Menyusu Dengan Rasa Gembira Dengan Adanya Sokongan Suami Dan Sekeliling

Menyusu sememangnya merupakan satu proses yang penuh dengan tragedi. :). Tragedi yang penuh emosi dan semangat serta air mata yang banyak dikorbankan. Ibu menyusu bukan saja perlukan susu yang banyak untuk anak, tetapi ia lebih dari itu.

Nak tahu ke?

 

Apa yang diperlukan oleh ibu menyusu?

 

Secara zahir, kita melihat seseorang ibu itu berjaya dalam penyusuan dengan kuntiti susu yang banyak dan melimpah ruah. Kita selalu je terlepas pandang kepada bagaimana seseorang ibu itu boleh mendapatkan susu yang banyak?

 

Ada orang yang salah sangka yang bukan rezekinya untuk mendapatkan susu yang melimpah ruah dan banyak untuk anaknya. Sebenarnya, dalam mendapatkan kuantiti susu yang banyak…beberapa sokongan yang diperlukan oleh ibu.

 

Sekali lagi…apa yang diperlukan oleh ibu menyusu untuk berjaya menyusu?

 

Mereka perlukan sokongan dari seorang suami dan ayah kepada si anak yang disusukan itu.

 

Suami sokong penyusuan ibu

Suami sokong penyusuan ibu

 

Kenapa sokongan suami penting?

 

Dalam nak lakukan apa-apa pon, sokongan suami sangat penting. Apatahlagi menyusukan anak kan? Sebabnya dalam harungi proses penyusuan ibu, si isteri mahu kongsikan rasa gembiranya, ahu juga kogsikan rasa sedihnya. Apabila suami menzahirkan sokongannya kepada isteri yang mahu teruskan penyusuan ibu untuk anak mereka…sudah pasti semangat si ibu akan sentiasa tinggi walau banyak cubaan dan cabaran yang dilalui.

 

Dengan adanya sokongan suami, si isteri semakin yakin yang dia bukan keseorangan dalam lalui proses ini. Macam kita lah, bila tahu suami sokong, semakin bersemangat kan? Nak give up, tak jadi. Sebab suami selalu bagi kata-kata semangat kan. 🙂

 

Sokongan siapa lagi ibu perlukan?

 

Selain dari sokongan suami, ibu menyusu perlukan sokongan daripada ahli keluarga, pengasuh dan teman-teman sekerja. Juga tidak terkecuali bos di tempat kerja. Kerana dengan sokongan mereka ini juga, lebih memudahkan si ibu untuk menjalani proses penyusuan ini.

Haaa… nampak kan?

Orang sekeliling sangat penting dalam menjayakan penyusuan ibu ini. Jadi, jom kita menjadi seorang yang suportive kepada mereka yang ingin menjayakan penyusuan ibu untuk anaknya minimum selama 6 bulan.

 

bayi menyusu

bayi menyusu

 

Saya bersyukur kerana semasa saya kerja pon, suami saya, bos saya malah rakan-rakan di pejabat dan di mana saja saya outstation…pasti saya diberi sokongan yang kuat dan mereka memahami. Tapi dalam orang sekeliling memahami kita, jangan pula kita mengambil kesempatan atas kepercayaan mereka pulak 🙂

 

Nak tahu kisah saya menyusukan 3 orang anak saya sebelum ni?

Boleh klik di sini ye. Saya kongsikan :). Semoga bermanfaat

http://zahirahhafizan.com/category/kisah-menyusu-3-orang-anaksaya

 

Salam sayang,

Master ira&hafizan

Founder Legasi Anugerah Terindah Group

Owner & Director ZH Land Holdings Sdn bhd

1 Million Dollar Earner Achiever in Shaklee

Master Ira& hafizan - Founder Legasi Anugerah Terindah

 

zahirahhafizan@gmail.com

Ira Shaklee Kerteh Kemasik paka kemaman 0139422527

One Response to “Menyusu Dengan Rasa Gembira Dengan Adanya Sokongan Suami Dan Sekeliling”
  1. huda 17 December, 2015

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge