Kenapa Daun Ketum Merbahaya?

Ha..ni kali pertama saya google dan cari ilmu berkenaan daun ketum. Kenapa ye ia dikatakan memudaratkan dan boleh menyebabkan penagihan? Apa pula rupa dia? Haa… bila kita tahu rupa poko yang merbahaya ni…apa-apa jadi kita dah boleh kenal.. Jadisemoga dengan info yang kita dapat ni boleh membantu kita menjauhi pokok seperti ini.

Ni saya ambil infonya di sini tau https://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_Ketum

 

 

daun ketum

daun ketum

 

Pokok Ketum, juga dikenali sebagai Pokok Biak (bahasa Inggeris: Kratom), ialah sejenis tumbuhan daripada famili Rubiaceaeyang banyak terdapat di Afrika, di utara dan tengah Semenanjung Malaysia serta di selatan Thailand. Di Thailand, pokok ini dipanggil Kakuam, Ithang atau Thom, di Amerika Syarikat pula sebagai Kratom. Nama botaninya Mitragyna speciosa korth.

 

Daun Ketum telah lama menjadi bahan perubatan tradisional sebagai minuman pemulih tenaga bagi wanita yang baru lepas bersalin. Daun ini direbus dan airnya diminum sebagai pemulih tenaga, juga bagi rawatan mengeluarkan angin dalam badan dan bagi merawat sakit belakang. Bagaimanapun air rebusan daun Ketum telah disalahgunakan dan mula dijual secara meluas kepada pengguna biasa.

 

Pokok Ketum menjadi terkenal pada awal tahun 2003 kerana ia dikatakan berupaya menjadikan seseorang itu ketagihan kerana ia mengandungi mitraginin. Mitraginin telah disenaraikan dalam Third Schedule of Poisons (Psychotrapic Substance) Regulation 1989, Poison Ordinance 1952. Dengan itu pokok Ketum telah diisytiharkan sebagai bahan larangan mulai Januari 2003.

 

Kesan Penagihan Daun Ketum

 

Antara kesan buruk penyalahgunaan melampau daun ketum ialah

  • susut berat badan
  • insomnia
  • anoreksia
  • bibir menjadi kering
  • sembelit atau kesukaran membuang air besar
  • kesan lebam dan terbakar di muka terutamanya di bahagian pipi dan sebagainya

 

Orang yang mengambil daun ketum ni akan alami masalah mudah marah, sengal-sengal badan, lemah untuk bekerja dan juga simptom mata dan hidung berair.

 

Saya juga mendapatkan info dari sini http://animhosnan.blogspot.my/2015/05/pokok-ketum-apa-gunanya.html

 

Rebusan daun kering dan akarnya pula digunakan bagi melegakan penyakit darah tinggi dan kencing manis. Bagaimana pun jika pengambilan air daun ketum yang berlebihan dan tidak terkawal akan menyebabkan pengamalnya berasa sakit pada urat saraf dan sendi. Lazimnya apabila mereka tidak mengambil atau minum air ketum badan menjadi lemah. Selepas dos yang ada di dalam badan telah berkurangan yang disebabkan kesakitan yang tidak dapat kita gambarkan maka mereka akan mengamalkan air ketum itu tadi. Mereka terpaksa mengambil air ketum dua atau tiga bungkus setiap hari untuk menghilangkan rasa sakit atau sengal badan berpunca daripada mengamalkan air ketum secara tidak terkawal. Jadi perlu dihindari tabiat buruk minum air ketum secara tidak terkawal sehinga menyebabkan ketagihan. Jika sudah ketagihan maka susah mencari cara untuk menyembuhkan kesakitan yang berpunca dari menagih air ketum.

 

Haaa..sebab itulah kerajaan Malaysia mengharamkan penggunakan air ketum ni tau sebab ia boleh mengakibatkan penagihan dan kemudiannya memudaratkan.

 

 

 

Ingin mendapatkan suplimen terbaik untuk anda dan keluarga?

Ingin mendapatkan suplimen terbaik dan semulajadi dengan harga yang ISTIMEWA?

Ingin menjana pendapatan  hanya dari rumah?

Boleh hubungi nombor di bawah untuk kami bantu anda mengubah hidup anda…

 

Salam sayang,

Master ira&hafizan

Founder Legasi Anugerah Terindah Group

Owner & Director ZH Land Holdings Sdn bhd

Top 40’s Shaklee Masters

RM 25 Million group sales achiever

1 Million Dollar Earner Achiever in Shaklee

Shaklee Masters nur zahirah and hafizan lutfi

 

zahirahhafizan@gmail.com

LAT

 

 

https://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_Ketum

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge