Maulidur Rasul – Kisah Bilal Menggamit Kerinduan Yang Amat

Salam Malulidur Rasul buat semua pemcaba blog zahirahhafizan.com. Sayu rasanya apabila mengenangkan maulidur rasul ini. Tidak kurang juga rasa bersemangat dan gembira apabila terkenangkannya. Saya ingin berkongsi sesuatu dengan anda mengenai salah seorang sahabat Rasulullah saw yang sehingga kini namanya disebut-sebut.

 

Saya terima dari mesej wasap. Saya kongsikan di sini ye. Bacalah teman-teman…

 

Kubah Hijau, Nabi Muhammad SAW

Kubah Hijau Nabi Muhammad SAW

 

Kisah Bilal Menggamit Kerinduan Terhadap Rasulullah SAW

 

Suatu masa, Bilal minta izin pada khalifah untuk pergi jauh tinggalkan Madinah. Di tanyakan mengapa?
Bilal ratapi buat terakhir kali Madinah di mana suatu saat dia dan Rasulullah SAW berkongsi segala kenangan di Madinah.

Lama sungguh Bilal tinggalkan Madinah dan menetap bersama keluarga di Syria. Perit bagi Bilal untuk melupakan kenangan yang ada bersama Rasulullah SAW. Sekian lama Bilal meninggalkan Madinah, suatu hari, Rasulullah SAW muncul di dalam mimpi Bilal.

 

“Wahai Bilal! Alangkah kerasnya hatimu, mengapa engkau tidak mengunjung tiba menziarahi aku?”
Tersentak Bilal lalu terjaga dari tidur dengan derai air mata yang deras! Sehingga terjaga ahli keluarga Bilal. Bilal menceritakan segala yang terjadi di dalam mimpinya tadi. Lalu ahli keluarganya menyuruh Bilal menziarahi Rasulullah SAW.

Bilal bersama tunggangannya, menangis tanpa henti. Kalau boleh Bilal nak terus meneruskan perjalanannya untuk cepat sampai ke Madinah. Bilal takut di tinggalkan oleh Rasulullah SAW

Setelah beberapa hari… Bilal tiba di maqam Rasulullah SAW. Suaranya yang telah kehilangan akibat raungan tangisannya sepanjang perjalanan. Lalu memberi salam, “Asalamualaika Ya Rasulullah.”
Bilal masih tidak berhenti menangis.

Tiba-tiba datang amirul mukminin, menerpa Bilal daripada belakang. Saidina Abu Bakar memujuk Saidina Bilal sehingga reda sebentar tangisan Bilal.

“Bilal, alang-alang kamu sudah berada di sini. Azankan untuk kami Bilal,” sapa Amirul mukminin.

“Tidak wahai amirul mukminin,” tolak Bilal.

“Azanlah Bilal kami rindu suara azan kamu itu,” sapa Saidina Umar pula.

Saidina Bilal menggeleng..

Tiba-tiba datang dua permata kesayangan Rasulullah SAW.  Hasan dan Husin.

“Pakcik Bilal, azanlah sebagaimana masa zaman datuk kami masih ada,”

Di peluk dua orang cucu kesayangan Rasulullah SAW, di ciumnya.

“Sebentar tadi baru ku tolak permintaan Khalifah dan Saidina Umar. Aku takut untuk menolak permintaan kalian, aku takut nanti aku di tinggalkan Rasulullah SAW…”

Bilal naik ke menara, di ratapi satu persatu tempat kenangan bersama Rasulullah SAW, sambil air matanya mengalir laju.

“Allahu Akbar, Allahu Akbar!”

Terdiam penduduk Madinah mendengar suara azan itu.
Bahkan ada yang bangkit dari tidur yang lena.

“Allahu Akbar, Allahu Akbar!”

Riuh satu Madinah, keluar seisi rumah di setiap pelusuk Madinah.

“Asyhadu ala ila haa illallah!”

“ABU I’SA RASULULLAH?!” Apakah Rasulullah di bangkitkan semula?!

“Asyhadu ala ila haa illallah!”

Tangisan kota Madinah kian pilu. Menggamit kenangan mereka bersama Rasulullah SAW.

Saidina Abu Bakar, Saidina Umar..
Mengalir air mata dua orang sahabat ini. Satu Madinah di banjiri oleh air mata tangisan kerinduan.
Suara agung itu kembali lalu mencetuskan satu situasi yang tercatit sebagai satu sejarah buat umat akhir zaman.

“Asyhadu anna MUHAMMAD RASULULLAH!”

Tersungkur Bilal tak dapat meneruskan azannya lagi. Di sambut dua orang sahabat. “Mengapa Bilal?”

“Waktu tengah azan hingga aku menyebutkan nama kekasihku, aku terlihat kelibat Rasulullah keluar dari rumah untuk solat berjemaah bersama kita,”

“Aku rindu Rasulullah,
Aku rindu Rasulullah,
Aku rindu Rasulullah.”

Berlinangan air mata sahabat dan seluruh warga kota Madinah apabila suara agung itu kembali pulang menghantui kerinduan buat junjungan besar Muhammad SAW.

Saya kongsikan video dari youtube untuk tatapan teman-teman.

 


Saya yang sedang menulis ini turut menangis apabila mendengarkan kisah ini. Masyaallah! Rindunya hati ini kepada Rasulullah SAW.

 

Terkenang tahun lepas, di saat ini… Kami berada di Masjid Nabawi. Sungguh terasa kerinduan itu! Hingga kini.

Salam Maulidur Rasul buat semua. Jom kita selawat banyak-banyak Rasulullah saw hari ini dan hari-hari seterusnya.
ﺍَﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ َﻋﻠﻰ ﺳﻴﺪﻧﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَ ﻋَﻠَﻰ ﺁِﻝ ﺳﻴﺪﻧﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ
ﺍَﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ َﻋﻠﻰ ﺳﻴﺪﻧﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَ ﻋَﻠَﻰ ﺁِﻝ ﺳﻴﺪﻧﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ
ﺍَﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ َﻋﻠﻰ ﺳﻴﺪﻧﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَ ﻋَﻠَﻰ ﺁِﻝ ﺳﻴﺪﻧﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ

 

Semoga kita menjadi hamba Allah yang sentiasa ingat Rasululla saw di mana saja… hati dan luaran…

 

Salam sayang,

Master ira&hafizan

0139422527

Founder Legasi Anugerah Terindah Group

Owner & Director ZH Land Holdings Sdn bhd

Top 40’s Shaklee Masters

RM 25 Million group sales achiever

Developed 1300 High Level Business Leaders

1 Million Dollar Earner Achiever in Shaklee

masters ira dan hafizan

3 Responses to “Maulidur Rasul – Kisah Bilal Menggamit Kerinduan Yang Amat”
  1. mrhanafi 24 December, 2015
  2. Raihanah Ahmad 29 December, 2015
  3. Akhmad Hilmiansyah 28 February, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge