Tips Memilih Baju Ibu Menyusu Yang Selesa Dan Mudah

Saya ingin kongsikan dengan anda tips memilih baju menyusu yang selesa dan mudah. Yela, kita ibu menyusu ni nak cepat je kan. Paling utama juga bagi kita adalah aurat ditutup seeloknya walau kita sedang menyusu kan? Betol tak? Tu kriteria utama saya dalam memilih baju menyusu. Dan alhamdulillah, saya suka sekarang ni sebab banyak sangat baju yang cantik-cantik yang mesra ibu menyusu sekarang tau. Jika kita tengok di online mahupon di kedai-kedai…memang banyak dah baju mahupon dress mahupon jubah, t shirt, blouse yang sesuai untuk menyusukan bayi.

 

Kalau dulu, agak susah nak cari tau baju menyusu. Tapi kini… walau tujuan baju tu bukan untuk menyusu… gaya yang dibawakan memang sesuai untuk menyusukan anak di mana saja 🙂 .

 

Ibu Bersama hazim

Ibu Bersama hazim

 

Saya nak kongsikan dengan teman-teman tips memilih baju menyusu yang selesa dan mudah tau. Haaa…apa tipsnya?

 

Apa tipsnya?

 

Ok, ni dari segi pengalaman saya menyusukan 4 orang anak saya sejak 6 tahun lalu. Ni kriteria yang saya tetapkan lah.

 

  1. Baju itu tidak perlu digosok 🙂  Nampak sangat saya memang suka baju yang terus sarung, tak perlu kena gosok-gosok ni kan 🙂
  2. Baju itu mestilah menutup aurat dengan sempurna. Biasanya saya memilih dress, jubah dan T shirt yang labuh sampai paras lutut atau atas lutut sikit.
  3. Baju yang dipakai tu jenis selak je. Saya kurang berminat dengan baju menyusu yang berzip secara melintang. Sebab ia agak menyusahkan saya yang kalut-kalut dan nak cepat susukan anak. Baju yang berbutang dikira ok lagi bagi saya.
  4. Baju tak melekap di badan. Kalau kain lycra pon…ia lycra yang berat dan tidak mengikut bentuk badan.
  5. Baju yang longgar 
  6. Mesra wuduk. Sebab saya kurang suka jika di bahagian tangan tu kecil dari biasa yang susah nak ambil wuduk.
  7. Tidak jarang. Bila tak jarang, saya tak perlu nak pakai inner bagai. Jadi, jimat banyak masa saya kan 🙂
  8. Kain sejuk dan tidak mudah tertanggal benang
  9. Baju yang boleh dibawa solat walau tidak memakai telekung sembahnyang. Haaa… ni bahagian tangan yang tak menaik bila kita angkat takbir…
  10. Tidak menyakitkan bayi. Kalau ada banyak-banyak labuci tu…saya tak prefer sebab nak menyusu anak kan saya kena baringkan dia atas riba 🙂
  11. Baju yang trendy dan bergaya. Warna yang menarik. Ahaaa… ni no yang ke 11 kriteria saya letak. Hehe.. Sebab banyak keutamaan yang lain saya utamakan
  12. Harga berpatutan 🙂
  13. Baju yang boleh dipakai sewaktu mengandung juga 🙂 . Jimat budget 🙂

 

Itu saja kriteria yang saya letakkan bagi diri saya dalam memilih baju menyusu yang selesa dan mudah bagi saya.  Dan semoga tips ini boleh digunakan oleh ibu-ibu untuk mencari baju untuk menyusukan anak ni.

 

Nak tau kisah pengalaman saya menyusukan 4 anak saya? Boleh klik di sini ye. http://zahirahhafizan.com/category/kisah-menyusu-3-orang-anaksaya
Semoga membantu.

 

Salam sayang,

Master ira&hafizan

Founder Legasi Anugerah Terindah Group

Shaklee Masters nur zahirah and hafizan lutfi

 

 

3 Responses to “Tips Memilih Baju Ibu Menyusu Yang Selesa Dan Mudah”
  1. Raihanah Ahmad 19 December, 2015
    • mm Master Ira 23 December, 2015
  2. Rokiah 19 December, 2015

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge