak, juga diperlukan dalam atasi sebarang kemurungan.

 

Protin juga sangat diperlukan untuk menurunkan kolestrol. Dalam banyak kajian demi kajian, sememangnya protin sangat penting dalam meningkatkan tenaga.

 

Jika kita berat 150 pound, kita perlu 75 gram protin setiap hari jika dalam proses nak bina otot atau turunkan berat badan.

 

Antara sumber makanan yang miliki protin yang hebat adalah grass-fed beef, ayam organik, wild caught salmon, grass-fed whey protein

 

Juga plant based yang miliki protin yang tinggi seperti chia seeds, kacang.

 

Isu sekarang, memang kita perlukan protin dalam diet harian. Cumanya banyak di kedai-kedai sekarang ni adalah conventional protein yang mengandungi hormon, antibiotik, steroids dan bahan kimia lain yang sebenarnya merosakkan kesihatan kita.

 

Sepatutnya, kita menggunakan protin yang organik dan grass-fed.

 

Haaa kan dah tau pasal kepentingan protin pada diri kita kan.

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge