Ibu Menyusu, Bonus Semakin Jelita Dengan Vitamin C

Siapa yang sering konsisten dengan vitamin C, sudah pasti mereka tahu dan rasai kesannya. Pernah orang cakap pada saya…” Awak semakin cerah lah”… Ye ke? Bila dibandingkan gambar zaman-zaman dulu dengan sekarang… Memang obvious kesan dan perbezaannya 🙂

 

wanita

wanita

 

 

Nak dijadikan cerita… Dulu masa kecil-kecil…saya jarang ambil vitamin C. Kalau ambil pon, hanya bila ayah dapat gaji. Tu pon sekali sekala je. Bukan tiap bulan. Dan pulak, kami 8 beradik. Kena kongsi lah. Lagi cepat habis kan. Tak sempat nak merasa lama-lama. Hehe. Tapi syukurlah, dapat tahu rasa Vitamin C tu camane.

 

Bila dewasa dan bekerja… Dan selepas ada anak… Baru saya merasa Vitamin C pulak. Alkisahnya, Vitamin C yang saya ambil ni rasa tak macam Vitamin C yang saya makan dulu-dulu. Kan selalu rasa macam oren-oren. Rasa sedap. Manis. Boleh kemam. Tapi Vitamin C yang saya ambil ni…tak sanggup nak kemam! Rasa sangatla tasteless. Hehe. Macam pelik kan. Tak pernah jumpa Vitamin C macam ni sebelum ni.

 

Saya ambil Vitamin C ni disebabkan saya mencuba untuk membanyakkan susu badan saya. Dalam set itu, diberikan juga Vitamin C. Saya agak pelik di awalnya. Namun, bila saya ambil… Kesan kepada susu badan saya memang nampakla. Ditambah pulak imun sistem saya yang semakin kuat. Dah jarang sangat dah demam mahupon selsema tau. Wallaaa!! Dan ditambah pulak… tak sangka masuk pakej jugak… Kulit semakin cantik. Rupa semakin jelita. Maaf kalau rasa masuk lift dan tekan sendiri. Tapi inilah realitinya. 🙂

 

Saya pon mulalah kaji-kaji dan korek-korek tau. Dan jumpa lah satu info ni…Rupa-rupanya..Vitamin C ini membantu dalam lindung sel tau. Dan juga bantu untuk bentuk kolagen. Camane boleh lindung sel ye? Saya terfikir camtu…

 

Umpamanya, bayi baru lahir. Dia perlu pakai baju kan untuk lindung dari sejuk dan panas. Kita yang dewasa pon camtu kan 🙂 . Vitamin C ni fungsi dia untuk lindung sel dari pencemaran alam sekitar dan pengoksidaan yang boleh merosakkan sel. Bila sel kulit kita dah tak rosak akibat terlindung.. Memang patutlah ia menjadi semakin sihat dan comel cantik jelita :). Dan akan terbuktilah dari segi luaran juga :).

 

Rupa-rupanya kan…badan manusia ni tak boleh cipta Vitamin C sendiri tau. Sebab tu perlu ambil dari pemakanan harian termasuk suplimen. Badan arnab boleh membentuk Vitamin C tau. Hebat kan arnab ni :). Lagi pulak, Vitamin C ni vitamin larut dalam air. Ia diperlukan oleh badan kita, tapi mudah larut.

 

Kan Vitamin C yang saya ambil ni kan tasteless. Tak sedap nak kemam. Rupa-rupanya, ia asli. Takde campur apa-apa perisa mahupon pewarna. Ia dari ekstrak kanji jagung. Bioflavonoids dari lemon, oren, grapefruit, hesperidin juga dimasukkan sekali untuk memberikan penyerapan Vitamin C yang maksimum ke dalam badan.

 

Wah! Sebab tulah walau amal kejap je Vitamin C yang saya ambil ni…Kesan kulit tegang, cerah, jelita, bebas jerawat sangat cepat beri kesan tau bila dos yang betol diambil :). Saya ibu yang menyusu ni ambil…Rasa makin gorgeous tau :). Dahla susu makin banyak… Extra bonus makin jelita dan kulit cerah. Suami pon sentiasa puji 🙂 .

 

Apa taknya, ambil sebiji je pon… 5 jam badan dipenuhi dengan Vitamin C tau. Pelepasan berlaku setiap jam selama 5 jam ni. Macam kita pakai pewangi yang automatik kat rumah tulah. Tiba masa, dilepaskan baunya. Macam tulah umpamanya pelepasan 100mg Vitamin C ni setiap jam dalam badan selama 5 jam ni :). Best kan! Telan sekali je…Lagi pulak kan, sebiji hanya 50 sen tau. Memang berbaloi sangat2!

 

Vitamin C apa yang saya ambil? Ia adalah Vitamin C Sustain Released Shaklee. Apa jenama Vitamin C anda? Kalau belum Shaklee, jom ubah jenama. Rasa dalam masa sebulan. Kesan dah nampak tau. Yang penting, dos yang betol.

 

Ibu-ibu menyusu nak Jelita dan pada masa yang sama susu badan melimpah ruah? Bolek klik sini ye. 🙂

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=991bf57f1419afdec14c22353412d2e8

 

Jika nak cuba Vitamin C, ada promosi tau bulan ni. Boleh klik di sini. 🙂
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=ca75de9a5fde50bc6a0ba910b1b1d908

 

 

 

Ingin mendapatkan suplimen terbaik untuk anda dan keluarga?

Ingin mendapatkan suplimen terbaik dan semulajadi dengan harga yang ISTIMEWA?

Ingin menjana pendapatan  hanya dari rumah?

Boleh hubungi nombor di bawah untuk kami bantu anda mengubah hidup anda…

 

Salam sayang,

Master ira&hafizan

Founder Legasi Anugerah Terindah Group

 

Shaklee Masters nur zahirah and hafizan lutfi

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge