Perlukah kanak-kanak mengambil suplimen?

Persoalan ini pernah timbul dalam diri saya. Perlukah kanak-kanak mengambil suplimen? Persoalan ini hadir apabila saya kerap melihat anak saya yang sulong sewaktu di usia 2 tahun lebih alami sembelit yang kronik.

 

Boleh dikatakan, setiap minggu kami akan membawa Aiman berjumpa dengan pakar kanak-kanak. Setiap minggu ye. Dan selalunya lebih daripada sekali kami akan buat temujanji untuk berjumpa dengan Doktor Chan di MCMC, Miri, Sarawak.

 

Kunjungan kami bukannya kunjungan suka-suka. Dalam hati saya merasakan sesuatu yang sangat saya tidak selesa. Saya kasihan yang amat apabila melihat Aiman meneran berak seakan-akan dia dicucuk dengan kayu panas. Meraung, menangis, menggelepur… “Ibu! Ibu! Ibu!!!”… Saya masih ingat lagi Aiman menangis teresak-esak apabila mahu membuang.

 

Ye, Aiman sangat susah nak mengambil sayur. Buah betik pon kena paksa. Dia sangat cerewet dalam mengambil makanan yang berzat. Susu pon kami sudah banyak kali bertukar susu. Yelah, selepas putus susu dari saya sebab usianya melebihi dua tahun sudah…kami perkenalkannya dengan susu lain. Sebelum itu pon, semasa minum susu saya pon Aiman dah ada sembelit. Sebab dah mula makan kan.

 

Kami buntu sebuntu-buntunya. Tapi selepas berbincang dengn doktor Aiman, kami dapat satu jalan keluar. Iaitu membekalkannya dengan nutrisi yang seimbang.

 

Seperti yang dikongsi dari PaMa, Vitamin dan mineral yang diperlukan oleh anak-anak:

Vitamin A – Untuk kesihatan mata. Sumber daripada lobak merah, telur dan marjerin.

Vitamin B1 – Membekalkan tenaga kepada badan. Sumber daripada gandum, daging dan susu.

Vitamin B2 – Membekalkan tenaga. Sumber daripada susu, daging dan ikan.

Vitamin C – Meningkatkan pertahanan badan terhadap penyakit. Sumber daripada sayuran hijau dan buah-buahan sitrus.

Kalsium – Pembentukan tulang dan gigi. Sumber daripada susu, keju dan lain-lain produk tenusu.

 

Anak picky eater

 

Anak saya seorang yang sangat cerewet dalam pengambilan makanan. Jika tak kena dengan seleranya, memang dia sanggup tak makan. Sanggup berlapar kalau tak kena dengan selera. Sayur tu nak makan pon susah bukan main. Buah-buahan boleh dah sekarang sikit-sikit. Tapi tetap pilih. Buah yang lembik-lembik mereka tak makan.

 

Saya tahu yang anak-anak saya perlukan nutrisi yang lengkap. Ia sangat bagus untuk diambil dari pemakanan harian. Tapi jika anak-anak yang sangat cerewet, bagaimana kita nak pastikan mereka mendapat nutrisi yang lengkap kan? Susah hati dibuatnya kita kan…

Jadi, jawapannya… kita mengambil makanan tambahan. Tujuannya adalah untuk menampung keperluan nutrisi anak yang tidak lengkap tu.

6 Sebab Kanak-kanak perlukan Suplimen aka makanan tambahan

 

suplimen lengkapkan nutrisi

suplimen lengkapkan nutrisi

  1. Anak memilih makanan

 

Ahaaa..ni macam kisah anak saya yang kat atas ni kan.

 

Kanak-kanak yang sedang membesar sebaiknya diberi lebih makanan berserat, protin, buah-buahan serta sayur-sayuran segar. Pengambilan lemak terutamanya LEMAK TEPU yang banyak terdapat dalam makanan ringan haruslah di kurangkan.

 

Kanak-kanak secara psikologinya memang tidak suka dengan makanan yang berwarna hijau. Sebab itulah, kebanyakan mereka tidak suka makan sayur atau buah sedangkan makanan inilah yang mengandungi banyak nutrisi yang diperlukan oleh badan.

 

young-girl-looking-at-doughnut

Tahukah anda kebanyakan kanak-kanak pada masa kini mendapatkan 25% sumber kalori mereka daripada makanan segera? Kalori yang diperoleh membantu dalam membekalkan tenaga kepada mereka tetapi TIDAK MAMPU memenuhi keperluan nutrisi harian mereka.

Seorang kanak-kanak sepatutnya mengambil 5 hidangan (cups) sayuran-sayuran dan buah-buahan dalam sehari. Tetapi, menurut kajian yang dijalankan, kebanyakan kanak-kanak hanya makan 1.8 hidangan (cups) daripada jumlah yang disarankan.

Sumber: 2010 State of The Plate, PBH

 

Anak kita makan sayur 5 cawan ke setiap hari? Anak saya tidak.

 

2. Kekangan Masa Dan Pengaruh iklan – Pilih makanan segera

 

Pengaruh iklan makanan segera sememangnya sangat kuat dalam kehidupan masyarakat kita pada masa kini. Kesibukan bekerja tambahan pula kedua ibu dan ayah bekerja menyebabkan kita sentiasa mengejar waktu dan perlukan sesuatu yang pantas disediakan. Tabiat ini akhirnya secara tidak langsung menjadi suatu kebiasaan walaupun pada dasarnya saya percaya jauh di sudut hari ibu dan ayah tahu akan kesan jangka panjang pengambilan makanan segera.

 

getty_rm_photo_of_child_eating_fast_food

Kentang goreng adalah makanan yang sangat popular di kalangan semua peringkat umur. Ia adalah makanan yang paling mudah didapati di restoran atau kafe.

Bagaimanapun, dari sudut pandangan pakar pemakanan pada masa kini, kentang goreng adalah makanan yang kurang menyihatkan dan jika diambil secara berlebihan boleh menyumbang kepada penyakit seperti tekanan darah tinggi, berkolestrol tinggi dan juga obesiti.

Kentang Goreng atau fries adalah sumber sayuran pertama dalam diet mereka.

Pernah kan pergi kedai…anak-anak teruja dengan makanan segera yang sangat banyak kat hypermarket tu? Mereka teringin nak merasa juga. Macam dalam iklan katanya…

 

3. Pengambilan minuman kardial dan berkarbonat melebihi pengambilan air putih

GirlSugaryDrinksPengambilan minuman manis terutamanya minuman berperisa dan berkarbonat di kalangan kanak-kanak telah meningkat sebanyak dua kali ganda sejak tahun 1970.

 

Adalah perkara biasa di mana kanak-kanak sukakan benda yang rasanya manis. Bagi mereka itulah rasa yang sedap dibandingkan dengan air putih yang rasanya tawar.

 

Bagaimanapun, anak kecil kita tu tidak tahu tentang kandungan gula yang terlalu tinggi dalam air tersebut. Ada kalanya, kita lebih suka membeli jus buah-buahan yang di jual di luar sama ada di restoran atau pasar minggu kerana berpendapat ianya baik kerana dibuat menggunakan buah sebenar padahal kebanyakannya sudah di tambah dengan gula atau pemanis dan jus sebenar buah tersebut tinggal sedikit sahaja lagi.

4. Mudah dijangkiti semasa berada di taska mahupon sekolah

 

Kebanyakan ibu dan ayah pada masa kini, kedua-duanya adalah bekerja. Kesukaran mencari pengasuh atau amah yang betul-betul boleh dipercayai menyebabkan kebanyakan ibubapa lebih memilih untuk menghantar anak ke taska atau nursery.

 

Oleh kerana jumlah kanak-kanak di taska adalah lebih ramai maka anak kita lebih terdedah kepada jangkitan penyakit terutamanya flu. Di taska anak saya sendiri pon ada 56 orang tau. Dasyat ni.

 

Anak-anak sering alami selsema, demam, ada juga kan jangkitan kutu, tangan dan mulut. Pemberian ubat dan antibiotik secara berterusan sememangnya kurang baik apatah lagi bagi usia kanak-kanak yang terlalu kecil. Jadi, jalannya adalah dengan tingkatkan imun sistem badan.

 

Imun sistem ni ibarat askar. Tapi, jika askar ini lemah saja, bagaimana nak melawan penjahat kan? Penjahat dalam badan kita ada virus, bakteria, kuman dan macam-macam lagi. Disebabkan oleh rendahnya kadar tenaga “askar ” (imun sistem) dalam badan anak-anak mahupon kita, penyakit mudah datang dan masuk dalam badan. Termasuklah selsema, demam dan sebagainya 🙂

 

5. Gaya hidup yang telah berubah 

toyZaman kanak-kanak dahulu dan sekarang terlalu besar jurang perbezaannya di mana kebanyakkan kanak-kanak lebih banyak menghabiskan masa di dalam rumah dan jarang sekali melakukan aktiviti di luar rumah.

 

Pendedahan berlebihan kepada gajet menyebabkan kanak-kanak tidak suka bermain di luar dan menghabiskan lebih banyak masa dengan gajet.

 

Memang menjadi suatu cabaran buat ibu bapa masa kini untuk tidak mendedahkan gajet kepada anak-anak bukan. Tetapi pastinya lebih sukar jika ia menyebabkan anak-anak mengalami kerosakan mata, menghidap obesiti, kurang kemahiran psikomotor, kurang cergas dan banyak lagi masalah lain. Oleh itu, kita ibu bapalah yang bertanggungjawab dalam memilih yang mana lebih baik untuk perkembangan anak kita.

 

Galakkan juga untuk anak-anak beraktiviti di luar rumah, tapi masih dalam pemantauan kita.

 

6. Persekitaran yang tercemar

 

Persekitaran kita sekarang tidak lagi sama seperti dahulu. Terlalu banyak pencemaran berada di sekitar kita. Di luar rumah kita terdedah kepada debu, jerebu, asap dan sebagainya. Di dalam rumah kita terdedah kepada bahan kimia yang banyak terkandung dalam bahan pencuci serta sabun mandian.

 

Pendedahan berlebihan kepada bahan pencemar dan toksik ini menyebabkan kanak-kanak sekarang sangat mudah diserang asma, mengalami alahan serta sistem pertahanan badan yang lebih rendah. Pengambilan suplemen semulajadi sedikit sebanyak membantu meningkatkan imun mereka dan lebih jarang jatuh sakit.

 

Thanks kepada MummyHans kerana berkongsi. Inilah  6 sebab kenapa kanak-kanak kini juga memerlukan suplimen. Kita taknak anak-anak alami masalah dulu, baru kita nak mencari sesuatu untuk dia.

 

Dalam keenam-enam ini, kita dan anak-anak kita hadapinya? Dan ingin menyelesaikan masalah ini dengan mendapatkan suplimen untuk anak anda bagi tujuan lengkapkan nutrisinya?

 

Boleh klik link ini untuk mengetahui suplimen yang sesuai untuk kanak-kanak.

http://zahirahhafizan.com/category/suplimen-kanak-kanak-cergas-dan-sihat

 

Dan yang bestnya, salah satu daripada suplimen yang kanak-kanak perlukan kini diberi offer istimewa tau…

 

Nak tau lebih lanjut lagi? Boleh klik link ni ye. http://zahirahhafizan.com/2016/01/kenapa-mesti-grab-offer-shaklee-januari-2016-ni.html

Ingin mendapatkan suplimen berkualiti buat anda dan keluarga tersayang?

Ingin mendapatkan suplimen Shaklee dengan sangat-sangat special deal?

Ingin menambah pendapatan yang sedia ada sekarang dengan permulaan yang tanpa modal?

 

Boleh hubungi nombor di bawah untuk kami bantu anda..

 

Salam sayang,

Master ira & Hafizan

0139422527

zahirahhafizan@gmail.com

Presentation12Page cover1

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge