Tips Ibu Ayah Bekerja Dari Rumah

Bekerja dari rumah tidak semudah yang disangka. Ramai yang membayangkan mudahnya bekerja dari rumah di kelilingi oleh anak-anak. Hehe. Tapi realitinya… lintang pukang hiruk pikuk jugak walau duduk rumah. Sebab itulah… bagi yang bekerja dari rumah…jangan rasa rendah diri apabila orang bertanya kita kerja apa. Kerana kerja kita pon sama seperti orang bekerja di pejabat juga. Tapi cabarannya dari aspek dan skop yang berbeza ๐Ÿ™‚ . Cabaran tetap ada.

 

working at home mom

working at home mom

 

Impian seorang Ibu

 

Impian saya dulu semasa belajar adalah ingin bekerja sehingga ke akhir usia saya. Dengan kata lain, bekerja di luar dari rumah. Saya seorang yang berimpian tinggi. Saya pernah menanam cita-cita untuk menjawat jawatan sebagai CEO Petronas…yang ketika itu saya berimpian ingin menjawat jawatan seperti Dato’ Seri Hassan Merican dalam Petronas.

 

Tapi… ada sesuatu yang mengubah pendirian saya ini…iaitu apabila bergelar seorang ibu. Impian saya bertukar apabila melihat anak yang baru lahir itu dalam kendongan saya. Saya berimpian untuk menjaga anak saya sendiri, tetapi setiap bulan mesti ada income beratus-ratus ribu masuk akaun saya. Dan pada masa itu…saya tidak tahu pon apa perlu saya buat. Saya cuma berimpian ๐Ÿ™‚

 

Rupanya impian menjadi kenyataan

 

Rupa-rupanya… Allah memakbulkan doa saya. Melalui bisnes saya yang saya ceburi kini… saya sudah menjadi working at home mom. Tapi belum pendapatan beratus-ratus ribu setiap bulan. Doakan kami ye :). Bila orang bertanya saya dengan soalan “Awak kerja apa?”… Jawapan saya bukannya “Surirumah”…Tetapi ” Surirumah Yang Bekerja Di rumah. Saya buat bisnes“. Dari jawapan saya ini…orang tertanya-tanya.. Dan akhirnya tahu apa bisnes saya ๐Ÿ™‚ . Last-last dengan mereka sekali terjebak dengan bisnes ini kerana ia sungguh fun buat kami.

 

Walau huru hara pon dengan anak-anak yang setiap masa, 24 jam dengan kami… Ia sesuatu yang sangat berharga buat kami. Usia anak-anak di waktu kecil ni lah mereka sentiasa dengan kami. Dah besar, mula ke sekolah. Dah kurang bersama kami di rumah. Kerana tidak mahu kehilangan peluang ini, kami memilih untuk working at home saja.

 

Tips Bekerja Dari Rumah

 

Berbalik kepada tips bekerja dari rumah ini…saya kongsikan dengan anda.

  1. Disiplin. Maha hebat dan sangat kuat disiplin mesti diserapkan dalam diri jika mahu bekerja dari rumah. Mandi, makan, hantar anak-anak ke sekolah, rehat, tidur, masuk “ofis”, solat… dan sebagainya. Semuanya mesti tepat dan sharp. Sebab apabila kita kerja dari rumah… tiada bos nak marah kita (kalau bisneslah). Kitalah bos, kitalah pekerja. Jadi, kita mesti miliki disiplin yang tinggi. Baru kita berjaya dalam bidang kita walau kita bekerja dari rumah.
  2. Tepati waktu. Masa itu emas. Masa tidak boleh diambil balik. Jam 10 pagi 1 Januari 2016 tidak akan berulang kembali walau kita bayar berapa juta sekali pon.
  3. Pandai kawal keadaan dan emosi. Jika kita kerja dari rumah… tapi mudah mengamuk, mudah tertekan dengan anak-anak di sekeliling… kita kena kaji balik diri kita. Sesuaikah kita ni kerja dari rumah dengan anak-anak keliling pinggang.
  4. Dapatkan pembantu rumah. Pembantu ni bukan bermaksud maid yang tinggal sebumbung dengan kita. Helper ni membantu kita dalam kerja harian seperti kemas rumah, cuci kain baju, lipat baju, dan sebagainya. Saya miliki seorang helper. Memang sangat membantu. Hanya RM30 sehari untuk 3 jam dia datang kemaskan rumah. Biasanya tugasannya selesai selepas 2 jam ke 2 jam setengah dia buat kerja. Jadi dia boleh balik teruslah. Jimat kan… Hanya RM90 seminggu sebab dia datang 3 kali je seminggu. Dan RM360 sebulan. Jadi, masa saya tidak perlu dihabiskan untuk melipat kain dan mengemas rumah dengan banyak. Kerana helper ini membantu.
  5. Buat jadual dan patuhi jadual. Kami suami isteri kedua-duanya adalah working at home mom and dad. Kami ada jadual waktu kami Bermula dari bangun tidur sehinggalah tidur di malam hari. Dan kami pastikan kami mengikut jadual itu walau ia tidak terlalu ketat. Kerana tak mahu terlalu stress dengan jadual kan ๐Ÿ™‚ . Nanti saya kongsikan jadual kami di lain post.
  6. Be flexible. Ye, kita ada jadual. Tapi jangan terlalu ketat sehingga jika berlaku perkara lain…kita jadi stuck. Last-last tak ikut jadual tu pulak. Hehe. Contohnya: Jam 10 pagi kita masuk “ofis”. Tapi tiba-tiba anak menangis nak susu. Buatkan lah susunya dulu. Atau kalau anak itu masih menyusu badan…berikan dia susu terlebih dahulu. Baru buat kerja kita. Tapi kena ingat…kita kena disiplin. Selepas selesaikan yang seharusnya…kita sambung kerja kita seperti dalam jadual. Jangan tidur sekali dengan anak pulak. Hehe.
  7. To do list. Ni pon wajib buat. Kalau tak… tiba-tiba rasa cepatnya dah malam. Masa berlari tak tunggu kita ye.
  8. Firm. Kita kena tegas dengan diri kita sendiri. Jangan terlalu manjakan diri setiap masa.
  9. Elak dari beraktiviti yang buang masa. Elak dari tengok senatron jika ia bukan dalam jadual. Kalau nak rehat pon…nak tengok movie ke…letakkan masa tertentu sahaja. Dan saya cadangkan, lebih baik kita buat sesuatu yang lebih berfaedah. Tidur sekejap di tengahari sebelum zohor lebih baik daripada tengok movie yang tidak bermanfaat ๐Ÿ™‚ . Sebab boleh buatkan kita segar kembali. ๐Ÿ™‚ . Kalau suka main game, boleh main… tapi limitkan masa ๐Ÿ™‚
  10. Jangan too perfectionist. Saya tahu… ibu-ibu ni perfectionist. Semua nak susun cantik elok. Dah ada anak ni tak boleh buat macam tu dah. Nanti kerja kita asyik mengemas memanjang. Hehe. Dalam sesetengah perkara yang perlu kita jadi perfectionist,haa bagus kita jadi macam tu.
  11. Jaga penampilan diri. Janganla asyik berkain batik je di rumah. Kena jaga penampilan diri. Wangi-wangi ๐Ÿ™‚
  12. Happy go lucky. Senyum sentiasa. Kita ada di rumah dengan anak-anak sentiasa. Mereka contohi kita. ๐Ÿ™‚

 

Itu saja 12 tips perkongsian dari saya. Semoga ia bermanfaat buat kita semua. Sesiapa ada penambahan atau cadangan boleh letak di bahagian komen ye ๐Ÿ™‚

 

Owh….ada yang nak tahu kami kerja apa di rumah ye? Boleh klik di sini ye ๐Ÿ™‚ . Jika anda berminat, kami turut mengaalu-alukan anda untuk menyertai kami juga.

 

 

Salam sayang,

Master ira & Hafizan

0139422527

zahirahhafizan@gmail.com

Presentation12Page cover1

 

 

One Response to “Tips Ibu Ayah Bekerja Dari Rumah”
  1. Raihanah Ahmad 14 January, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge