FLY Potluck Gathering dan Family Time di Nur Laman Bestari Ulu Yam

Kami actually lama dah nak gi bawa anak-anak mandi air terjun. Cuma tak berani sebab ramai kan orang mati lemas kat air terjun.

 

Sehinggalah Sabtu lepas. Sempena FLY potluck gathering bersama keluarga Shaklee.

 

Kami pergi awal sehari. Pengalaman tidur dalam kabin tau. Kami ingatkan kabin ni takde aircond. Tapi betollah. Canggih! Hihi. Kabin pon ada aircond. Ada 4 katil single. Cukupla untuk kami 6 beranak ni. Hehe. Bilik air pon oklah even takde water heater. Sejukkkk gilerr tau haha. Ni macam air terjun tau sejuknya. Bukan air paip. Hehe.

 

Cuma kat sini…ada nyamuk banyak. Yelah dalam hutan kan. Kena bawa ubat nyamuk. Bilik kami bersebelahan dengan pokok rambutan. Heaven sangat tauuu. Sebabnya pagi-pagi dah kutip rambutan free diorang ni. Kul 7 pagi dah keluar bilik gi cari buah rambutan hehe.

 

Eh lupa nak cakap kami pergi ni katne. Tempat ni namanya Nur Laman Bestari Eco Resort, Ulu Yam, Selangor.  Tempat ni orang selalu buat aktiviti outdoor. ATV pon ada. Aktiviti lasak pon ada.

 

Pagi esoknya, pakat terjun air terjun sebelum mandi huhu.

 

image

 

Haaa ni hazim pon masuk. Hehe. Sejuk!!!!! Jam 10 pagi ni tau.

 

image

 

image

 

image

 

image

 

Sejam mandi pon hazim siap gigil-gigil. Kami stop makan jap. Beli aiskrim orang jual. Diorang masuk jual dalam eco resort ni.

 

image

 

Ni baju basah ni. Duk pilih aiskrim hihi.

 

Setelah sejam lebih mandi manda…semua kena paksa naik atas sebab dah jam 11 lebih. Sebab kul 12 tengahari ada chit chat dengan anak buah pulak nak datang personal coaching.

 

FLY Potluck Gathering

 

Ok…kita cerita kisah petang pulak. Hehe.

 

Petang tu kami gathering santai-santai. Bawa makanan sorang sikit. Dan yang bestnya ada yang sponsor nasi minyak tau. Alahaiii. Sedappp sangat! Tapi kan…memang perut dah ditrain tak makan banyak. Sentuh sikit-sikit pon dah kenyang😂😂😂

 

image

 

Kan geng Shaklee selalu run program detoks. Haaa makanan depan mata pon kami tak terlayan sangat. Sebab perut pon dah ditrain camtu dah. Untung kan bila detoks ni.

 

Petang tu Master Dosh share berkenaan aktiviti FLY  yang telah dijalankan.

 

Bermula dari Februari 2016 hingga kini. Kiranya baru 6 bulan tau kami para master bergabung bersama di bawah FLY even kami adalah sidelines.

 

image

 

Pada masa yang sama kami didedahkan dengan cara bagaimana untuk bisnes makin maju dan semangat kita sering berada pada fasa tiptop.

 

Kami saling memberikan idea untuk ditujukan pada Shaklee demi menambahbaikan Shaklee dan pengedar-pengedarnya, untuk berkembang lebih pesat lagi dalam Shaklee.

 

image image image image

 

Refresh! Dan kuatkan ukhwah serta semangat😀

 

Inilah semua yang hadir.

image

 

Ini pula special hanya team Legasi Anugerah Terindah. Terima kasih semua sebab sudi datang dan luangkan masa.

 

image

 

Ramai jugak kan. Alhamdulillah😀

 

Semoga ukhwah kami makin kuat dan utuh. Dan kekal berukhwah buat selamanya. Insyaallah. 😀

 

By the way, jika nak rasa walau makanan depan mata…kita boleh tahan dari makan overdose, boleh cuba set detoks Shaklee. Saya boleh bantu anda dapatkannya dengan harga istimewa dan eksklusif😀

 

Ingin dapatkan suplimen untuk anda dan keluarga dengan harga istimewa?

Ingin mendapatkan tips ekslusif yang percuma?

Ingin menjana side income 2-5 angka setiap bulan hanya dari rumah?

 

 

Boleh hubungi,

Master ira & Hafizan

0139422527

zahirahhafizan@gmail.com

2 YTH Partnerss

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge