Apa Yang Kita Fikir, Itu Yang Kita Tarik

Pagi ini saya ingin berkongsi dengan teman-teman mengenai apa yang kita fikir, itu yang kita tarik… Dan itu yang kita dapat. Percaya atau tidak…itu yang akan kita perolehi. Itu adalah hukum universal. Ini bermakna, jika kita mahukan sesuatu itu benar-benar terjadi, kita kena fikirkannya. Namun,jika kita tidak mahu perkara itu berlaku…sesekali jangan memikirkannya. Apatahlagi membayangkannya 🙂

 

Apa yang kita fikir, itu yang kita tarik

 

Pernahkah kita teringin menikmati satu-satu jenis makanan…tiba-tiba ada yang menghantar atau belikan makanan itu kepada kita walau kita tidak berkata apa-apa. Cuma bermonolog dalam hati.

 

Pernahkah kita risau untuk meninggalkan selipar kita di satu-satu tempat kerana takut ia hilang… dan akhirnya betol! Ia benar-benar hilang.

 

Siapa sebenarnya yang melakukannya? Siapa sebenarnya yang membuatkan apa yang kita risaukan ini benar-benar berlaku? Dan kenapa sebenarnya ia boleh berlaku?

 

Attraction- Tarikan

Attraction- Tarikan

 

Ini adalah satu hukum tarikan universal atau boleh juga dinamakan sebaga Reticular Attraction. Sesuatu yang mempunyai gelombang yang sama akan menarik antara satu sama lain, menuju kepada satu tarikan yang universal.

 

Apa itu hukum tarikan universal?

Mengikut hukum sains, setiap zarah terdiri daripada atom yang mempunyai elektron. Semua elektron mengelilingi nukleus pada orbit dan frekuensi (getaran) yang tertentu. Frekuensi yang sama menarik perkara yang mempunyai frekuensi yang sama. Ia dapat difahami apabila kita melihat bagaimana lilitan-lilitan logam di dalam kipas menjadi magnet apabila tenaga elektrik dialirkan.

 

Jadi, apa kaitan dengan apa yang kita fikirkan?

 

Minda kita juga sentiasa membebaskan gelombang. Gelombang sama menarik sesuatu yang mempunyai gelombang yang sama. Semakin tinggi fokus yang minda berikan, semakin kuat tarikan yang berlaku.

 

Perasaan gembira dan benci menghasilkan gelombang yang berbeza. Minda positif menarik sesuatu yang positif datang kepadanya. Manakala minda negatif menarik sesuatu yang negatif kepadanya. Yang negatif tidak boleh menarik yang positif. Itu hukum universal.

 

Satu gelombang saja dalam satu masa

 

Menurut Wallace D. Wattles dalam bukunya The Science of Getting Rich, satu gelombang sahaja boleh berada dalam minda kita pada satu-satu masa. Gelombang yang lebih dominan menguasai minda kita sama ada gelombang negatif ataupon gelombang positif. Kita yang memilihnya! 🙂

 

Tepat dengan hadis Qudsi,

“Aku bertindak menurut sangkaan hambaKu. Aku selalu bersama hambaKu sekiranya dia mengingatiKu. Sekiranya dia mengingatiKu dalam dirinya, Aku mengingatinya dalam diriKu. Apabila dia mengingatiKu dalam khalayak ramai, Aku mengingatinya dalam khalayak yang lebih ramai ( para malaikat dan seluruh makhluk). Apabila dia mendekatiKu sejengkal, Aku mendekatinya dengan lebih dekat lagi (sehasta). Apabila dia mendekatiKu sehasta, Aku mendekatinya sedepa. Apabila dia mendekatiku dengan berjalan, Aku mendekatinya dengan berlari.” 

Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim.

Maksud di sini, jika kita bersangka yang baik-baik…yang baik-baik yang akan kita dapat. Begitu juga sekiranya kita sangka yang tak baik, yang tak baik tulah yang kita akan dapat. Allah akan memberi mengikut sangkaan kita.

 

Hukum graviti juga merupakan hukum tarikan. Kita percaya kan? Sebab itu semua di bumi ini boleh terletak dengan elok tanpa terumbang ambing kan. Kita percaya hal ini walau kita tidak nampak pon di mana tarikan graviti itu. Ia boleh dilihat bila kita tengok diri kita sendiri pon boleh berjalan dengan elok di bumi ni kan. takde yang tiba-tiba terbang terumbang- ambing kan.

 

Begitu juga dengan hukum tarikan universal ni. Walau tidak nampak wujudnya dia, tapi kita boleh lihat yang dari sangka-sangka kita selipar ni “takut hilang”…tiba-tiba memang hilang.

 

Selepas kita memahami konsep hukum tarikan universal ini…kita akan lebih positif dalam segenap aspek. Kerana sudah pasti kita mahu menarik yang baik-baik dan yang positif-positif sahaja datang kepada kita 🙂

 

Teruskan membaca dan follow blog zahirahhafizan.com. Akan ada sambungan di lain post insyaallah.

Jom ubah diri kita. Jadi yang lebih positif dari biasa. Kerana kita mahu menarik yang positif-positi dan baik-baik saja dalam hidup kita.

 

Presentation12Page cover1

 

 

 

 

 

 

One Response to “Apa Yang Kita Fikir, Itu Yang Kita Tarik”
  1. Raihanah Ahmad 14 January, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge