Tahun baru…azam baru!

Assalamualaikum dan salam tahun baru buat semua! Wah, kita dah masuk 1 Januari 2016 tau. Semua dah pasang azam baru ke? Ahaa… pastikan kita tampal azam baru kita tu ye  🙂 . Apa azam baru saya? Hmmm… Insyaallah, segala yang saya tampal di vision board saya tercapai. Insyaallah.

 

 

 

azam baru 2016

azam baru 2016

 

Apabila bertanya mengenai azam, ramai yang apabila masuk tahun baru…

  1. Nak semakin sihat
  2. Nak jaga pemakanan
  3. Nak jaga diet
  4. Nak semakin cantik
  5. Nak semakin bertenaga
  6. Nak semakin bergetah
  7. Nak semakin comel

 

Tu fizikal kan…. Tapi dari sudut dalaman pula… Ramai yang

  1. Nak jadi ibu, isteri, suami, anak, menantu yang soleh dan semakin baik akhlaknya
  2. Nak jadi pekerja yang semakin rajin
  3. Nak didik anak-anak dengan lebih baik
  4. Nak jadi hamba Allah yang lebih diredhai…

 

Haa..tu saya rasa yang basic lah kan.  Dalam bisnes pula, ramai yang

  1. Nak lebih pandai urus masa, jaga masa, hargai masa
  2. Elakkan kerugian
  3. Nak untung 3 kali ganda (mungkin) dari tahun 2015
  4. Nak jadi bisnes leader yang semakin bagus
  5. Perkembangan organisasi 3 kali ganda dari 2015

 

Dan sebagainya.

 

Percayakah kita yang jika kita berpegang betol-betol dengan apa yang kita nak ni boleh menjadi kenyataan…dan kita percaya sememangnya ia boleh menjadi kenyataan… Jangan terkejut jika memang ia menjadi kenyataan.

 

Bagaimana cara pegang betol-betol dengan apa yang kita nak ni?

 

Ia adalah dengan cara kita mengambil segala tindakan yang mesti kita buat bagi memastikan azam kita tu tercapai seperti yang kita mahukan.

 

Sebagai contoh, orang yang berazam nak semakin cantik dan slim kan… Dari berat badan seberat 130kg (contoh sahaja). Nak turun ke 80kg misalnya. Tindakan mesti diambil. Dengan jaga cara pemakanan, pengambilan makanan berzat, kurang pengambilan karbohidrat dan manis, kerapkan senaman secara konsisten, pengambilan suplimen untuk lengkapkan nutrisi badan yang sihat.

 

Haaa..dari sini…bila azam ini disertakan dengan tindakan, hasilnya memang seperti yang diidamkan.

 

Namun, jika sekadar menunggu…tapi “tunggulah dulu”… “jap gi lah..” …haaa..tengok-tengok dah hujung tahun dah…Dec 2016 dah…badan masih macam tu. Kesihatan pon masih macam tu. Kan?

 

Jadi, apa yang kita nak capai tahun 2016 ini? Jom! Kita realisasikannya 🙂

 

Ingin mengamalkan kesihatan yang lebih baik lagi dengan melengkapkan keperluan nutrisi buat anda dan keluarga?

Ingin menjana pendapatan sampingan untuk menampung keperluan keluarga tahun 2016?

Boleh hubungi nombor di bawah untuk kami bantu anda…

 

Salam sayang,

Masters Ira & Hafizan

0139422527

Presentation12Page cover1

One Response to “Tahun baru…azam baru!”
  1. raihanahahmad 14 January, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge