Tips Kejayaan : Apa BIG WHY kita lakukan sesuatu?

Assalamualaikum dan selamat pagi buat semua pembaca blog zahirahhafizan.com. Terima kasih kerana sentiasa berkunjung ke sini 🙂 . Kami kongsikan ilmu yang serba sedikit kami ada… bagi manfaat kita bersama.

 

Ramai orang nak berjaya. Termasuk kita yang sedang membaca dan menaip ini kan? 🙂 . Tapi berapa ramai yang tahu sebab apa dia mahu berjaya? Mungkin ada yang tahu… tapi berapa ramai yang tahu dengan JELAS dan SPECIFIC kenapa dia mahu berjaya dalam satu-satu perkara yang dia ingin lakukan…

 

Disebabkan ramai yang tidak tahu kenapa dia nak berjaya tu… Sebab itulah ramai yang apabila di separuh jalan, terus menarik hand break. Terus rasa nak give up. Sebab mereka tidak tahu kenapa mereka mahu berjaya dalam satu-satu perkara yang mereka ceburi itu.

 

Big Why

Big why

 

Sebelum kita lakukan sesuatu, kita mesti pastikan apa BIG WHY kita mahu lakukannya. Kenapa? Kenapa? Tiada jawapan? Kita mesti cari jawapan itu. Dan jawapan itu mesti lah spesifik.

 

Saya masih ingat lagi ketika dalam kelas bersama Doktor Azizan pon, beliau korek mengenai BIG WHY ni sampai menangis-nangis kakak tu. Menangis sebab akhirnya jumpa BIG WHY dia buat bisnes dia tu hasil kena korek oleh Doktor Azizan. Sebab bukan semudah itu saja mendapat BIG WHY ni. Sebab bila kita pandang mudah, mulalah kita pandang remeh. Bila kita pandang remeh, mulalah kita cepat give up dan nak stop perkara yang kita lakukan tu apabila diuji dengan sesuatu ujian. Kerana secara lumrahnya, memanglah apabila nak berjaya… kita akan diuji. Tapi bila diuji, mula give up dan berhenti dari berusaha… bagaimana nak berjaya? Betol tak?

 

Kita kena korek BIG WHY kita buat sesuatu perkara tu. Kenapa kita kerja? Untuk apa kita kerja? Kenapa kita pergi kerja? Kita pilih BIG WHY kita. Yang bukan calang-calang BIG WHY. Tapi BIG WHY yang boleh membentuk hasil kerja kita.

 

Saya ingin kongsikan dengan teman-teman mengenai satu kisah. Kisah ini memang memberi satu kesan yang sangat mendalam buat saya. Kisah ini saya dapatkan dari sebuah buku. 20 Formula Luar Biasa nama buku tu. Tulisan Ustaz Ashraf. Anda boleh cari di pasaran.

 

Kisah ini diambil iktibar dari seorang penjual pisang goreng di tepi jalan yang biasa kita lihat. Penjual pisang goreng ini sangat tekun dan sanggup lakukan tugasnya walau dalam keadaan hujan lebat membasahi bumi sehingga dia pon basah lencun. Sanggup juga menjual pisang goreng di kala terik mentari yang memamah kulitnya hingga ke sum-sum tulang rasa panasnya. Tetapi, dia nekad teruskan kerjanya itu…tanpa henti.

 

Penulis buku bertanya kepada beliau…Bagaimana beliau mendapat dan memiliki semangat sekental ini untuk teruskan juga bisnes jual pisang goreng ini. Katanya, dengan mata berkaca…”KERTAS INI!”.

 

Apabila dilihat kertas itu…rupa-rupanya…ia adalah kertas potostat keputusan peperiksaan anak-anaknya yang dihantar dari seberang. Memang keputusan peperiksaan anak-anaknya tu semua beratur A nya. Beliau sanggup berpanas, berhujan demi mensekolahkan anak-anaknya. Dan di kala beliau rasa penat, malas… kertas itu yang ditilik. Bagi menaikkan semangatnya kembali. Bagi mencari kembali BIG WHY nya. Bagi hangatkan kembali BIG WHY nya melakukan bisnes pisang goreng di tepi jalan ini. 

 

Nampak? Ini salah satu contoh daripada berjuta contoh yang ada… Bagi kita faham erti BIG WHY ini. Mungkin jika tiada kertas keputusan ujian itu… mungkin terkubur semangat makcik ni kan. Tapi bila dia faham itulah BIG WHY beliau buat sungguh-sungguh kerja hariannya, sememangnya… tindakannya, rezekinya, cara dia berbisnes… sangat luar biasa hebat!

 

Jadi kita…tilik balik…apa BIG WHY kita dalam lakukan satu-satu perkara. Jika kita tidak menggali BIG WHY ini…sudah pasti kita akan melepas batuk ditangga saja kan.

 

Salam kejayaan buat anda semua. Jom kita korek BIG WHY kita hari ini juga!

Orang bisnes, korek BIG WHY kita kenapa buat bisnes ini.

Orang kerja, korek BIG WHY anda kenapa buat kerja ini.

 

Salam sayang,

Master ira & Hafizan

0139422527

zahirahhafizan@gmail.com

Presentation12Page cover1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge