5 Tips Urus Anak 4 Tahun Ke Tadika

2 hari lepas, kami daftarkan husna ke tadika. Gembiranya dia sangat terserlah. Hehe. Bangun pagi-pagi, minum Mealshakes dan susu, ambil vitamin lebih awal dari biasa tanpa disuruh… Wah! Jam 8pagi dia dah siap semua tau. Termasuk sikat rambut dan memakai tudung! 🙂

 

Urus Anak Sekolah 4 tahun

Husna Daftar 4 tahun

 

Pagi ni saya nak berkongsi dengan anda mengenai tips urus anak 4 tahun ke tadika. Mungkin perkara-perkara ini kita boleh cuba ke atas anak kita kan 🙂

 

  1. Sebelum bermula sekolah, pastikan kita bercerita yang best-best dan seronok-seronok kepada anak kecil kita tu. Budak akan lebih tertarik apabila diceritakan kisah yang menyeronokkan tau 🙂
  2. Elakkan cerita pasal perkara yang dia takut. Contoh: Kalau tak dengar cakap cikgu, cikgu rotan. Haaa ni buat dia rasa malas dan lagi membimbangkan ia takut untuk ke sekolah sebab kita dah tanam sesuatu yang negatif dalam diri anak terhadap gurunya. Tak best kan? 🙂
  3. Beli alatan sekolah yang mereka suka. Biarkan mereka pilih sendiri ye. Kotak pensil apa yang mereka minat. Beg jenis macamana. Haa..berikan pada mereka. Nak naikkan mood gembira segembira gembiranya kan 🙂 . Tapi kami guna beg hadiah Shaklee je untuk Husna ni. Sebab tu hadiah yang Shaklee berikan kepada mereka bertiga adik-beradik. Husna pon suka sangat dengan beg tu 🙂
  4. Biasakan anak kita ni dengan buku dan pensil serta apa-apa saja yang berkaitan persekolahan. Anak kecil 4 tahun yang tak biasa…dia akan rasa ni sesuatu yang asing padanya. Tapi, bagi yang dah biasa…kita nak ia biasakan diri lagi.
  5. Berikan kata-kata semangat padanya. Puji dia. “Husna sekarang makin bijak tau. Sebab tu boleh pergi sekolah dah”.

 

Haa…jom kita gunakan 5 tips ini. Semoga kita boleh handle anak-anak kecil kita yang baru nak kenal alam persekolah ini dengan lebih tenang dan gembira 🙂

 

Salam sayang,

Master ira & hafizan

0139422527

masters ira dan hafizan

One Response to “5 Tips Urus Anak 4 Tahun Ke Tadika”
  1. ciklashahril 4 January, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge