Cara Mengubati Kayap Dengan Cepat Dan Berkesan

Pagi tadi, cikgu kat sekolah anak saya bertanyakan mengenai kayap. Dan bagaimana Shaklee boleh membantu. Saya pernah handle seorang customer yang terkena kayap ni. Alhamdulillah dia sembuh sepenuhnya. Tapi kisahnya saya tak letak kat blog la pulak. Kalau saya letak, mesti senang saya nak refer balik kan. Takpe, kali ni saya kongsikan. Semoga boleh membantu sesiapa yang sedang mencari info ini.

 

Saya kongsikan info dari website Kementerian Kesihatan Malaysia mengenai kayap ni ye.

 

Apa itu kayap?

 

Kayap juga dikenali sebagai herpes zoster dalam istilah perubatan. Ianya sejenis penyakit kulit dan saraf yang disebabkan oleh jangkitan Virus Varicella Zoster (VZV).

 

cara ubati kayap

cara ubati kayap

 

Risiko-risiko utama penyakit ini adalah:

 

  1. Umur yang semakin meningkat (lebih daripada 50 tahun) di mana ketahanan sistem imun berkurangan dan
  2. Kelemahan sistem imun (pertahanan badan) kerana pelbagai sebab seperti jangkitan kuman Human Immunodeficiency Virus (HIV) dan kesan ubat-ubatan (seperti ubat steroid).

 

Sepanjang hayat seseorang, lebih kurang 10% hingga 30% akan menghidapi penyakit ini.

 

Penyebab penyakit kayap adalah pengaktifan virus varicella zoster. Virus ini mula menghuni badan seseorang pesakit apabila dia menghidapi penyakit cacar air (chickenpox). Selepas cacar air sembuh, virus ini berhibernasi di dalam pusat saraf (ganglion). Apabila sistem imun menjadi lemah, ia menjadi aktif semula. Ia menyerang urat saraf dan menyebabkan keradangan saraf tersebut.

 

Gejala dan Tanda

 

Kayap selalunya menyebabkan keradangan satu urat saraf (dermatome) pada satu bahagian badan sahaja. Ia lazimnya melibatkan bahagian dada (thoracic) dan muka (trigeminal).

 

Tanda terawal penyakit ini adalah rasa sakit, kebas dan panas di bahagian urat saraf yang terlibat, demam, keletihan dan sakit kepala. Simptom tersebut dialami sebelum tanda-tanda kulit timbul. Ia lazimnya dialami oleh 80% pesakit. Ia akan berterusan untuk 3 hingga 5 hari.

 

Pada bahagian urat saraf yang terlibat, tanda pertama adalah tompok-tompok kemerahan yang menyakitkan. Selepas 1 hingga 2 hari, timbul gelembong-gelembong air yang kecil. Air di dalam gelembong-gelembong tersebut berwarna kekuningan. Dua hari kemudian, air tersebut akan menjadi semakin keruh dan akhirnya gelembong-gelembong tersebut akan kering. Kulit kering (crusts) tersebut akan jatuh dengan sendiri dalam masa 1 hingga 2 minggu yang berikutnya.

 

Selalunya doktor akan dapat mengenali penyakit kayap sekiranya pesakit datang dengan tanda-tanda yang lazim bagi penyakit ini termasuk gelembong-gelembong air pada urat saraf di satu bahagian badan. Namun demikian, jikalau pesakit datang dengan tanda terawal tanpa tanda-tanda pada kulit, doktor mungkin mengalami kesulitan untuk membuat diagnosa penyakit ini.

 

 

Komplikasi

 

Komplikasi awal semasa adanya tanda-tanda kulit termasuk jangkitan kuman bakteria pada gelembong-gelembong air pada kulit dan pendarahan di dalam gelembong-gelembong tersebut. Kadang-kadang gelembong-gelembong tersebut mungkin merebak ke kawasan yang lain. Ini selalunya berlaku pada pesakit-pesakit yang mengalami kelemahan sistem imun. Pesakit-pesakit tersebut juga mungkin mengalami tanda-tanda kulit untuk jangka masa berpanjangan.

 

Jika kayap melibatkan bahagian muka, ia mungkin menyebabkan komplikasi kepada mata termasuk menjadi buta dan kepada saraf facial menyebabkan paralisis otot-otot muka (facial palsy).

 

Kadang-kadang, kayap akan menyebabkan keradangan organ dalaman termasuk otak (meningoencephalitis), jantung (carditis), paru-paru (pneumomitis) and usus (enterocolitis).

 

 

Setelah tanda-tanda kulit sembuh, bahagian kulit tersebut mungkin akan menjadi parut. Komplikasi kronik yang lain lazimnya adalah post herpetic neuralgia (kesakitan pada bahagian urat saraf yang terlibat untuk jangka masa yang panjang).

 

Komplikasi tersebut selalunya dialami oleh pesakit-pesakit yang lebih tua (lebih daripada 65 tahun). Kesakitan berterusan ini akan menjejaskan kualiti hidup pesakit. Komplikasi kronik yang lain termasuk komplikasi mata (keradangan mata dan menjadi buta) dan komplikasi urat saraf (keradangan urat saraf dan saraf tunjang).

 

 

Rawatan

 

Tujuan-tujuan utama rawatan adalah untuk:

  1. Meredakan kesakitan
  2. Mengurangkan tempoh masa penyakit tersebut dan
  3. Mengelakkan komplikasi penyakit terutamanya ‘post herpetic neuralgia’.

Beberapa kaedah meredakan kesakitan penyakit ini termasuklah:

  1. Menyapu ubat seperti potassium permanganate untuk mengeringkan gelembong-gelembong air
  2. Menggunakan ubat penahan sakit seperti non steroidal anti-inflammatory drugs(NSAIDs) seperti diclofenac dan
  3. Menggunakan ubat neuroaktif seperti amitryptiline.

 

Penggunaan ubat antiviral dalam masa beberapa jam selepas gelembong-gelembong air timbul pada kulit dapat membantu mengelakkan komplikasi, mengurangkan tempoh masa jangkitan dan menghadkan jangkitan dari merebak.

 

Ubat-ubat antiviral termasuk acyclovir, valacyclovir dan famciclovir. Ubat-ubatan tersebut lazimnya diberikan untuk tempoh seminggu. Kadang-kadang, pesakit-pesakit yang mengalami penyakit kayap yang teruk berserta dengan sistem imun yang lemah akan memerlukan rawatan di wad dengan ubat antiviral intravena.

 

Pesakit dengan penyakit kayap pada bahagian muka yang berdekatan dengan mata perlulah mendapat rawatan segera daripada pakar mata. Pakar mata akan memeriksa dan merawat mata pesakit tersebut untuk mengelakkan komplikasi terutamanya menjadi buta.

 

Vaksin bagi menghalang penyakit herpes zoster boleh diambil individu yang berumur 60 tahun ke atas dan tiada kontraindikasi kepada vaksin tersebut.

 

Boleh baca di sini untuk info lebih lanjut. http://www.myhealth.gov.my/index.php/kayap .

 

Saya baca juga baca post di blog zilahdaud di sini mengenai kayap. Wah! Banyak info yang saya dapat. Saya kongsikan isi pentingnya kat sini ye. Kawan-kawan boleh layari blognya di sini ye http://zillahdaud.blogspot.my/2010/06/apa-itu-kayap-dan-petua-mengubatinya.html.

 

Cara alami Rawat Kayap

 

Di blog zillahdaud ni, dikongsikan rawatan traditional yang boleh dilakukan untuk merawat kayap. Saya tidak pasti ia menjadi atau tidak, tapi tidak salah untuk mencubanya kan.

 

Petua 1.
Gunakan daun cili dan kapur makan. Tumbukkan atau ramas daun lada serta campurkan sedikit kapur kemudian dan sapukan dibahagian yang terkena kayap. Lakukan sehari 2 kali.. Insyallah kayap akan pudar dan baik dalam masa beberapa hari.

 

Petua 2.
Menggunakan daun pokok duit-duit yang ditumbuk hancur kemudian ambil daunnya serta air perahannya ditekap pada tempat yang kena kayap dan dibengkung semalaman.

 

Petua 3.
Ubat makan dan ubat sapu, cucuk pun ada. penyakit ni sesiapa pun boleh dapat termasuk doktor juga. Doktor saya kata stress pun boleh menjadi penyebab. Saya memula terkena tak tahu pun itu kayap dan memangla masa tu tengah stress sesangat, jumpa doktor barulah tahu. Alhamdulillah seminggu dah kering.
Petua 4. (Untuk kayap setompok).

 

Menggunakan daun delima ditumbuk lumat + bedak sejuk (tanpa pewangi) tampal kat tempat kayap itu. 3 Hari je dah kering, alhamdulillah. Tapi makan kena jaga-jaga sakit takut nanti rasa berbisa dan gatal. Yang penting skali bila dah kering jangan dikupil parutnya, biarkan ia tanggal sendiri sebab kalau bahagian kulit belum betul-betul kering ia akan terluka dan kembali merebak.

 

Petua 5.

 

Pucuk daun bunga melur , Pucuk daun buah delima , Daun setawar dan Pucuk daun mambu. Semua daun di atas di tumbuk atau di belender dan di campurkan dengan bedak sejuk dan di bancuh pekat. Di sapu atau tampal pada kayap tersebut.(tampal 2-3 jam sekali) lakukan setiap hari sehingga baik. Makan kena pantang seperti orang dalam pantang bersalin, makan gatal, goreng-goreng tak boleh makan, hanya rebus, stim atau bakar.

 

Petua 6.

 

Ubi larut, tenyeh atau gosok belakang lesung pastu ambik patinya buat sapu di kawasan kayap tu, pantang makan makanan yg gatai2…terutamanya makanan laut, elakkan makanan yg digoreng seelok2nya direbus atau steam, minum minuman yg menyejukkan badan…getah anggur dicampur dengan kembang semangkuk sebab penykit ni menyebabkan badan menjadi panas atau demam…insya-allah…..

 

Petua 7
Guna akar rumput kerbau, basuh dan celup dalam bedak sejuk sapu pada tempat yang kena tu.
Petua 8.

 

Menggunakan garam bukit (rock salt). cara merawat dengan ambil sedikit garam bukit dan campur sedikit air biar garam bukit tersebut separuh larut dan sapu di kawasan kayap tersebut. amal 2 kali sehari sebelah pagi dan malam.Selepas tu ambil 4 cubit garam bukit dan masukkan dalam segelas air, lepas kacau sehingga larut sambil berselawat dan minum (sunnah rasul).. ini adalah rawatan secara dalaman & luaran, insaAllah penyakit kayap sembuh. Selain itu juga boleh merawat untuk jerawat, gatal serta penyaki-payakit kulit yang lain.
Petua ke 9.

1. Ambil sebatang pokok keladi candik. Atau nama lainnya keladi merbah.

2. Seterusnya, anda keluarkan air dari batang pokok keladi tu.

3. Akhir sekali, sapukan air tersebut pada kawasan badan yang dijangkiti kayap. Jika tiada aral melintang, pada keesokan harinya anda dah boleh mengopek kayap tu seperti mengoyak plastik.

Pantang larang ketika sakit kayap

  1. Jangan makan makanan berminyak
  2. Jangan makan buah tempatan – Saya tak pasti yang ni. Mungkin sebab sejuk kot. Memang kalau kita makan buah yang bersifat sejuk, saraf akan lebih sakit kan.
  3. Tak boleh dengar orang goreng lauk – Ni saya tak tau apa kaitannya dengan kayap. Hehe
  4. Tak boleh kena sabun – Kalau ikut logik akal, mungkin sebab tak mau bagi terdedah kepada bahan kimia. Kan sabun ada bahan kimia jugak kan.
  5. Tak boleh makan buah atau sayur yang menjalar atau berjalur. Contoh: Tembikai, timun, labu.- Saya rasa sebab sejuk atau bisa
  6. Tak boleh makan makanan yang gatal. Contoh: Seafoof, ayam, telur. – Ni sebab nak elak gatal-gatal kat bahagian tu kan. Makan macam orang berpantang lah ye 🙂

Bagaimana Shaklee Boleh bantu pulihkan kayap?

 

Apabila kita fahami kenapa kayap berlaku…baru kita tahu bagaimana untuk atasinya kan?Kita pulihkan dari root causenya. Insyaallah berkesan.

 

Penyakit kayap ni disebabkan imun sistem yang lemah. Jadi, cara untuk bantu pulihkan masalah kayap ni adalah dengan meningkatkan imun sistem pesakit kayap ini.

 

Kayap ni disebabkan oleh virus. Jadi, perlu ambil suplimen yang meningkatkan imun sistem dan pada masa yang sama mampu melawan virus.

 

Dalam Shaklee, suplimen yang boleh membantu untuk tujuan ini adalah Nutriferon, Vivix dan garlic.

 

Bagaimana nutriferon membantu dalam masalah kayap?

 

Nutriferon miliki interferon. Interferon ini berfungsi untuk “memberi alarm” kepada antibodi untuk bertindak melawan virus, bakteria, kuman (bendasing) yang datang dalam badan. Jadi, pertahanan badan akan meningkat dan terus aktif dan melawan bendasing ini.

 

Apabila pesakit yang alami kayap ini mengambil nutriferon, interferon meningkatkan sistem pertahanan badan dan mula bekerja keras untuk melawan virus ini. Jika sistem pertahanan badan tidak ditingkatkan, bagaimana ia mahu melawan virus dengan kadar yang cepat? Di sini lah perlunya nutriferon.

 

Bagaimana pula vivix membantu masalah kayap?

 

Vivix miliki satu teknologi yang membantu dalam memulihkan sel sehingga ke DNA. Ia merupakan antioksida yang sangat tinggi. Gabungan vivix dan nutriferon akan membuatkan sistem pertahanan badan semakin meningkat dengan jayanya. Dan pada masa yang sama akan membantu memulihkan pesakit kayap pulih dengan lebih cepat. Vivix membantu dalam mengatasi simptom-simptom sakit saraf atau keradangan yang dirasai oleh pesakit kayap ini. Juga membantu memberikan tenaga yang cepat secara semulajadi.

 

Bagaimana pula garlic membantu atasi masalah kayap?

 

Garlic adalah bawang putih. Sebiji garlic Shaklee mengandungi segugus bawang putih. Seperti yang kita tahu, bawang putih secara semulajadi bertindak sebagai antibiotik. Pesakit kayap memerlukan antivirus dan antibiotik untuk kembali pulih. Garlic membantu dalam membekalkan antibiotik yang semulajadi kepada pesakit kayap.

 

Perlukah gabung 3 suplimen ini?

 

Apabila dilanda kayap, pedihnya hanya yang alaminya yang fahami. Kalau boleh, nak terus hilang hari ini jugak kan. Cadangan saya, 3 jenis suplimen di atas (Nutriferon, Vivix dan Garlic) membantu menampung keperluan antara satu sama lain bagi memastikan pesakit kayap kembali pulih. Gabungan ini adalah yang terbaik bagi membantu kembali pulihkan kesihatan mereka yang alami kayap dengan cepat dan berkesan. 

 

Itu saja perkongsian saya hari ini. Anda inginkan Set Kayap ini dengan harga istimewa?

Boleh hubungi nombor di bawah untuk konsultasi percuma dan harga istimewa. Yang penting, anda dan insan tersayang lebih sihat dan bebas dari kayap dengan segera.

 

 

Salam sayang,

Master ira&hafizan

Founder Legasi Anugerah Terindah Group

Owner & Director ZH Land Holdings Sdn bhd

Master Ira& hafizan - Founder Legasi Anugerah Terindah

 

zahirahhafizan@gmail.com

Ira Shaklee Kerteh Kemasik paka kemaman 0139422527

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

10 Responses to “Cara Mengubati Kayap Dengan Cepat Dan Berkesan”
  1. Raihanah Ahmad 28 December, 2015
    • Lisah 4 October, 2016
      • mm Master Ira 10 October, 2016
  2. Sync 29 December, 2015
  3. Aya Chalo 12 September, 2016
  4. fisya 7 November, 2016
  5. irni suhana 6 December, 2016
    • mm Nur Zahirah 7 December, 2016
  6. nor hazmira 10 February, 2017
    • mm Nur Zahirah 17 February, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge