Tips Memilih Pam Susu Yang Berbaloi

Pagi ni, saya ingin kongsikan tips memilih pam susu yang berbaloi. Ramai yang mungkin tercari-cari pam susu sekarang ni kan. Haaa…di sini saya kongsikan tipsnya yang saya gunakan sejak 6 tahun lepas semasa buat servey dan pilihan pam susu terbaik buat saya.

 

Bagaimana Nak Pilih Pam Susu?

 

Ini kriteria dan tips memilih pam susu yang berbaloi. Ia berdasarkan pengalaman saya sendiri.

 

  1. Lihat keperluan kita.
  2. Jenis kerja kita macamana?
  3. Masa yang kita ada terhad atau tidak untuk pam susu di tempat kerja?
  4. Kita selalu travel dan outstation?
  5. Kita selalu pergi offshore?
  6. Jenis kerja kita adalah sentiasa bersama kaum wanita atau majoriti kaum lelaki adalah teammate kita?
  7. Tahan lasak dan berkualiti? Maintanance pam?
  8. Berapa budget yang kita letakkan atau tak kisah asalkan kriteria nombor 1 ke 7 tu tercapai dengan puas hati?
  9. Design cantik dan cun melecun 🙂

 

Semua kriteria di atas kita perlu tanya diri kita sendiri. Sebab setiap orang berbeza. Kita tak boleh tengok apa yang orang lain pilih untuk tetapkan kriteria ini.

 

 

Pam Susu Berbaloi

ibu dan anak

 

Saya kongsikan kriteria yang saya pilih ni berdasarkan 9 persoalan di atas 🙂

 

Saya memang melihat keperluan saya semasa nak membeli pam yang saya guna. Pam itu saya guna sehingga anak ke 3. Selama 5 tahun saya guna pam susu saya ni. Kerja saya adalah kebanyakannya di pejabat, tetapi waktu sangat mencemburui saya. Saya miliki  masa yang terhad untuk pam susu kedua-dua belah payudara. Saya selalu travel dan outstation luar negeri tempat saya bekerja. Dan pernah juga ke offshore, tetapi tidak kerap. Kebanyakan orang yang saya bekerja adalah dengan kaum lelaki. Tak kira dengan rakan sekerja mahupon dengan kontraktor. Saya tidak letakkan budget yang spesifik pada kos pam yang saya nak pilih ni, asalkan 7 kriteria saya tu dipenuhi…saya ok 🙂

 

Oleh sebab jenis kerja saya ni perlu hanya gunakan masa yang singkat untuk pam susu di pejabat, saya perlukan pam yang “Double Pumping”. Dengan itu, saya jimat masa. Disebabkan saya juga sentiasa travel dan outstation, saya memerlukan pam yang boleh berfungsi tanpa sambung plug di socket elektrik. Dan ia mestilah bersaiz kecil dan ringan. Serta boleh dicas apabila nak digunakan balik. Konsep macam handphone lah. Yelah, kalau saya di laut (offshore), lebih mudah kan saya guna pam ni untuk keluarkan susu jika ia tidak perlu saya susah-susah nak cari plug untuk disambung powernya 🙂 . Dalam flight pon saya boleh pam susu 🙂

 

Lagi satu, pam saya ni mesti yang jenis boleh sangkut kat bra atau pinggang bagi membolehkan tangan saya bergerak seperti biasa untuk membuat kerja. Tak kira buat kerja di rumah atau pon di pejabat. Hatta tengah gosok baju pon saya boleh gunakan pam ini dengan selesa dan mudah. Nak pam sambil saya lelapkan mata pon boleh. Asalkan posisi saya stabil dan betol. Dan ia semestinya menjimatkan masa saya kan :). Ini keutamaan saya dalam memilih pam. Jimatkan tenaga saya pulak tu :). Memang berbaloi kan 🙂

 

Lagi satu, pam ini mestilah kecil dan tidak berbunyi bising, serta mudah diletakkan di mana-mana beg kecil saya hatta handbag yang kecil. Sehingga orang tak sedar saya sedang pam susu, sebab nampak saya macam biasa-biasa saja 🙂

 

Apabila penuhi kriteria ini semua, saya tak kisah pon dengan design rupa paras pam ni. Dan harganya. Sebab saya tahu, sesuatu yang berkualiti… dan juga tahan lasak dan tahan lama….Maintanance pam mestilah berbaloi. Pam yang saya beli ni selalunya maintanancenya agak mahal sikit apabila selepas tempoh warranty. Tapi saya berpuas hati.

 

Namun, jika anda surirumah… Yang ingin simpan stok di rumah… Banyak kriteria di atas anda tidak perlu ambil berat kan. Sebab kebanyakan masa anda berada di rumah. Ini saya dapat rasakan apabila saya kini juga berada di rumah selepas resign lebih 2 tahun sudah.

 

Saya kongsikan dengan anda kriteria pam susu berbaloi buat ibu di rumah jika si ibu tu working at home mom ataupon surirumah walau tak buat side income dari rumah 🙂

 

7 Kriteria Pam Susu Berbaloi Buat Ibu Di Rumah

 

  1. Lihat keperluan kita. Yang ni tak boleh lari.
  2. Perlu masa cepat untuk pam susu? Jika saya, masa tetap menjadi keutamaan. Sebab WAHM macam saya ni, memang masa sangat cemburu pada saya berbanding saya di pejabat. Hatta surirumah yang tak de buat sebarang side income pon kan :). Duk rumah bukan goyang kaki kita ni hehe. Banyak kerja rumah dan nak selesaikan anak-anak dan rumahtangga yang tak pernah putus-putus :). Jadi piih antara ‘Double pump” atau “single pump”
  3. Selalu travel jugak ke? Kalau saya, memang selalu travel juga atas urusan bisnes. Tapi kali ni travel satu famili dengan suami dan anak-anak sekali. Biasanya saya tak pam susu time travel. Saya direct feeding saja.
  4. Budget berapa? Boleh servey harga 🙂
  5. Design kisah ke tak?:) .
  6. Kualiti camne? Kalau saya, mesti beli satu-satu barang tu…yang berkualiti sebab saya tak mau beli barang yang untuk tujuan sama berulang kali 🙂
  7. Kos maintanance? Boleh cek dekat testimoni pam yang kita servey tu tau

 

Haaa…itu saja sharing saya hari ni. Saya harapkan boleh membantu ibu-ibu yang perlukan tips untuk memilih pam susu yang berbaloi. Ingat, kita beli sesuatu, biarlah yang berbaloi kerana bukan mudah nak keluarkan satu-satu keputusan untuk dapatkan pam susu yang berbaloi dan selesa dengan diri kita serta budget kita kan 🙂

 

Opsss..ada yang tanya apa pam susu pilihan saya yang berbaloi? Eh…saya tak jual pam susu. Saya kongsikan je ni ye. Pilihan saya sejak dulu adalah Medela Freestyle. Masa tu saya beli dalam RM1700. Dan kebetulan ayah saya berikan hadiah buat saya dan adik beradik RM1000 setiap orang masa tu. Saya gunakan duit tu untuk beli pam susu ni. Alhamdulillah, ketiga-tiga anak saya yang saya susukan guna pam ini berjaya disusukan sehingga usia 2 tahun lebih walau saya bekerja. Memang kena rajin pam susu :). Juga jaga kesihatan dan pemakanan kita. Kerana susu ibu akan lebih mudah mengalir keluar apabila kita miliki nutrisi yang lengkap untuk badan kita sebagai ibu.

 

Ingin tahu tips kumpul stok susu dengan cepat dalam pantang? Klik sini. http://zahirahhafizan.com/2014/10/tips-kumpul-stok-susu-dengan-cepat-semasa-berpantang.html

Ingin tahu 10 waktu terbaik pam susu? Klik sini. http://zahirahhafizan.com/2015/08/10-waktu-terbaik-mulakan-kumpul-stok-susu-sebelum-kembali-bekerja.html

Ingin tahu kisah saya miliki susu meriah sejak hari kedua berpantang? Klik sini. http://zahirahhafizan.com/2015/08/susu-ibu-membuak-buak-dan-meriah-sejak-hari-kedua-berpantang.html

Ingin tahu kisah saya yang mengandung dan susukan anak selama 6 tahun tanpa henti? Klik sini. http://zahirahhafizan.com/2015/04/bersalin-dan-menyusukan-3-anak-tanpa-henti-selama-6-tahun.html

 

 

Jemput like page khas untuk breastfeeding di bawah kelolaan saya, semoga ia bermanfaat.

Breastfeeding alert https://www.facebook.com/pages/Breastfeeding-alert/600758136678521?fref=ts

 

Ingin mendapatkan suplimen terbaik untuk anda dan keluarga?

Ingin mendapatkan suplimen terbaik dan semulajadi dengan harga yang ISTIMEWA?

Ingin menjana pendapatan  hanya dari rumah?

Boleh hubungi nombor di bawah untuk kami bantu anda mengubah hidup anda…

 

Salam sayang,

Master ira&hafizan

Founder Legasi Anugerah Terindah Group

Owner & Director ZH Land Holdings Sdn bhd

 

Master Ira& hafizan - Founder Legasi Anugerah Terindah

 

zahirahhafizan@gmail.com

Ira Shaklee Kerteh Kemasik paka kemaman 0139422527

 

 

 

4 Responses to “Tips Memilih Pam Susu Yang Berbaloi”
  1. Rokiah 20 December, 2015
    • mm Master Ira 23 December, 2015
  2. mrhanafi 20 December, 2015
    • mm Master Ira 23 December, 2015

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge