Terciptanya Susu Ibu Adalah Salah Satu Tanda Kebesaran Allah

” Sudah susukan anak?” Tanya doktor kepada saya semasa di wad. Jawapan saya, ” Sudah, doktor. ”

Balas doktor, ” Alhamdulillah dik, bagus. Berapa kali sudah?”.  Jawab saya balik, “Dah 3 kali doktor.”

Balas doktor dengan lebih teruja kali ni, “Alhamdulillah!”

 

Bayi adalah hadiah dari syurga

bayi

 

Namun….saya pasti…ada juga ibu yang terpaksa menjawab dengan jawapan “Tidak doktor. Saya tiada susu. Saya sudah cuba tapi susu tiada”.

 

 

Buat teman-teman yang alami masalah kekurangan susu ibu sejak selepas melahirkan… jangan risau. Ada jalannya. Persoalannya, betolkah selepas bersalin, susu tiada? Ramai ibu yang belum berpengalaman beranggapan, memang tiada susu selepas bersalin. Ini menyebabkan semangat ibu yang ingin menyusukan anak itu dengan susunya jatuh merudum.

 

ibu menyusu

ibu menyusu

Proses penghasilan susu ini lalui 3 peringkat tau. Yang pertama, sejak kita hamil. Yang kedua, selepas bersalin dan uri dikeluarkan dan yang ketiga semasa fasa mengekalkan penghasilan susu yang mencukupi.

 

Haaa…saya pasti ramai yang tak tahu mengenai penghasilan susu semasa hamil. Sehinggakan ada yang sedang hamil pon boleh terhasilmya kolostrum (susu pertama yang keluar dari payudara ibu). Biasanya ia berlaku semasa kandungan berusia 8 bulan. Pernah alami ke? Saya belum pernah alami. Jika di kala teman-teman hamil, dan keluar kolostrum, ia boleh diperah tau. Dan kemudian simpan dalam peti ais di tempat beku. Nanti boleh bagi kat anak selepas lahir.

 

kolostrum

kolostrum

 

Kolostrum yang dihasilkan semasa ibu hamil miliki garam yang tinggi dan protin tau. Manakala susu yang dihasilkan dalam masa 72 jam selepas bersalin pula miliki lemak yang lebih tinggi dan juga laktos.

 

Hebatkan kuasa Allah. Melalui susu si ibu pon, Allah dah tunjukkan kuasaNya tau. Sebab itulah, susu ibu ini merupakan satu anugerah terindah buat si anak dan ibu sebenarnya.

 

98% daripada ibu berpotensi untuk miliki kolostrum dalam masa 72 jam selepas bersalin. Tak kiralah cepat atau lambat tau. 2% lagi perlu meminta nasihat daripada pakar laktasi bagaimana cara untuk membolehkannya miliki kolostrum dan menyusukan anak dengan susu ibu.

 

Inilah kali pertama keluarnya susu dari payudara ibu untuk anaknya yang baru selamat dilahirkan. Kuantiti kolostrum memang sedikit je pon. Sebabnya saiz perut bayi yang baru lahir hanyalah sebesar saiz buah ceri tau untuk hari pertama dan kedua selepas lahir. Memang patutla kolostrum ni sikit je kan. Sebab nak beri pada bayi yang perutnya yang sangat kecil itu.

 

buah cery

buah cery

 

Bila saya buat study yang lebih mendalam mengenai susu ibu ini… Rasa kasih sayang semakin tumpah buat mak saya dan juga anak-anak saya sendiri. Terima kasih mak kerana susukan kami adik beradik hanya dengan susu ibu sehingga berusia 2 tahun.

 

 

 

Ingin mendapatkan suplimen terbaik untuk anda dan keluarga?

Ingin mendapatkan suplimen terbaik dan semulajadi dengan harga yang ISTIMEWA?

Ingin menjana pendapatan  hanya dari rumah?

Boleh hubungi nombor di bawah untuk kami bantu anda mengubah hidup anda…

 

Salam sayang,

Master ira&hafizan

Founder Legasi Anugerah Terindah Group

 

Shaklee Masters nur zahirah and hafizan lutfi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge