Cabaran Ibu Menyusu – Jadual Pilihan Kerjaya Ibu

Anak baru dilahirkan. 60 hari selepas itu, kembali bekerja. Apa pilihan kita sebagai ibu ada bagi memastikan anak mendapat yang terbaik? Susu formula atau susu ibu? Saya tidak mahu komen mengenai ibu yang memilih susu formula kerana saya tiada pengalaman mengenainya dalam masa setahun ke dua tahun pertama usia anak saya. Saya cuma berkongsi mengenai penyusuan ibu semasa walaupon bekerja.

 

Jadual Pilihan Kerjaya Ibu Menyusu, Penyusuan Susu Ibu

Penyusuan Susu Ibu

 

Pagi ini saya ingin berkongsi mengapa ibu meneruskan penyusuan susu ibu walaupon bekerja.

 

Mengapa Ibu Meneruskan Penyusuan Susu Ibu Walaupon Bekerja

 

Para wanita tidak sepatutnya dipaksa berada dalam dilema, sama ada perlu berhenti kerja mahu menjaga anak sepenuh masa, ataupon terpaksa melupakan hasrat melakukan penyusuan susu ibu kerana tidak mendapat sokongan di tempat kerja. Kini, saya tahu ramai yang bekerja sangat mesra penyusuan ibu. Di syarikat saya dulu pon, siap pihak syarikat sediakan ” Mommies Room” yang lengkap dengan peti ais, penghawa dingin, sofa yang selesa serta divider bagi memastikan ibu-ibu yang mengepam susu selesa semasa mengepam susu.

 

Lagi pula, penjagaan kebersihan dalam “Mommies Room” ni pon dititik beratkan oleh ibu-ibu dan juga cleaner syarikat kami tau. Susu dalam peti ais tidak diusik. Apatahlagi beg pam susu. Tiada kes kecurian berlaku dalam “Mommies Room”.

 

Ilmu penyusuan susu ibu perlu diberikan kepada semua ibu, namun keputusan bagi meneruskan penyusuan susu ibu setelah kembali bekerja adalah terletak di tangan ibu.

 

Antara sebab ibu meneruskan penyusuan susu ibu selepas kembali bekerja adalah

 

  1. Salah satu cara bagi berhubung dengan anak walaupon anak tiada di depan mata. Di celah-celah kesibukan ibu, ibu luangkan sedikit masa antara 10 hingga 15 minit, 3 kali sehari di tempat kerja untuk mengepam susu. Ia umpama anak sedang menyusu dengan si ibu.
  2. Ibu dapat memberikan sesuatu yang penjaga bayi tidak dapat berikan. Ia adalah kelebihan eksklusif para ibu menyusu.
  3. Selepas seharian bekerja, percaya atau tidak..perkara pertama yang ibu lakukan adalah duduk dan menyusukan anaknya. Hormon oksitosin dirembeskan membantu merehatkan ibu dan anak dengan tenang. Ini sesi yang sangat istimewa sebab si ibu sambil menyusukan anak…sambil cium dan peluk serta belai anak.
  4. Ibu percaya dan yakin yang susu ibu ciptaan Allah ini tiada galang ganti istimewanya. Lagi-lagi anak yang sensitif dan alergik dengan susu lembu. Juga anak kerap sakit. Ia mengganggu emosi dan kualiti kerja ibu. Kerana itulah ibu sangat kuat semangat untuk teruskan penyusuan ibu walau pon susah dan bekerja jauh dari si anak.
  5. Membina keyakinan ibu supaya terus menjadi insan terbaik untuk anak mereka. Memerah susu sewaktu berjauhan dengan anak memberi perasaan positif kepada diri sendiri.
  6. Salah satu elemen kasih sayang berpanjangan antara ibu dan anak tidak kira tempat dan masa.

 

Ini tidak bermakna ibu yang memilih tidak menyusukan anak selepas kembali bekerja adalah ibu yang tidak penyayang. Mereka juga turut mempunyai perasaan sayang yang tidak kurang kepada anak mereka. 

 

Jadual pilihan kerjaya bagi ibu menyusu

 

  1. Bekerja dari rumah.

Ibu memerlukan sedikit kreativiti dan pembahagian masa yang cekap. Sebab anak-anak ada bersama kita setiap masa kan. Hehe. Faham-faham ajelah bagaimana gayanya 🙂 .

Biasanya, ibu yang bekerja dari rumah ni miliki masa yang cukup untuk menyusukan anak dengan susu ibu. Sebab biasanya tidak perlu nak simpan stok terlalu banyak buat anak kerana sentiasa berikan secara direct feeding. 🙂

Namun, jika nak pergi ke mesyuarat atau kerja luar buat sementara, boleh tinggalkan stok susu ibu kepada penjaga. Saya cadangkan tinggalkan lebih dari sepatutnya. Mana tahu anak kita tu tiba-tiba nak minum lebih pulak kan dengan stok. Dan mana tahu kita terpaksa berada di luar lebih lama dari sepatutnya.

 

2. Bekerja separuh masa

Ibu hanya perlu berada di pejabat beberapa hari atau beberapa jam di pejabat dalam seminggu.

Ibu hanya perlu membahagikan masa dengan baik dan mencari penjaga bagi menjaga anak pada waktu-waktu tertentu sahaja.

 

3. Waktu kerja fleksibel

Biasanya pihak majikan memberikan pilihan kepada pekerjanya dalam memilih waktu kerja yang bersesuaian dengan pekerja.

Perbincangan dengan majikan untuk bekerja separuh hari sahaja selama beberapa hari dalam seminggu dengan bayaran setimpal. Jika bekerja kilang, boleh minta dari pihak majikan untuk tidak bekerja sewaktu shift malam. Semua ini adalah toleransi antara ibu dan majikan.

 

Kisah saya dulu, saya bekerja sepenuh masa antara jam 8 pagi ke 6 petang. Kadang-kadang terlajak juga masa. Jika kita ibu menyusu dan mengambil masa untuk pam susu di tempat kerja, pastikan kita mengganti balik masa yang kita ambil tu.

 

Dulu, semasa bekerja…saya akan datang lebih awal atau pulang lebih lewat dari sepatutnya saya pulang. Sebab saya ganti waktu saya mengepam susu dan juga waktu yang saya ambil untuk bersolat. Jadi, ia tidak membebankan pihak majikan saya. Syarikat dah berikan kelonggaran untuk memudahkan saya meluangkan masa di tempat kerja, jadi saya perlu membalasnya dengan setimpal untuk win win situation kan 🙂 . Syarikat saya tak minta pon saya buat macam tu. Tapi untuk keberkatan rezeki saya, saya lakukannya.

 

Sekian saja perkongsian saya hari ni.

 

Jika nak baca pasal cabaran menyusu yang bekerja, boleh ke link ni ye. http://zahirahhafizan.com/2015/12/cabaran-penyusuan-susu-ibu-pilihan-kerjaya-untuk-ibu-menyusu.html

 

Ingin tahu tips kumpul stok susu dengan cepat dalam pantang? Klik sini.http://zahirahhafizan.com/2014/10/tips-kumpul-stok-susu-dengan-cepat-semasa-berpantang.html

 

Ingin tahu 10 waktu terbaik pam susu? Klik sini. http://zahirahhafizan.com/2015/08/10-waktu-terbaik-mulakan-kumpul-stok-susu-sebelum-kembali-bekerja.html

 

Ingin tahu kisah saya miliki susu meriah sejak hari kedua berpantang? Klik sini.http://zahirahhafizan.com/2015/08/susu-ibu-membuak-buak-dan-meriah-sejak-hari-kedua-berpantang.html

 

Ingin tahu kisah saya yang mengandung dan susukan anak selama 6 tahun tanpa henti? Klik sini.http://zahirahhafizan.com/2015/04/bersalin-dan-menyusukan-3-anak-tanpa-henti-selama-6-tahun.html

 

Jemput like page khas untuk breastfeeding di bawah kelolaan saya, semoga ia bermanfaat.

Breastfeeding alert https://www.facebook.com/pages/Breastfeeding-alert/600758136678521?fref=ts

 

Ingin mendapatkan suplimen terbaik untuk anda dan keluarga?

Ingin mendapatkan suplimen terbaik dan semulajadi dengan harga yang ISTIMEWA?

Ingin menjana pendapatan  hanya dari rumah?

Boleh hubungi nombor di bawah untuk kami bantu anda mengubah hidup anda…

 

Salam sayang,

Master ira&hafizan

Founder Legasi Anugerah Terindah Group

Owner & Director ZH Land Holdings Sdn bhd

 

Master Ira& hafizan - Founder Legasi Anugerah Terindah

 

zahirahhafizan@gmail.com

Ira Shaklee Kerteh Kemasik paka kemaman 0139422527

 

 

 

 

2 Responses to “Cabaran Ibu Menyusu – Jadual Pilihan Kerjaya Ibu”
  1. Rokiah 26 December, 2015
  2. Raihanah Ahmad 26 December, 2015

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge