Ramadhan Titik Tolak Perubahan

Alhamdulillah, hari ni sudah 5 Syawal. Cepat kan masa berlalu. Dah 5 hari juga Ramadhan meninggalkan kita.

 

Saya ingin berkongsi sesuatu yang saya dengar dari Radio Kelantan FM semasa on the way balik dari kedah ke kelantan hari tu. Dalam tengah “makan jem” kat Pasir Mas hari tu, kami dengar satu perkongsian dari ustaz pondok ni di radio kelantan fm.

 

doa

 

Antara isinya adalah mengenai amalan yang perlu kita lakukan setelah Ramadhan berlalu.

 

Di bulan Ramadhan, ramai yang bertungkus lumus untuk mengejar pahala. Pelbagai amalan ibadat dilakukan demi mendapat redha Allah dan ganjaran yang besar. Jika kita “memuja” Ramadhan, kita akan berhenti berqiamulail, bertadarus, mengaji, berbuat baik, bersedekah setelah Ramadhan berlalu. Ramadhan ni sebenarnya titik tolak kepada perubahan kita. 1 bulan Ramadhan itu sebenarnya untuk latih kita menjadi individu yang berbeza dari tahun-tahun sebelum ini. Ramadhan merupakan titik tolak kepada perubahan 11 bulan akan datang setelah Ramadhan. Jika kita benar-benar mahukan redha Allah, segala apa yang kita sudah didik 1 bulan di bulan Ramadhan itu akan kita teruskan setelah habis Ramadhan 🙂 .

 

Ini antara perkara yang kita boleh lakukan setelah berlalunya Ramadhan dan sehingga bertemu lagi Ramadhan pada tahun hadapan.

 

  1. Menunaikan 12 rakaat solat sunat dalam setiap hari.

 

Ustaz mengatakan, jika kita solat sunat 12 rakaat tu (minimum), ia membantu menampung lompang-lompang solat fardu kita. Contoh di akhirat nanti apabia diperiksa, solat fardu kita ada cacat cela…solat sunat ini boleh menampung kecacatan itu. Solat sunat 12 rakaat ini tak semestinya solat sunat sebelum dan selepas solat fardu. Boleh apa-apa solat sunat. Asalkan 12 rakaat minimum dalam sehari. Contohnya, solat sunat fajar 2 rakaat, solat sunat dhuha 2 rakaat, solat sunat tahajud 2 rakaat, solat sunat hajat 2 rakaat, solat sunat taubat 2 rakaat, solat sunat sebelum maghrib 2 rakaat. Haaa dah 12 rakaat. Ia boleh menampung kecacatan solat fardu kita jika ada. Sebab kat akhirat nanti, solat sunat ini sangat-sangat penting dan membantu kita. Kira macam “talian hayat” kita di sana nanti. Jika kita cuma amalkan solat fardu, kita sebenarnya berisiko kerana kita tak tahu adakah solat fardu kita itu 100% diterima atau tidak.

 

2. Melaksanakan 3 hari puasa pada setiap bulan.

 

Tak semestinya sekali puasa tu terus puasa 3 hari. Boleh ambil di awal bulan, tengah bulan dan akhir bulan. Kita amalkan setiap bulan. Ia mampu menunaikan hak puasa fardu kita di bulan Ramadhan yang cacat atau tak sempurna.

 

3. Memberi sedekah pada hari jumaat. 

 

Sedekah pada hari jumaat besar pahalanya. Ia mampu memenuhi hak zakat kita yang ada kurang mana-mana. Tak salah jika kita memberi dengan lebih kan? 🙂

 

4. Membaca Alquran 100 ayat setiap hari

 

Dengan konsisten kita membaca 100 ayat quran setiap hari, kita sebenarnya menunaikan hak alquran itu sendiri.

 

Ini 4 perkara yang ustaz kongsikan dalam radio kelantan fm hari tu. Nama ustaz ni pon saya termiss. Saya kongsikan di sini supaya saya boleh rujuk baik di masa akan datang jika saya tertinggal atau terlupa. 🙂

 

Sama-sama kita amalkan ye. Sehingga kita bertemu kembali Ramadhan pada tahun hadapan.

 

By the way,

 

Ingin dapatkan suplimen untuk anda dan keluarga dengan harga istimewa?

Ingin mendapatkan tips ekslusif yang percuma?

Ingin menjana side income 2-5 angka setiap bulan hanya dari rumah?

 

Boleh hubungi,

Master ira & Hafizan

0139422527

zahirahhafizan@gmail.com

Motto Kami

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge