LEGOLAND # 2 – Pengalaman Istimewa di Legoland Theme Park Malaysia

Alhamdulillah, berkelapangan juga untuk saya berkongsi hari ini. Pengalaman kami suami isteri dan anak-anak di Legoland Malaysia. Sambungn dari post pertama saya untuk persediaan bercuti di Legoland di sini http://zahirahhafizan.com/2015/12/pengalaman-istimewa-di-legoland-malaysia.html.
Hari ini saya nak kongsi dengan anda berkenaan dengan permainan yang kami anak beranak bermain di Legoland. Haaa… bagi kami orang yang kali pertama jejakkan kaki ke Legoland ni kan.. Sudah pasti ia merupakan pengalaman yang sangat best tau :). Rasa nak cuba semua mainan. Dan apa taknya, sebelum jam 10 pagi pon kami dah tercegat depan gate Legoland Themepark sebab gate bukak jam 10 pagi. Kami di sana dari jam 9.45 pagi dan balik ja 8 malam. Kami orang terakhir balik tau hari tu. Hehehe… Saya share satu persatu ye pengalaman ni. Tulah, bila anak-anak gembira, mak ayah double triple gembira tau 🙂 .

 

beratur nak masuk legoland theme park

beratur nak masuk legoland theme park

 

Mula-mula lepas masuk, kami tuju ke cafe terus hehe. Dengan budak-budak ni kan….memangla. Mereka sebelum masuk pon dah berlari sana-sini. Kelaparan terus! Hehe. Memang dah makan dah sebelum datang. Ambil Mealshakes, madu dan susu. Juga dan ambil Vitamin C chewable untuk pastikan mereka miliki nutrisi yang superb. Sebab mereka nak all out hari ni kan. Saya sebagai ibu memang tak akan kompromi dengan nutrisi anak-anak walau kami sedang travel.

 

makan donut di cafe legoland

makan donut di cafe legoland

 

Haaa nak tau harga donut di Legoland? Hehe…Harga sebiji RM7 ye. Hari tu saya ambil 4 biji donut. Dah anak-anak nak donut kan. Jadi RM28 je. 🙂 . Cup cake choclate yang besar pon RM7. Tapi puas hati. Sedap! 🙂

 

Semasa duk makan…tiba-tiba ada Lego chef datang masuk cafe. Husna teruja! Tapi takut-takut. Ha saya ambil gambar Husna dengan Chef tu semasa Aiman dan Syamimi ke tandas. Biasalah budak-budak kan… Dia segan tapi mahu hehe

 

Chef lego

Chef lego

 

Haaa nilah chef lego :)…

 

Husna dengan Chef Lego

Husna dengan Chef Lego

 

Husna malu-malu kan tu hehe.

 

Selepas makan, kami ke Driving School. Haaa…bukan kami suami isteri yang driving. Tapi aiman. Ada 3 bahagian tau driving ni. Tengok umur. Ada seawal 3 tahun dah boleh masuk driving school. Aiman 6 tahun..dia masuk team kanak-kanak yang lebih mencabar hehe. Syamimi dan Husna tak mau join. Yelah, ni permainan pertama diorang rasa. Belum biasa lagi. Jadi, kita bagi peluang lah 🙂

 

 

Sebelum masuk ke litar, anak-anak diberikan takliat lalulintas terlebih dahulu dalam bilik khas. Mereka diajar bagaimana untuk memandu dengan selamat. Mereka bermain sambil belajar.

belajar memandu

belajar memandu

 

kereta ada lego tauuuuu…Ahaaa….melompat anak-anak! Heheee… Kami sangat gembira bila tengok anak-anak hepi tau.

 

aiman belajar memandu dengan betol

aiman belajar memandu dengan betol

 

Adik-adik pulak khusyuk tengok abang aiman tau hehe. Ibu ajak ke driving school sekali kat bahagian smaller kids tak mau pulak. Takpelah, layankan aje. Jangan dipaksa. Mereka belum rasa berani.

 

adik-adik tengok abang aiman

adik-adik tengok abang aiman

 

Hazim dah tidur dah hehe. Bagus Legoland ni. Ada kawasan teduh jugak untuk tengok anak-anak pandu kereta dengan betol ni.

 

posing selepas driving

posing selepas driving

 

Haaa… ni selepas habis main di driving school. Ambil gambar dengan lego. Memang lego betol tau. boleh bukak satu-satu ehe. Memang tekunlah mereka yang buat ni tau.

 

Apa yang dipelajari dari driving school ni?

 

Apa yang saya perhatikan, anak-anak boleh belajar cara:

 

  1. Toleransi semasa memandu. Mereka saling memberi kerjasama tanpa diminta
  2. Belajar cara seimbangkan diri semasa memandu
  3. Kekal fokus pada jalan yang betol
  4. Alert suasana lalu lintas
  5. Sabar dan menunggu giliran
  6. Pandai berdikari dan buat sendiri
  7. Pergerakan kaki,mata, deria rasa, pendengaran yang lebih fokus
  8. Bina keyakinan dalam diri
  9. Bina kepimpinan dalam diri
  10. Belajar mengikut dan patuh pada arahan
  11. Disiplin pada masa

 

Itu saja yang saya kongsikan pagi ni. Harap ia membantu anda untuk tahu serba sedikit dari pengalamn ini.

Nantikan post saya yang seterusnya, driving school juga. Tapi kali ni dalam air.  🙂

Stay tune!!! To be Continue……..

…………     LEGOLAND # 3 – Sambungan Pengalaman mengujakan di Theme Park …………..

 

Salam sayang,

Master ira&hafizan

013-9422527

Founder Legasi Anugerah Terindah Group

Shaklee Masters nur zahirah and hafizan lutfi

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge