Pengalaman Penyusuan Pertama Selepas Bayi Dilahirkan

Penyusuan Pertama

 

Penyusuan pertama seumpama kita menformatkan perisian komputer supaya sentiasa berjalan lancar pada kemudian hari. Lebih cepat bayi disusukan, lebih kurang masalah yang akan dihadapi oleh bayi dengan penyusuan susu ibu.

 

Biasanya, selepas dilahirkan…bayi akan dalam keadaan ini:

1.Tidur

2. Mamai

3. Peka dan tenang

4. Gelisah

5. Menangis

 

90% bayi yang dilahirkan adalah normal dan aktif iaitu bayi cukup bulan dan aktif. Bagi bayi yang tidak bermasalah, sentuhan kulit ke kulit sebaik sahaja selepas bersalin dapat terus dilakukan tanpa banyak masalah.

 

Refleks rooting atau kadar hisapan adalah paling tinggi dalam masa 20 hingga 30 minit pertama selepas melahirkan. Jadi, jangan sia-siakan peluang ini ye 🙂

 

Sekiranya diberi peluang, bayi dengan sendirinya mampu bergerak ke arah payudara tanpa bantu sesiapa pon.

Letakkan bayi di payudara dan sekiranya berjalan lancar, penyusuan akan berlaku selama setengah jam.

Kelenjar Montgomery pada puting ibu mengeluarkan sejenis bau yang menarik dan unik bagi bayi. Bayi dapat mengenal ibunya melalui bau payudara ibunya yang unik.

 

Semenjak dalam kandungan lagi, bayi sudah serasi dengan rasa air ketuban ibunya. Bayi menggemari rasa manis., dan kolostrum yang tinggi dengan laktosa berasa agak manis.

 

Jangan dipaksa jika bayi menunjukkan dia tidak mahu menyusu ibu. Sentuhan kulit ke kulit mesti diteruskan. Lama kelamaan, bayi mesti akan menyusu juga walaupon permulaannya dia hanya menjilat payudara ibu.

 

Ibu boleh memerah sedikit kolostrum supaya bayi dapat menjilatnya, dan ini membantunya supaya melekap dengan baik.

 

Elakkan memberi bayi puting ataupon botol susu sekiranya bayi perlu bantuan penyusuan. Ini bagi mengelakkan bayi rasa keliru dan menolak payudara kelak. Cawan ataupon picagari boleh digunakan sekiranya bayi memerlukan susu perahan. Dapatkan nasihat dan tunjuk ajar daripada doktor atau jururawat.

 

Ibu dan ahli keluarga yang biasa berbual dengan bayi semasa dalam kandungan, digalakkan supaya bercakap-cakap dengannya selepas dia dilahirkan. Ia dapat membantu bayi berasa tenang dan bernafas dengan lebih teratur.

 

bayi selepas dilahirkan

bayi selepas dilahirkan

 

Ibu yang mengambil ubat penahan sakit samada secara suntikan ataupon pembedahan, mungkin menghadapi sedikit cabaran bagi memulakan penyusuan susu ibu. Ubat ini juga akan beri kesan sampingan yang sementara buat bayi. Bayi akan terasa mamai, atau hisapan mereka tidak teratur.

 

Saintis mengatakan puting dan areola bertukar menjadi gelap semasa hamil disebabkan oleh bagi memudahkan bayi melihatnya.

 

Haaa…kenangan dan pengalaman penyusuan pertama ini sememangnya kita tidak boleh lupakan. Setiap anak…lain gayanya. Alhamdulillah…15 minit pertama selepas anak-anak saya dilahirkan…memang mereka terus menyusu dengan saya. Dan di waktu itu…saya masih di bilik bersalin. Subhanallah! Kenangan yang cukup manis.

 

Setakat ini saja saya kongsikan kisah Pengalaman Penyusuan Pertama Selepas Bayi Dilahirkan… Semoga ia bermanfaat buat semua ye 🙂

 

Jemput like page khas untuk breastfeeding di bawah kelolaan saya, semoga ia bermanfaat.

Breastfeeding alert https://www.facebook.com/pages/Breastfeeding-alert/600758136678521?fref=ts

 

Ingin mendapatkan suplimen terbaik untuk anda dan keluarga?

Ingin mendapatkan suplimen terbaik dan semulajadi dengan harga yang ISTIMEWA?

Ingin menjana pendapatan  hanya dari rumah?

Boleh hubungi nombor di bawah untuk kami bantu anda mengubah hidup anda…

 

 

Salam sayang,

Master ira&hafizan

Founder Legasi Anugerah Terindah Group

zahirahhafizan@gmail.com

Presentation12Page cover1

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge