Hak Anak- Ibu Ayah Adil Dan Tidak Pilih Kasih Terhadap Semua Anak

Pernah dengar ada rasa cemburu dalam hati anak-anak disebabkan sikap tidak adil ibu ayah kepada mereka? Ye, ini berlaku. Pengajaran ini diambil juga dari Surah Yusof, cemburu adik-beradik nabi Yusuf terhadap nabi Yusuf menyebabkan mereka bertindak sesuatu yang tidak baik terhadap nabi Yusof.  Bila adanya sikap tidak adil terhadap anak-anak, syaitan mula menyucuk. Dan berlaku perkara yang tidak diingini di dalam hati anak-anak. Iaitu cemburu. Hanya bermula dengan sikap tidak adil ibu dan ayah terhadap semua anaknya.

 

Ada saya baca dari buku mengenai betapa pentingnya memberikan semua perkara dengan adil terhadap anak-anak. Hatta ciuman sekalipon tau. Sebab perkara ini pernah berlaku pada zaman Rasulullah saw dan baginda melarang sikap tidak adil ini walau ibu dan ayah tidak sengaja sebenarnya.

 

Adil Dengan Anak, Pilih Kasih Sesama anak

Anak-Anak

 

Kami suami isteri sedaya upaya cuba yang terbaik untuk tidak pilih kasih antara anak-anak. Jika Aiman dicium 3 kali, kami juga cium Syamimi, Husna dan Hazim 3 kali. Kerana kami tidak mahu dituntut mengenai tidak adilnya kami terhadap 4 anak kami ini.

 

Adil sesama anak

Anak bongsu

 

Pembelian permainan untuk anak-anak pon perlu adil. Tidak boleh hanya belikan kepada seorang anak. Jika tidak miliki cukup wang untuk belikan permainan kepada semua anak, lebih baik jangan beli langsung. Jika bagitahu awal-awal yang permainan itu adalah untuk dikongsi, itu tidak menjadi masalah. Tapi pastikan semua anak faham. Kita tidak mahu ada salah faham sesama anak dan terhadap kita.

 

Kita juga perlu adil terhadap cucu-cucu kita di zaman akan datang. Hehe. Sebab anak-anak kita boleh terasa hati seandainya layanan terhadap anak-anak mereka tidak sama dengan layanan kita terhadap cucu-cucu lain walau sesama adik beradik. Sememangnya bukan mudah untuk kita berlaku adil. Tapi itu hak anak-anak kita sebenarnya. Jangan tunjukkan kasih kita berlebihan terhadap anak yang lain di depan adik-beradiknya yang lain.

 

Saya berkongsi info ini yang saya baca dari buku keibubapaan “Prophetic parenting Cara Nabi Mendidik Anak” karangan Dr Muhammad Nur Abdul Hafizh Suwaid. Lama dah saya beli buku ni tau. Baru berkesempatan baca dengan lebih banyak. Sungguh, ilmu keibubapaan penting dalam mendidik anak-anak cara nabi.

 

Teman-teman bolehla mencari buku cara nabi mendidik anak ni bagi membantu kita dalam membesarkan anak-anak di zaman yang penuh cabaran ini.

 

Itu saja perkongsian saya di pagi hari ni. Semoga bermanfaat. 🙂

 

Salam sayang,

Master ira & Hafizan

masters ira dan hafizan

 

 

3 Responses to “Hak Anak- Ibu Ayah Adil Dan Tidak Pilih Kasih Terhadap Semua Anak”
  1. Nana Aris 29 December, 2015
  2. Raihanah Ahmad 29 December, 2015
  3. Huda 30 December, 2015

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge