Mudahnya Berbisnes Shaklee

Ramai yang berkira-kira semasa nak mulakan bisnes. Susah ke bisnes ni? Atau senang macam petik jari je?

Saya nak kongsi dengan anda hari ini mengenai susah dan senang dalam bisnes.

 

Apa niat nak bisnes ni?

 

Saya tahu kita semua nak kaya. Tapi jika niat bisnes sebab nak kaya…kita tidak akan kaya sebenarnya. Haaa..mesti ada yang confius kan. Memang kita nak kaya. Tapi tu niat di belakang. Niat utama kita adalah nak tolong orang. Sebab tulah kita kena kaya.

 

Namun, dalam nak berikan sesuatu sedekah atau zakat, kita jangan tunggu kaya dulu baru bagi. Bagi lah walau kita baru bermula dengan bisnes. Ini resepi mahu berkembang biak dalam bisnes. Iaitu nak tolong orang. Dapat income besar sebab nak tolong orang.

 

Orang yang dimaksudkan juga adalah diri kita, suami, anak-anak, ibu bapa dan adik beradik. Maksudnya, niat nak tolong diri sendiri dan keluarga sendiri juga bebas dari masalah ekonomi dan dapat apa yang diidamkan.

 

Bila kita tahu bisnes kita ni niat sebab nak tolong siapa… kita akan makin jelas hala tuju kita tau.

 

Cukup ke niat je?

 

Niat betol dah apabila mulakan bisnes secara umum. Tapi kurang faham konsep tolong orang dalam lakukan bisnes harian kita? Apa niat kita nak jual produk kita tu? Mesti dahulukan dengan nak tolong selesaikan masalah orang. Bantu nak berikan orang kehidupan dan kesihatan yang lebih baik.

 

Sebagai contoh kalau dalam Shaklee. Niat berkongsi mengenai vivix adalah untuk bantu mengurangkan risiko pada masalah sakit jantung yang dialami. Jantung dia kembali sihat. Dia dapat hidup dengan lebih gembira dan tenang. Duit pon tak berhabis banyak untuk bedah sana sini setelah jantung semakin sihat. Betol tak? Kita sebenarnya sedang membantu orang untuk sihat dan bahagia. Sebab sihat ni nombor 1 nikmat yang mesti dijaga.

 

Cukup ke niat jelas je?

 

Niat nak berbisnes dah jelas. Niat nak jual satu-satu produk pon dah jelas dah. Sudah cukupkah? Tidak! Kerana berapa ramai orang yang hanya tahu set niat. Tapi tidak bertindak. Agak-agak berjaya ke?

 

Perumpamaannya… kita lapar. Kita niat makan nasi. Tapi kita tak ambil nasi tu untuk dimasukkan dalam mulut, dikunyah dan ditelan. Agak-agak kita kenyang ke? Niat je dah kenyang? Sudah pasti tidak kan?

 

Kita mesti bekerja keras untuk mencapai satu-satu yang kita mahukan. Nak buat bisnes? Nak bebaskan diri dan keluarga dari masalah kewangan? Nak bantu orang selesai masalahnya dengan menggunakan produk kita? Tapi jika kita tidak berusaha berkongsi… apa hasilnya? Adakah mereka tahu pasal ini?

Sudah pasti tidak kan? Jadi apa kita perlu buat?

 

Usaha keras untuk terus berkongsi dan berkongsi tanpa henti. Berkongsi dengan cara yang betol. Elakkan menjual. Hanya berkongsi. Set up niat untuk sentiasa realign balik. Kerana hati memang selalu bolak balik tau. Jadi kita kena sentiasa set up ia untuk sentiasa di landasan yang betol 🙂

Mudah ke Berbisnes Shaklee?

 

Ramai yang akhir-akhir ni tanya saya mudah ke berbisnes Shaklee? Actually, jika kita sungguh-sungguh memang mudah. Namun jika kita main-main…walau tersedia apa sekalipon untuk kemudahan kita…ia tetap menjadi sesuatu yang tidak mudah bagi kita. Kerana kita tidak menggunakan kelebihan yang ada dalam Shaklee.

Apa kelebihan berbisnes dengan Shaklee?

 

Jika bisnes lain, kita buat sorang-sorang. Hilang semangat pon kita perlu bangkit sendiri sorang-sorang. Takde support person, apatahlagi support group kan. Namun jika dalam Shaklee, kita saling tampung satu sama lain. Sokong satu sama lain. Ajar satu sama lain hatta sehingga ke cara posting dan sharing kita pon tau.

 

Memang sangat-sangat bagus sebab kita sebenarnya tidak mampu untuk bangkit sendiri sorang-sorang di kala kita jatuh. kita perlukan sokongan orang lain yang arif dalam bisnes yang sama. Betol kan? Kita juga perlukan sokongan info, sokongan pengalaman dan sebagainya untuk memastikan kita berada dalam keadaan high momentum setiap masa.

 

Jika kita buka kedai jual nasi lemak. Kita sorang je jual nasi lemak 100 bungkus. Lagi lama kan nak habis. Penat pon terlebih kan?

 

Apa beza apabila kita buat bisnes 100 bungkus nasi lemak jugak. Tapi kita bahagikan 100 bungkus tu kepada 10 orang ejen kita. Cepat kan habis? Dan ejen kita pon dapat duit jugak kan. Kita berkongsi peluang rezeki tanpa mengurangkan peluang rezeki kita. Kita buat kerja kita, ejen buat kerja mereka. Kerja kita juga menjual nasi lemak. Tapi dengan skop yang lebih luas. Kita perlu educate ejen kita untuk menjadi pengedar nasi lemak terulung di dunia. Bukan sahaja di kampung. Segala skill dan teknik mesti kita perolehi dan sampaikan kepada ejen-ejen nasi lemak kita supaya mereka dapat menjalankan bisnes nasi lemak dengan lebih luas dan pesat tanpa sebarang masalah. Itu tugas kita.

 

Begitulah juga dalam Shaklee. Kita berbisnes seperti konsep kedua jualan nasi lemak ni. Mudah konsep untuk difahami kan. Kita tetap mesti buat sesuatu untuk bisnes kita baru bisnes kita akan maju. Jika kita abaikan, anak buah kita dalam Shaklee boleh melebihi income dari kita. Hatta kita berbisnes Shaklee pon, anak buah kita tetap boleh potong income kita jika dia bekerja lebih keras dari kita.

 

Support Team

 

Semalam kami bersama 36 orang master kendalikan satu kelas di online telegram. Speakernya adalah Pakar Nutrisi dari Shaklee. Dari sini nampak kan? Kami bergabung 36 orang master dan pakar nutrisi untuk memastikan anak buah kami dalam bisnes Shaklee sama-sama miliki ilmu yang tertinggi mengenai produk. Jadi, semuanya boleh memberikan yang terbaik buat pelanggan masing-masing.

 

Kelas Nutrisi Bersama Pakar Nutrisi

Kelas Nutrisi Bersama Pakar Nutrisi

 

Hatta kami semua sama-sama berbisnes Shaklee… tapi kami salah sokong dan tampung kekurangan masing-masing. Bisnes dari rumah. Online dan offline.

 

Nak tahu lagi kelebihan berbisnes Shaklee? Boleh baca di sini ye.

 

Itu saja perkongsian saya hari ini. Dah baca di atas? Dan buat keputusan untuk menjadi ahli Shaklee terus? Nak tahu caranya? Bolek klik di sini ye.

 

Bertindak hari ini untuk kita mulakan bisnes sampingan. Ekonomi sekarang sangat memerlukan kita untuk buat bisnes. Namun jika mahu mencuba Shaklee terlebih dahulu pon tiada masalah.

 

Boleh hubungi nombor di bawah untuk kami bantu anda..

 

Salam sayang,

Master ira & Hafizan

0139422527

zahirahhafizan@gmail.com

Presentation12Page cover1

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge