Hayati Hari Raya Dengan Lebih Makna

Alhamdulilah. Hari ni dah 1 Syawal. Masih sedih dengan pemergian Ramadhan. Tapi sungguh gembira dengan kedatangan Syawal. Tahun ini kami berhari raya di kedah dulu. Turn kedah ๐Ÿ™‚ . Tahun lepas kami tak balik langsung kedah sempena hari raya sebab saya bersalinkan Hazim pada 7 Syawal. Kiranya tahun ni baru balik la di musim raya. Tapi, kerap dah jumpa mama abah dan kakak abang walau belum raya ๐Ÿ™‚

 

Saya mengharapkan hubungan antara saya dan keluarga mertua sentiasa baik malah lebih rapat dan makin rapat setiap tahun. Umpama rapatnya suami saya dengan adik beradiknya ketika kecil dulula. Kiranya takmau selepas berkahwin dan miliki anak semuanya berubah jadi renggang sebab duduk jauh-jauh kan :). Anak-anak saudara suami saya pon macam anak-anak saudara saya sendiri. Mama abah of course lah macam mak ayah saya sendiri dah selamanya (dah jadi muhrim dah). Dengan kakak ipar, adik-adik ipar, biras-biras pon saya mengharapkan hubungan sentiasa baik dan semakin baik dan rapat setiap tahun Munirah macam adik saya sendiri. Abang ejal macam abang saya sendiri.

 

Di pagi raya, kami bermaafan antara satu sama lain. Jika ada terasa di hati, masa inilah untuk kita betol-betol let go. Setiap manusia memang akan melakukan dosa. Tanpa sedar mahupon dengan sedar. Jadi, kita perlu memaafkan setiap hari walau bukan di hari raya. Sombong sangat kita kalau kita tak maafkan. Allah pon Maha Pengampun walau besar mana dosa kita tau. Kita pula nak simpan-simpan dalam hati buat apa pulak kan? Let it go je ๐Ÿ™‚ . Memang fitrah kita akan simpan jika terasa. tapi belajarlah untuk let it go saja dan tidak disimpan-simpan dah. Kita berhak untuk bahagia. Itu saja. ๐Ÿ™‚ ย Kalau disimpan-simpan, nanti jadi barah. Buat macam angin lalu saja apa orang buat silap ada kita. Yang penting, kita pon kena faham kita pernah buat silap juga dan jangan kita ulanginya. Jaga akhlak kita dengan sesiapa pon ๐Ÿ™‚

 

cucu-cucu Abdul Hamid dan Rohani

cucu-cucu Abdul Hamid dan Rohani

 

Belah kedah ada 9 orang cucu tau. Hehe. Ni saya nak senaraikan (tiba-tiba rajin! ๐Ÿ™‚ )

  1. Nur Aishah Afiqah – 8 tahun
  2. Muhammad Hafiz Aiman – 7 tahun
  3. Nur Asfa Athirah – 6 tahun
  4. Nur Hafizah Syamimi – 6 tahun
  5. Muhammad Hafiz Amin – 4 tahun
  6. Nur Hafizah Husna – 4 tahun
  7. Nur Hasina Afia – 2 tahun
  8. Muhhamad Afif – 2 tahun
  9. Muhammad Hafiz Hazim – 1 tahun

 

Setakat ni Hazim yang pegang rekod cucu bongsu di kedah. Hehe. Tapi tak lama. Bulan 11 ni title cucu bongsu hazim tu akan diambil oleh sepupunya yang lain. Bulan november nanti. ๐Ÿ™‚ . Tak sabar tunggu cucu ke 10 ni ย dalam keluarga Abdul Hamid dan Rohani.

 

famili kedah 2016

famili kedah 2016

 

 

Muhammad Hafiz Amin tu bukan adik beradik Hazim dan Aiman, tapi nama lebih kurang. Macam adik beradik pulak kan kikiki. Kira adik beradikla sebab mereka kan sepupu ๐Ÿ™‚ . Walau Aiman kerap mengusik sepupunya ni sampai saya pon taktau nak buat apa dah nak larang Aiman, dia sayang Amin tau bila saya tanya. Hehe. Tapi itulah gaya dia berkawan. Hehe. Saya 8 beradik. Anak sulong. Faham sangat bila adik beradik gaduh-gaduh. Tak lama pon. Diorang kawan balik. Kita mak ayah la kena tahan telinga dan leraikan dengan baik pertelingkahan tu dengan cara yang betol, tak salahkan sebelah pihak saja ๐Ÿ™‚ . Sesama adik-beradik pon boleh gaduh, apatahlagi dengan sepupu yang jarang-jarang jumpa ๐Ÿ™‚ ย Tapi kita larang la kan yang mana tak patut dengan cara yang elok. ๐Ÿ™‚ Sebab semua orang memang sayang anak pon. ๐Ÿ™‚

 

Saya jenis tak kisah je diorang gaduh-gaduh sayang. Harap keluarga kami pon tak kisah juga.ย Nampaknya mereka setakat ni faham anak-anak camne hehe. Syukur alhamdulillah. ๐Ÿ™‚ . Budak-budak bila excited, naik kaki tangan. Sian yang kecil-kecil ๐Ÿ™‚ Adeh hehe. Adik-adik Aiman dah biasa kena dengan abang diorang :P. Bila excited abang Aiman datang…naik kaki tangan hehe. Saya yang risau bila Aiman bersama sepupu-sepupunya. Yang faham ok la alhamdulillah. Tengah menaip ni pon husna baru je nangis sebab gaduh dengan Aiman. Budak-budak kan camtula. Kita ibu ayah diuji cara kita handle ni ๐Ÿ™‚

 

 

raya 2016 zahirahhafizan.com

raya 2016 zahirahhafizan.com

 

 

Kat kedah kami jalan-jalan ke rumah sepupu sepapat semua. 3 Syawal kami dah balik ke kelantan pula. Kami semua 8 beradik. Seorang beraya di Mesir tahun ni.

 

 

famili kelantan 2016

famili kelantan 2016

 

Kat kelantan takde pula gambar cucu-cucu Zakaria dan Nik Rohani. Tapi semuanya 13 orang cucu lah hehe.

 

famili kelantan 4 syawal

 

Ni gambar di rumah terbuka kakak ipar adik saya. Masa ni kami get together sama-samalah memandangkan raya pertama tak cukup corum hehe. Raya tahun depan tambah lagi cucu ke 14.

 

Ni senarai 14 orang cucu Zakaria dan Nik Rohani.

  1. Nur Aliya – 11 tahun
  2. Nur Amira – 9 tahun
  3. Nur Aimi – 8 tahun
  4. Muhammad Hafiz Aiman- 7 tahun
  5. Nur Hafizah Syamimi – 6 tahun
  6. Muhammad Adam Daniel – 6 tahun
  7. Nur Hafizah Husna – 4 tahun
  8. Muhammad Amir Asyraf – 4 tahun
  9. Nurul Hana – 1 tahun lebih
  10. Nur Aisya – 1 tahun lebih
  11. Muhammad Hafiz Hazim – 1 tahun
  12. Nafisah Humaira- 4 bulan
  13. Miftahul Faqihah – 4 bulan

 

Haaa kita tunggu yang nombor 14 ni ye. Bila-bila masa nak keluar dah hehe.

 

Kat kelantan, Aiman ada geng tinju, gusti, karate iaitu Adam dan Asyraf. Even Asyraf umur 4 tahun, dia boleh masuk dengan Aiman. Hehhe. Sebab Asyraf pon ganas-ganas juga. Biasalah budak lelaki kan. Diorang berkawan dengan cara lawan-lawan. Bukan main anak patung duk diam-diam ๐Ÿ™‚ . Menangis tu biasalah. Pastu bangun lawan-lawan balik. Bila dapat lawan-lawan tu macam satu terapi tau buat budak-budak lelaki ni. So takdelah diorang terperuk je sebab jiwa budak lelaki dan budak perempuan lain dan tak sama :). Lelaki ni kan kental sikit. Dan tak manja-manja macam pempuan kan. Sape setuju? ๐Ÿ™‚

 

Saya juga harapkan agar saya serta suami sentiasa rapat bersamaadik beradik saya, anak-anak sedara saya, adik-adik ipar saya semua. Semoga ukhwah kami semua kukuh dan makin kukuh sehingga ke jannah. Saya ada 4 adik ipar lelaki (memang setakat ni adik ipar saya semua lelaki pon haha) yang lebih tua dari saya.

 

  1. Azhari
  2. Khairul
  3. Rasul
  4. Aizad

Tapi ku tetap kak long. Panggilan keluarga la hehe.

 

Itu saja sharing saya sempena raya tahun ni. Maaf zahir batin dari kami sekeluarga. ๐Ÿ™‚ Semoga Allah terima semua amalan kita semua ๐Ÿ™‚

 

By the way,

 

Ingin dapatkan suplimen untuk anda dan keluarga dengan harga istimewa?

Ingin mendapatkan tips ekslusif yang percuma?

Ingin menjana side income 2-5 angka setiap bulan hanya dari rumah?

 

 

Boleh hubungi,

Master ira & Hafizan

0139422527

zahirahhafizan@gmail.com

Motto Kami

 

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge