Bahaya Diabetes Sehingga Mampu Membunuh

Berapa ramai yang sanggup miliki kaki yang kudung? Berapa ramai yang sanggup miliki mata yang buta? Berapa ramai yang sanggup miliki saraf yang tak boleh kesan kepanasan mahupon kesejukan sehingga jari melecur baru sedar panasnya cerek yang dipegang?

 

Saya yang dengar dan baca serta study pasal ni pon rasa macam seram. Yelah, berapa ramai yang alami diabetes di Malaysia ni kan sekarang… Sehinggakan anak kecil yang belum baligh pon ada yang alami masalah diabetes ni di Malaysia.

 

Tahukah kita jumlah wanita yang hadapi diabetes adalah lebih tinggi berbanding dengan lelaki. Kadar kematian disebabkan diabetes di kalangan wanita juga lebih berbanding lelaki.

 

sumber: http://www.e-mjm.org/2010/v65n3/Diabetes.pdf

 

Apa itu Diabetes?

Diabetes ni ada 3 jenis tau. Ahaaa.. Baru tahu? Ada 3 jenis deabetes.

  1. Jenis 1: Apabila pankreas tidak menghasilkan insulin
  2. Jenis 2: Apabila pankreas tidak menghasilkan insulin yang mencukupi atau tak boleh kesan insulin yang dihasilkan.
  3. Jenis 3: Hanya ada diabetes semasa mengandung.

 

Cara tahu adakah kita hadapi diabetes?

Camana nak tahu kita hadapi diabetes atau tidak? Atau sudah hampir-hampir?

Caranya adalah dengan cek glukosa dalam darah 🙂 .

 

glucose test

glucose test

 

Dan nak tahu kita kategori mana? Boleh rujuk kepada jadual di bawah 🙂

 

tahap gula dalam darah

tahap gula dalam darah

 

 

Signal kepada Diabetes

Tahukah kita yang diabetes ni boleh memberi kesan kepada 3.6 juta rakyat Malaysia jika tidak dikawal. Kerana ia adalah disebabkan oleh cara makan kita yang tak betol. Dalam masa 10 tahun, peningkatan 40% berlaku dalam bilangan rakyat Malaysia yang menghadapi diabetes. Adakah salah seorang dari mereka itu adalah kita? Mahupon insan tersayang?

 

Apa signal atau simptom yang berlaku kepada orang yang mula ada diabetes ni?

 

Antaranya adalah rasa seperti kebas-kebas. Mata semakin kabur. Saraf semakin tidak sensitif. Bila pegang apa-apa yang panas…tidak rasa ia panas sehingga ambil masa yang lebih lama untuk mengesan kepanasan tu. Luka makin lambat sembuh. Semakin cepat penat dan semakin cepat lapar. Baru je makan, tapi rasa lapar. Rasa nak makan dan minum makanan manis yang lebih banyak. Cepat rasa haus. Kerap kencing. Jantung bekerja dengan lebih laju juga merupakan salah satu simptom atau signal kepada diabetes.

 

Tahukah kita sebab apa penghidap diabetes ni sentiasa cepat lapar walau baru je sudah makan? Ini kerana gula yang masuk dalam badan mereka itu tidak dapat diserap kepada sel-sel badan. Sebab tu sel badan mereka terasa kekurangan tenaga yang mengakibatkan keletihan dan juga rasa cepat lapar bila sel badan tak dapat makanan yang cukup dari pemakanan. Tapi sebenarnya dah terlebih ambil gula dah sebenarnya. Ni simptom yang menyebabkan berat badan menaik dan kandungan gula dalam darah semakin meningkat.

 

Ini antara simptom dan signal yang seseorang itu sedang alami diabetes.

6 organ akan terkesan dengan diabetes

Diabetes ini akan mengganggu 6 organ badan iaitu otak, mata, kaki, jantung, paru-paru, saraf.

 

Apa Nak buat

 

Apa kita nak buat bila dah ada simptom ni?

Kita takde jalan lain melainkan jaga apa yang masuk dalam badan kita. Iaitu pemakanan kita. Kita kena kembali menjaga kesihatan untuk memastikan keadaan gula dalam darah kita ni kembali normal. Kita tak mahu keadaan lebih runcing lagi dialami disebabkan kita tak jaga diet pemakanan yang seimbang.

Bila dah jaga pemakanan yang seimbang, kita perlu untuk melakukan senaman setiap hari. Senaman pula yang ringan-ringan saja, dan badan kita mampu untuk lakukannya.

Ramai orang yang dah lama tak senaman. Dan ramai juga yang dah lama peluhnya tak keluar. Haa…ini bahaya tau. Jaga kesihatan kita elok-elok 🙂

 

 

Nak pilih makanan jenis macamana?

 

Pemilihan makanan sangat penting untuk mengekalkan kesihatan dan jauhi dari diabetes.

Antara makanan yang perlu kita titik beratkan adalah:

  1. Kita perlu memilih makanan yang miliki Glisemik Indeks yang rendah. Kerana ia mampu membekalkan tenaga yang berpanjangan dan lebih lama berbanding makanan yang miliki Glisemik Indeks yang tinggi. Contoh makanan yang miliki Glisemik indeks yang rendah adalah seperti roti berserat, buah oren, buah epal, dan soya.
  2. Makanan yang miliki omega 3. Omega 3 membantu dalam mengurangkan kolestrol. Apabila kolestrol berkurang dan dapat dikawal, zat yang diperolehi dari makanan dapat diserap kepada sel badan dengan lebih efisen.
  3. Ambil makanan yang miliki kromium. Kromimum adalah mineral sangat kecil, namun sangat penting. Ia membantu untuk mengesan insulin di dalam badan.
  4. Polyfenol tumbuhan. Kerana ia antioksida yang amat tinggi.
  5. Makanan yang miliki Omega 6. Kerana ia membantu dalam atasi masalah saraf yang dihadapi.
  6. Makanan yang mengandungi Vitamin C.  Ini kerana glukos dan Vitamin C memasuki sel melalui saluran yang sama, ia memberikan implikasi yang besar pada pesakit kencing manis. Apabila kandungan glukos yang tinggi dalam darah, glukos dan vitamin terpaksa bersaing untuk memasuki sel dan glukos akan menang kerana kandungannya yang banyak dalam darah. Ini akan menjadikan sel kekurangan vitamin C dan apabila proses ini berulang dan berterusan, ini akan mengakibatkan penyakit-penyakit yang berpunca daripada kekurangan Vitamin C muncul. Hati-hati, apabila luka tidak boleh sembuh ini menyebabkan bahagian itu  terpaksa di potong.
  7. Antioksida yang membantu dalam meningkatkan imun sistem.
  8. Vitamin B bagi menukarkan gula kepada tenaga
  9. Penyembuh luka yang cepat bagi membantu dalam menyembuhkan sebarang luka yang berlaku

 

Apa Pilihan Saya?

 

Saya memilih untuk menjaga pemakanan saya. Saya tak mau masuk kategori insan yang hadapi masalah atau penyakit kritikal disebabkan tidak menjaga cara makan yang betol.

 

Kita tidak boleh lari dari kenyataan yang setiap hari kita makan sememangnya tidak cukup nutrisi. Kerana kita tidak pernah timbang atau sukat atau ukur berapa banyak zat yang ada dalam setiap pinggan hidangan yang kita ambil setiap hari.

 

Jika kita makan buah pon… Buah itu miliki berapa banyak zat? Kita tidak pasti bukan? Jika makan sayur sekalipon…sayur itu miliki berapa banyak vitamin dan garam mineral? Pernah kita buat kiraan atau ukur dengan tepat setiap makanan yang nak masuk dalam badan kita tu?

 

Seperti kita tahu… atau mungkin ada yang belum tahu… keadaan sekeliling memberi kesan terhadap buah, sayur yang kita ambil setiap hari. Jika tanah tidak miliki zat galian yang cukup…sayur itu tidak miliki zat yang berkurang itu. Jadi kita perlu ambil dari sayuran lain pula. Berapa banyak sayur kita makan setiap hari?

 

Sebab itulah memilih untuk menampung zat yang tak cukup tu melalui pengambilan makanan tambahan (suplimen). Kerana saya tidak mampu untuk kira berapa zat dan vitamin yang saya sudah ambil setiap hari dengan tepat daripada sayuran dan buahan. Lagi pula, saya tidak menanam sendiri sayuran dan buahan. Yang sudah tentu ia sudah lama di kedai-kedai sebelum saya makan. Ia sudah melalui proses pengurangan nutrien dari sayuran dan buahan itu. Belum lagi masuk bab saya masak sayuran itu.

 

Jadi, saya memilih untuk mengambil suplimen Shaklee untuk tujuan mengelakkan diri saya daripada terjerumus kepada kategori rakyat Malaysia yang menghidapi diabetes.

 

Apa yang Shaklee boleh bantu?

 

1.Kan ada saya kongsi di atas…untuk memastikan gula dalam darah kita sampai ke sel…dan tenaga yang lebih lama…kita memerlukan makanan yang miliki Glisemik Indeks yang rendah. Maksudnya, perlepasan gula itu berlaku secara perlahan-lahan.

 

Saya guna ESP untuk memastikan saya mengambil makanan yang memberi tenaga yang berterusan dengan lebih lama.

 

2. Untuk Omega 3 pula, saya ambil Omegaguard. Omegaguard Shaklee melalui proses penyulingan sebanyak 3 kali dan ia miliki DHA dan EPA lebih banyak berbanding jenama omega 3 yang lain.

 

3. Untuk mendapatkan kromium, saya mengambil Vitalea Iron Formula. Kerana di dalam vitalea ini, saya sudah mendapatkan mineral kromium ini. Jadi, insulin sememangnya mudah dikesan oleh badan saya dengan kehadiran kromium.

 

4. Saya ambil Vivix bagi memastikan saya miliki antioksida yang tinggi. Kelebihan Vivix ini sangat terkesan dan memang sudah ramai yang dapat kesan darinya. Vivix membantu merencatkan pertumbuhan AGE protin sebanyak 30%. AGE protin ini lah yang menyebabkan berlakunya pelbagai komplikasi dalam badan termasuklah diabetes dan masalah jantung.

 

5. Omega 6 pula saya ambil daripada GLA. GLA adalah sejenis asid lemak omega 6. Omega 6 ini boleh diperolehi daripada bungan borage yang merupakan salah satu bahan untuk menghasilkan GLA Shaklee.

 

6. Vitamin C untuk kurangkan level Sorbitol. Ia  adalah sejenis alkohol gula dimana badan manusia boleh memetabolismakannya secara perlahan. Jika sorbitol berlebihan pada satu-satu organ, ia akan merosakkan sel di bahagian organ tersebut. Jadi ia perlu untuk diambil bagi mengelakkan sorbitol yang banyak berada di pankreas atau organ-organ lain yang boleh mengakibatkan ia rosak.

sumber :  https://ms.wikipedia.org/wiki/Sorbitol

 

7. B compleks dalam menukarkan gula kepada tenaga dan membantu kesihatan saraf

 

8. Nutriferon pula membantu dalam menguatkan imun sistem. Membantu menjaga kesihatan paru-paru.

9. Zink untuk Penyembuh luka yang cepat bagi membantu dalam menyembuhkan sebarang luka yang berlaku

set lengkap diabetes

set lengkap diabetes

 

“Wah, Banyaknyaaa suplimen untuk diabetes! Perlu ambil semua sekali ke ni?” Mesti ada yang tanya macam ni.

Ye jika semua simptom telah dikesan pada badan. Kerana itu menunjukkan tahap diabetes yang semakin kronik. Namun, jika hanya beberapa simptom baru dirasai…tidak perlu ambil semua. Tengok keadaan diri. Simptom apa yang melanda diri.

 

Ni saya bagi contoh ye.

Kurang tenaga – Boleh ambil ESP, B Compleks, Vitalea,  Omega, Vivix

Rasa kebas-kebas – Boleh ambil B compleks, GLA, Vivix

Rasa kerap jantung laju je- Boleh ambil B compleks, Omega, Vivix

Luka lambat sangat sembuh- Boleh ambil Vitamin C, Zink, ESP

Rasa lapar yang kerap sangat-sangat- Boleh ambil ESP, B compleks

 

Saya akan bagi advice dan konsultasi percuma untuk memastikan anda mendapatkan suplimen yang betol bagi menjauhi simptom diabetes ini, dan juga untuk mengurangkan simptom ini berlaku pada diri anda mahupon insan tersayang anda…

 

Berminat? Ok, ni ada special offer dari saya ye…

 

Kalau anda mendapatkan pakej set ini, anda akan mendapat akses ke Support Group khas di mana anda boleh bertanya apa-apa soalan berkaitan dengan cara mengurangkan simptom diabetes ini dari aktiviti seharian.

 

Berminat nak tau lebih lanjut?

 

Wasap 0139422527 dan dapatkan pakej ini sebelum 1 Disember 2015 untuk diskaun khas sebanyak 20%.

P/S: Jangan bertangguh! Diskaun 20% untuk pakej ini akan tamat tempoh jam 12 malam, 30 November 2015. Save dan wasap 0139422527 sekarang sebelum terlupa.

 

 

Salam sayang,

Master ira&hafizan

Founder Legasi Anugerah Terindah Group

 

Shaklee Masters nur zahirah and hafizan lutfi

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge