Bapa Juga Mampu “Menyusukan” Anak

Kita sering mengaitkan penjagaan bayi dengan ibu dan wanita, tetapi sebenarnya peranan seorang bapa juga tidak kurang pentingnya. Keluarga yang bahagia dan sejahtera memerlukan keseimbangan peranan kedua-dua ibu dan bapanya.

 

Sejak turun-temurun, bapa mencari nafkah untuk diberikan kepada isteri dan anak-anaknya. Tapi sebenarnya, tugas seorang bapa bukan setakat itu sahaja. Kerana itulah seorang lelaki akan dipersoal sebetul-betulnya mengenai tanggungjawabnya di dunia ini oleh Allah nanti. Ia melibatkan isteri, anak-anak, ibu, adik beradiknya juga. Berat kan tugas seorang lelaki. Ia bukan hanya mencari makan untuk anak-anak dan isteri.

 

Risiko negatif tiadanya peranan ayah

 

Kajian menunjukkan banyak risiko negatif dalam diri anak-anak apabila tiadanya ayah yang melakukan peranannya dalam keluarga.

Antaranya adalah…

 

  1. Pertambahan berat badan yang tidak memuaskan bagi bayi pramatang
  2. Lemah dalam pencapaian akademik
  3. Gangguan kelakuan sosial
  4. Peningkatan masalah-masalah psikologi
  5. Kurang keyakinan diri sendiri
  6. Peningkatan kes-kes penderaan anak dan kes bunuh diri
  7. Peningkatan masalah sosial dan kelakuan jahat remaja
  8. Kurang kemahiran berbahasa
  9. Peningkatan kes-kes kemiskinan

 

Justeru, peranan seorang ayah bukan sahaja mencari nafkah bagi mengisi perut anak-anak, malah lebih daripada itu. Hubungan ayah dan anak sememangnya kritikal bagi perkembangan anak-anak semenjak bayi

 

Bapa dan penyusuan susu ibu

Benarkah pendapat yang mengatakan penyusuan ibu hanya perlu dilakukan oleh seorang ibu?

 

Ye, betol. Ibu yang melakukan segalanya dari saat baru keluar susu sehinggalah susu dikeluarkan dan diminum oleh anak. Namun, tanggungjawab memberi kasih sayang kepada anak bukan hanya tugas seorang ibu

 

Kajian membuktikan sokongan padu daripada suami dapat memastikan penyusuan susu ibu berjalan lancar, dan dapat dijayakan dalam jangka masa yang lebih lama. 

 

Ayah dan Anak

Ayah dan Anak

 

98% ibu yang berjaya menyusukan anak mereka mempunyai pasangan yang menghargai penyusuan ibu. Bapa sepatutnya menjadi sumber rujukan utama sekiranya ibu menghadapi masalah penyusuan.

 

Oleh sebab itulah, seorang ayah perlu melengkapkan dirinya juga dengan ilmu penyusuan.

 

Cuba bayangkan…3 jam pertama mungkin si ibu alami masalah untuk menyusukan anak…dan sukar di saat itu untuk mendapatkan nasihat dari pakar laktasi… Jika si ayah juga miliki ilmu penyusuan, sekurang-kurangnya boleh juga berkongsi ilmu kan. Yelah, masa dapat ilmu dengan masa nak praktikkan ilmu itu tidak sama keadaannya 🙂

 

” Sebagai seorang yang baru bergelar bapa, pengetahuan saya terhadap penyusuan susu ibu amat terhad. Dan bagi saya…penyusuan ibu ini satu perkara yang kecil dan mudah pada mulanya sebelum saya tahu.

 

Setelah isteri saya disahkan hamil… dan beliau sering bercerita mengenai apa yang dibaca mengenai  persediaan untuk menyusukan anak nanti… Secara tak langsung saya juga menjadi seseorang yang faham apa itu penyusuan ibu dan bagaimana caranya. Dan seringkali juga saya turut sama membaca buku-buku yang dibaca oleh isteri. 

 

Yelah, seorang isteri berkongsi excitementnya kepada suami…adalah sesuatu yang mengujakannya. Kita sebagai suami raikannya. Dan lama-lama, kita juga turut sama memahami dan menyokong penyusuan ibu ini. 🙂

 

Saya menjadi bangga dengan ibu-ibu yang berjuang demi menyusukan anak mereka. Jadi saya tidak ada masalah dengan staf wanita yang ingin mengepam susu di tempat kerja. Malah, walau saya belum miliki anak di saat itu pon…saya sudah memahami keadaan itu. 

 

Bagi saya secara peribadi, penyusuan ibu memang memberi manfaat yang banyak kepada anak dan isteri. Juga kepada suami. Apa taknya, kos membeli susu formula adalah zero. Anak pula cerdas dan sihat. Duit itu boleh kami simpan untuk masa depannya juga”

 

Ini komen seorang bapa mengenai penyusuan ibu. Alhamdulillah, sudah ramai yang sedar betapa pentingnya penyusuan susu ibu ini bagi memastikan anak-anak diberi yang terbaik.

 

Penyusuan Susu Ibu dan Perasaan Bapa

 

“Isteri saya asyik menyusukan anak sehingga saya tidak tahu mahu buat apa dengan bayi saya. Saya berasa saya tidak diperlukan oleh anak saya kerana dia hanya perlukan susu daripada isteri saya. Lecehlah anak yang menyusu badan ini, saya tiada peluang memberi susu buat anak saya”

 

Ada pernah dengan komen sebegini daripada seorang bapa?

 

Itu mungkin sebahagian daripada perasaan bapa yang baru sahaja mendapat cahaya mata…lagi-lagi anak pertama. Sebelum lahirnya anak, kasih sayang isteri tertumpah sepenuhnya kepada suaminya. Namun, setelah lahirnya anak…dan si anak meminta perhatian yang lebih apabila menyusukan dengan susu ibu…mungkin membuatkan si suami merasakan anak kini menjadi pesaingnya dalam mendapatkan kasih sayang isteri.

 

Bapa mungkin merasakan tiada peluang untuknya mendekati dan bermesra dengan si anak apabila anak itu diberikan susu ibu. Yelah, tertutup sudah peluangnya kerana tidak diberikan susu botol.

 

Ini tidak benar kerana bukan hanya dengan memberikan susu botol sahaja boleh mengeratkan hubungan seorang bapa dan anak. Pelbagai cara boleh dilakukan untuk mendekati si anak. Contohnya: Memandikan bayi, memakaikan pakaian padanya, bercaka dengannya walau dia masih kecil, memeluk ciumnya dan sebagainya

 

Di dalam tempoh berpantang, bukan semuanya isteri boleh lakukan dengan sendiri. Cuba berikan isteri berehat sebanyak mungkin di dalam tempoh ini kerana tempoh ini adalah tempoh pemulihan buat isteri.

 

Terhadkan tugas isteri hanya menyusukan anak di dalam tempoh ini. Haaa…bukankah ini peluang yang cukup besar diperolehi oleh si bapa dalam mencari ruang berinteraksi dan mendekati si anak?

 

Apabila lahirnya anak, secara semulajadi…si isteri akan miliki kasih sayang yang cukup tinggi kepada anak. Ini kerana si isteri baru hendak mengenali insan yang 9 bulan berada dalam kandungannya siang dan malam. Suami berilah ruang dan peluang kepada isteri untuk meluahkan naluri ibunya kepada anak ini.

 

Tidak berkurang kasih sayang isteri buat suami. Malah akan lebih bertambah seandainya suami turut menyokongnya dalam memberikan yang terbaik buat anak seperti menyusu dengan susu ibu. Jadi, bapa tidak perlu risau dan cemburu dengan perkara ini.

 

Bapa dan Hormon

 

Bagaimanakah perasaan kasih sayang bapa dapat terbentuk kepada anaknya walaupon lelaki tidak pernah mengandung dan menyusukan anak?

 

Ahaaa…pernah terfikir tak pasal ni? Ye, memang ia fitrah. Tapi camane tu kan?

 

Ada yang mengatakan yang naluri keibubapaan dapat dipupuk dan bapa dapat memilih samada menjadi bapa yang baik ataupon tidak tanpa bantuan secara biologi.

 

Namun begitu, kajian terhadap haiwan membuktikan hormon oksitosin dan prolaktin memainkan peranan penting dalam proses menjadi bapa yang baik.

 

Sekumpulan penyelidik dari Universiti of Yales mengambil paras hormon oksitosin bapa yang baru mendapat anak pertama, pada tempoh enam minggu dan enam bulan selepas kelahiran bayi dan mereka mendapati paras hormon oksitosin pada bapa tidak banyak bezanya daripada paras para ibu.

 

Walau bapa tidak pernah hamil dan menyusukan anak, hormon oksitosin mereka tetap tinggi. Kajian ini membuktikan perasaan kebapaan juga dibantu oleh hormon-hormon, sama seperti ibu.

 

Masyaallah. Hebatnya Allah kan. Betapa pentingnya hormon ini. Haa…jadi lepas ni, para suami perlu mendekati anak dengan lebih dekat lagi ye.

 

Jemput like page khas untuk breastfeeding di bawah kelolaan saya, semoga ia bermanfaat.

 

Breastfeeding alert https://www.facebook.com/pages/Breastfeeding-alert/600758136678521?fref=ts

 

Ingin mendapatkan suplimen terbaik untuk anda dan keluarga?

Ingin mendapatkan suplimen terbaik dan semulajadi dengan harga yang ISTIMEWA?

Ingin menjana pendapatan  hanya dari rumah?

Boleh hubungi nombor di bawah untuk kami bantu anda mengubah hidup anda…

 

 

Salam sayang,

Master ira&hafizan

Founder Legasi Anugerah Terindah Group

zahirahhafizan@gmail.com

 

Presentation12Page cover1

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge