Bagaimana Suami Perlu Bantu Isteri Berbisnes Shaklee

Bisnes Shaklee, bukannya bisnes isteri seorang. Tapi bisnes berdua.

 

Seorang isteri memang harapkan bantuan dari suaminya walau ia tidak katakannya.

 

Sehebat mana super woman si isteri itu, memang dia perlukan bantuan suami sebenarnya.

 

Di rumah, walau isteri 24 jam di rumah setiap hari uruskan keluarga, bukan bermakna dia rehat-rehat je tau.

 

Jadi, bila isteri bekerja di rumah, suami perlu turut serta membantu. Anak dan rumahtangga adalah tanggungjawab sama-sama kan.

 

Apa yang suami boleh tolong lakukan untuk tonjolkan yang dia sebenarnya sokong isteri dalam berbisnes?

 

  1. Suami tolong la juga buat kerja rumah dan uruskan anak. Tak jatuhla maruah suami. Makin disayangi isteri nanti😀
  2. Tolong tulis alamat dan bungkus barang untuk dipos.
  3. Tolong masukkan dalam database customer
  4. Tolong pos barang. Isteri pon, bagi lah “upah” hasil untung tu juga. Share share😀
  5. Tolong drive untuk pergi COD, kelas yang Shaklee buat untuk kukuhkan ilmu ahli Shaklee, event Shaklee.
  6. Tolong juga bawa isteri dan temankan sekali ke kelas anjuran shaklee mahupon upline (kelas leadership)
  7. Hadir bersama isteri untuk majlis penerimaan anugerah yang Shaklee jalankan.
  8. Dengar apa yang isteri kongsi. Bukan bermakna isteri banyak cakap saja suka-suka. Kalau dia diam, tahu pulak suami sunyi.
  9. Jadi tempat isteri untuk bercerita. Syukur dia cerita kat kita. Kalau gi cerita kat lelaki lain kang jadi kisah lain pulak. Hancur rumahtangga.
  10. Tunjuk concern dan belas ehsan serta kasih sayang. Ambil pandangan isteri juga. Jangan ingat kita je yang betol

 

cukuplah 10 saya kongsikan hari ni. Semoga ia bermanfaat buat kita semua.

 

Nak cuba Shaklee?

 

Boleh hubungi 013.942.2527 untuk dapatkannya dengan harga istimewa😀

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge