Kenapa Hantar Anak ke Tadika Islamic?

Semalam, saya kongsikan kenapa saya hantar Aiman ke sekolah cina. Dan hari ni, saya kongsikan… kenapa saya hantar anak-anak ke tadika islamic pulak. Hehe… Ni soalan ni saya dapat daripada ibu-ibu yang menghantar anak mereka ke sekolah cina, dan kebetulan sekelas dengan Aiman. Mereka menghantar anak-anak ke tadika cina sebab mereka nak biasakan anak-anak dengan bahasa mandarin kerana mereka tak mau anak mereka ketinggalan dalam memahami bahasa mandarin semasa Darjah 1 nanti.

 

Betol tu. Aiman perlu kerja extra vaganza keras berbanding teman-teman yang dah pernah lalui kindergarten di tadika cina. Tapi, kami sangat percaya. Aiman dan adik-adiknya boleh kuasainya. 🙂 . Banyak caranya insyaallah. Akan ada jalannya 🙂

 

Tadika, Pasti, Tadika Agama

Husna dan Syamimi

 

Menjawab persoalan kenapa hantar ke Pasti (tadika anak-anak saya) ni… Saya jawab ini saja…

 

Bagi pendapat kami suami isteri…kami memilih anak-anak untuk ke Pasti kerana kami mahu berikan pendidikan agama dulu sebelum belajar mandarin atau bahasa apa sekali pon. Islam bukan sahaja mengaji quran dan solat. Ia lebih dari itu. Jadi, kami memilih tadika ini selepas mencuba pada tahun pertama di kala Aiman di usia 4 tahun. Kami serasi dengan guru-guru dan pihak pengurusannya. Jadi, kami teruskan saja. Seronok rasanya apabila anak-anak balik dan baca quran, baca hafazan, baca doa yang mereka belajar di Pasti di waktu pagi dan petang…

 

Owh…ni Pasti tempat anak-anak kami belajar…Pasti lain saya tidak pasti 🙂 . Kerana mungkin ada perbezaan keadaan pengurusannya kan :).

 

Cadangan saya buat pembaca blog zahirahhafizan.com…tidak kisah sekolah tadika anak kita tu mengajar agama atau tidak… Apa yang penting adalah kita bekerjasama dengan guru-guru anak-anak kita dalam membina sahsiahnya. Luar dan dalam. Jangan hanya harapkan anak-anak syurga kita mengaji dengan guru-guru… balik rumah bagi tengok cerita entah pape sukati mereka…

 

Jangan hanya harapkan guru mengajar anak-anak kita membaca… biar kita yang ajar anak-anak kita mengenal huruf. Biar kita orang yang pertama mampu buat dia pandai kenal al quran dan siapa nabi muhammad. Biar kita. Saya secara jujurnya, akan merebut peluang pandainya anak-anak saya dalam membaca quran dimulai dengan huruf alif, pandainya anak-anak mengenal nombor 1,2,3 dan pandainya anak-anak kami membaca a,b,c dengan bermula dari saya. Saya nak pahala itu berkekalan hingga saya tiada lagi di dunia ini. Jadi, sama-sama saya bekerjasama dengan guru-guru dalam mendidik anak-anak syurga ini kenali siapa Tuhan mereka, siapa nabi mereka, apa kitab mereka, siapa saudara mereka…dan sebagainya. 🙂

 

Kami bersyukur guru-guru banyak membantu saya dan suami dalam membentuk anak-anak menjadi anak pintar yang soleh dan solehah. Ini sangat penting buat kami. Kami sangat hargai guru-guru mereka.  🙂

 

Kami juga bersyukur Allah kurniakan guru-guru yang baik buat anak-anak kami. Persoalan kami semuanya dijawab dengan baik, tidak kira dari guru sendiri mahupon pihak pengurusan.

 

Kami sentiasa amalkan doa ini. Jom kita doakan dan sama-sama amalkan 🙂

 

Ya Allah, Engkau tumpahkan rasa kasih dan sayang guru-guru atau sesiapa saja yang memandang anak-anak kami. Tumpahkan kasih yang membawa kebaikan, jauhkan kasih yang merosakkan. Bukakan hati dan fikiran anak-anak kami untuk mudah memahami ilmu yang diberi. Lapangkanlah hati guru-guru dan anak-anak kami. Mudahkan Ya Allah. KepadaMu kami serahkan segala urusan kami. 

 

Sekian saja sharing saya hari ini. Semoga bermanfaat 🙂

 

Salam sayang,

Master ira & Hafizan

0139422527

zahirahhafizan@gmail.com

Presentation12Page cover1

 

 

 

 

One Response to “Kenapa Hantar Anak ke Tadika Islamic?”
  1. Raihanah Ahmad 5 January, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge