Amalan Sunat Sewaktu Berlaku Gerhana

Pagi tadi alhamdulillah berkesempatan bersolat sunat gerhana. Di sini saya kongsikan caranya. Lain kali boleh rujuk post saya ni untuk solat sunat gerhana.

 

cara solat sunat gerhana

cara solat sunat gerhana

 

Kalau solat sunat biasa kan…solat macam solat wajib. Tapi solat sunat dhuha berbeza sedikit.

 

Niat solat sunat gerhana:

 

niat solat sunat gerhana

niat solat sunat gerhana

 

  • Ia dua rakaat
  • Membaca surah al-Fatihah dan surah yang panjang seperti al-Baqarah. Jika tidak, bacalah surah paling panjang yang kita hafal.
  • Melakukan ruku’ yang panjang
  • Bangun dari ruku dan membaca al-Fatihah serta surah yang pendek sedikit daripada surah sebelumnya
  • Melakukan ruku’ yang panjang tetapi pendek sedikit daripada ruku’ sebelumnya
  • Melakukan sujud yang panjang
  • Duduk antara dua sujud
  • Sujud dengan sujud yang panjang
  • Melakukan rakaat kedua seperti rakaat pertama
  • Solat ini boleh dilakukan secara bersendirian mahupun berjemaah
  • Selepas solat, sunat untuk imam memberi nasihat dan amaran, serta menyeru makmum membanyakkan doa, istighfar dan amal soleh yang lain.

 

Hari ini berlaku fenomena alam paling besar juga iaitu fenomena gerhana matahari. Anggaran berlaku peristiwa ini ialah pada 9 Mac 2016 antara jam 7.30 pagi hingga 9.30 pagi.

Saya kongsikan apa yang dikongsi oleh Kak Raihanah

 

Reaksi Rasulullah saw apabila berlaku gerhana matahari

 

Cuba kita bandingkan reaksi nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam apabila berlaku gerhana dengan reaksi kita pada hari ini?

عَنْ أَبِي مُوسَى، قَالَ خَسَفَتِ الشَّمْسُ فِي زَمَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم
Daripada Abu Musa radiallahu ‘anhu, beliau berkata: Telah berlaku gerhana matahari pada zaman Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam.

فَقَامَ فَزِعًا يَخْشَى أَنْ تَكُونَ السَّاعَةُ حَتَّى أَتَى الْمَسْجِدَ
Lalu baginda bangun dalam keadaan takut akan berlakunya hari Kiamat sehingga baginda tiba di masjid.

فَقَامَ يُصَلِّي بِأَطْوَلِ قِيَامٍ وَرُكُوعٍ وَسُجُودٍ مَا رَأَيْتُهُ يَفْعَلُهُ فِي صَلاَةٍ قَطُّ
Lalu baginda mendirikan solat yang paling panjang berdirinya, ruku’nya dan sujudnya yang pernah aku lihat baginda lakukan di dalam solat.

ثُمَّ قَالَ ” إِنَّ هَذِهِ الآيَاتِ الَّتِي يُرْسِلُ اللَّهُ لاَ تَكُونُ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ
Kemudian baginda bersabda: Sesungguhnya ini adalah tanda-tanda yang Allah hantar. Ia tidaklah berlaku kerana kematian atau kehidupan seseorang.

وَلَكِنَّ اللَّهَ يُرْسِلُهَا يُخَوِّفُ بِهَا عِبَادَهُ
Akan tetapi Allah menghantarnya untuk menimbulkan rasa takut pada hambaNya.

فَإِذَا رَأَيْتُمْ مِنْهَا شَيْئًا فَافْزَعُوا إِلَى ذِكْرِهِ وَدُعَائِهِ وَاسْتِغْفَارِهِ ”
Apabila kalian lihat ia berlaku, segeralah mencari perlindungan dengan mengingati Allah, berdoa kepadaNya dan memohon keampunanNya.
[Sahih Muslim, Kitab al-Kusuf, hadis no: 912]

 

Sunnah Ketika Gerhana Matahari

Apabila berlaku gerhana matahari, adalah ada beberapa perkara sunnah boleh kita laksanakan selain daripada solat sunat gerhana.

Sunnah lain ketika gerhana:

  • Sedekah
  • Berdoa
  • Takbir (Allahuakbar)
  • Mengingati kebesaran dan takut azab Allah
Amalan semasa gerhana

Amalan semasa gerhana

 

Dalil-dalil berkaitan:

Solat gerhana-

عَنْ عَائِشَةَ، أَنَّهَا قَالَتْ خَسَفَتِ الشَّمْسُ فِي عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم
Daripada ‘Aisyah radiallahu ‘anha, beliau berkata: Gerhana matahari telah berlaku di zaman Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam.

فَصَلَّى رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم بِالنَّاسِ،
Lalu baginda mendirikan solat bersama orang ramai.

فَقَامَ فَأَطَالَ الْقِيَامَ، ثُمَّ رَكَعَ فَأَطَالَ الرُّكُوعَ،
Baginda berdiri dan memanjangkan berdirinya. Kemudian ruku’ dan memanjang ruku’nya.

ثُمَّ قَامَ فَأَطَالَ الْقِيَامَ وَهْوَ دُونَ الْقِيَامِ الأَوَّلِ، ثُمَّ رَكَعَ فَأَطَالَ الرُّكُوعَ، وَهْوَ دُونَ الرُّكُوعِ الأَوَّلِ،
Kemudian berdiri dan memanjangkan berdirinya tetapi lebih pendek daripada berdiri yang pertama. Kemudian baginda ruku’ dan memanjangkan ruku’nya tetapi lebih pendek daripada ruku’ yang pertama.

ثُمَّ سَجَدَ فَأَطَالَ السُّجُودَ، ثُمَّ فَعَلَ فِي الرَّكْعَةِ الثَّانِيَةِ مِثْلَ مَا فَعَلَ فِي الأُولَى،
Kemudian baginda sujud dan memanjangkan sujudnya. Kemudian baginda melakukan perkara yang sama dalam rakaat kedua sebagaimana dalam rakaat pertama.

ثُمَّ انْصَرَفَ وَقَدِ انْجَلَتِ الشَّمْسُ، فَخَطَبَ النَّاسَ، فَحَمِدَ اللَّهَ، وَأَثْنَى عَلَيْهِ ثُمَّ قَالَ
Kemduian, baginda selesai solat ketika gerhana telah pun tamat. Kemudian baginda berkhutbah, baginda memuji Allah lalu berkata:

إِنَّ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ آيَتَانِ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ، لاَ يَنْخَسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ،
Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda daripada tanda-tanda Allah. Ia tidak gerhana kerana kematian atau kehidupan seseorang.

فَإِذَا رَأَيْتُمْ ذَلِكَ فَادْعُوا ا

 

Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat anda pembaca blog zahirahhafizan.com 🙂

 

Salam sayang,

Master ira & Hafizan

0139422527

zahirahhafizan@gmail.com

Presentation12Page cover1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge