Sunnah Rasulullah saw: Berdoa ketika ayam berkokok

Saya terbaca mengenai ini pagi semalam selepas subuh. Ia adalah ilmu yang baru pada saya tau. Jadi, saya ingin kongsikan dengan teman-teman yang membaca blog zahirahhafizan.com ini.

 

Buku yang saya baca adalah berjudul 100 Sunnah Rasulullah saw yang dilupakan, tulisan Haifa Abdullah Ar-Rasyid.

 

Dari Abu Hurairah, Rasulullah saw bersabda:” Jika kamu mendengar ayam berkokok maka mintalah kurniaan Allah kerana ayam itu melihat malaikat. Dan jika kamu mendengar suara rengekan keldai maka berlindunglah kepada Allah daripada syaitan, kerana keldai melihat syaitan.”

(HR Al Bukhari no 3303, Muslim no 2729 dan Abu Daud no 5102)

 

Berdoa semasa dengar ayam berkokok

Berdoa semasa dengar ayam berkokok

 

Daripada Jabir bin Abdullah, Rasulullah saw bersabda: “Apabila kamu mendengar salakan anjing dan rengekan keldai pada malam hari, maka berlindunglah kamu kepada Allah kerana haiwan tersebut melihat apa yang tidak kamu lihat (syaitan)”

(HR Abu Daud no 5103 dan Ahmad 3/306 serta disahihkan oleh Syeikh Albani)

 

Mengapa Dianjurkan Berdoa?

 

Kita dianjurkan berdoa ketika mendengar ayam berkokok, kerana dia melihat Malaikat. Kerana kehadiran makhluk baik ini, kita berharap doa kita dikabulkan.

Al-Hafidz Ibn Hajar menukil keterangan Iyadh,

قال عياض كان السبب فيه رجاء تأمين الملائكة على دعائه واستغفارهم له وشهادتهم له بالإخلاص

Iyadh mengatakan, alasan kita dianjurkan berdoa ketika ayam berkokok adalah mengharapkan ucapan amin dari Malaikat untuk doa kita dan permohonan ampun mereka kepada kita, serta persaksian mereka akan keikhlasan kita. (Fathul Bari, 6/353).

Sumber: https://konsultasisyariah.com/23982-doa-ketika-ayam-berkokok.html

 

Jadi, lepas ni… bila dengar ayam berkokok… rajin-rajinlah berdoa. Insyaallah lebih cepat Allah kabulkan.

 

Biasanya ayam ni dibela di kampung-kampung kan? 🙂 Jiran sebelah rumah saya ni bela ayam tau. Banyak! Saya seronok. Sebab ayam-ayam ni kejutkan kami suami isteri untuk bangun pagi-pagi sebeum subuh. Takde jam loceng pon ayam ni dah tolong kejutkan. 🙂

 

Salam sayang,

Master ira & Hafizan

0139422527

zahirahhafizan@gmail.com

Presentation12Page cover1

One Response to “Sunnah Rasulullah saw: Berdoa ketika ayam berkokok”
  1. Raihanah Ahmad 14 January, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge