Kenapa Allah Anugerahkan Rahim untuk Wanita? Kenapa tidak pada lelaki?

Alhamdulillah, saya bersyukur hari ini kerana masih diberi nafas untuk meneruskan hidup ini. Pagi ni saya nak berkongsi mengenai wanita. Betapa hebatnya seorang wanita.

 

wanita berhijab

wanita berhijab

 

Sejak dilahirkan, wanita banyak diberi “pantang larang”. Pernah dengar orang kata… nak jaga anak perempuan ni bukan suatu yang mudah. Lebih mudah lagi kalau membela lembu 10 kandang. Itulah wanita. Bukan mudah untuk dijaga demi memastikan si wanita ini tidak terpesong dari landasan agama. Tapi bukan bermakna boleh mengabaikan anak lelaki pula dek kerana rasa mudahnya menjaga anak lelaki. Membesarkan anak lelaki dan perempuan miliki cabaran yang tersendiri.

 

anak perempuan

anak perempuan

 

Hari ni saya ingin menfokuskan menceritakan mengenai wanita yang bergelar ibu.

 

Apabila berkahwin, setiap wanita sudah pasti inginkan zuriat. Ada yang mahu cepat, ada yang mahu honeymoon dulu beberapa tahun sebelum mendapat anak.

 

honeymoon couple

honeymoon couple

 

Tahukah kita apa saiz rahim wanita?

 

rahim wanita

rahim wanita

 

Haa.. ni dia saiz rahim wanita tau. Terkejut? Inilah saiz rahim ibu kita. Sebesar buah pear. Berbentuk seperti buah avocado.  Secara puratanya miliki saiz 3 inci (7.5cm)  panjang, 2 inci (5cm) lebar dan 1 inci (2.5cm)  tebal. Rahim normal beratnya hanya dalam 600g.

 

Tapi, di saat kelahiran, ia boleh mencecah berat sehingga 1 ke 2 kilogram tau. Inilah tempat kita dibesarkan, Dan inilah juga tempat wanita-wanita membesarkan anak-anak sebelum mereka dilahirkan ke dunia. Para suami buka mata luas-luas. Besarnya pengorbanan seorang wanita yang bergelar isteri kepada anda semua. Aduhai anak-anak, buka mata luas-luas juga. Besarnya pengorbanan ibu kita mengandungkan kita di dalam rahimnya selama 9 bulan.

 

Saiz rahim semasa trimester pertama (12 minggu pertama) lebih kurang seperti saiz limau gedang. Ia akan lebih awal berkembang seandainya ini adalah bukan kandungan pertama.

 

Semasa trimester kedua, saiz rahim lebih kurang saiz sebiji betik. Ia tidak lagi sesuai berada dalam ruang pelviks wanita. Ia akan terletak antara bahagian pusat dan dada. Apabila rahim membesar, ia akan menolak organ dari tempat asal mereka. Masa trimester kedua ni, ada rasa sakit-sakit badan. Pusat pon biasanya mula menonjol dari biasa. Jangan risau, ia normal. Dan akan kembali kepada keadaan asal selepas bersalin

 

Semasa trimester ketiga saiz rahim mencapai saiz sebiji buah tembikai dan ia akan berhenti berkembang.

 

Selepas kelahiran, rahim akan mengambil masa lebih kurang 6 minggu untuk kembali berada ke tempat asalnya dengan saiz asal.

 

Hebatkan rahim ini. Allah tak letakkannya pada seorang lelaki, tapi Allah letakkan ia pada WANITA. Itu bermakna, wanita ini sungguh satu ciptaan Allah yang hebat. Bukan bermakna lelaki tak hebat tau. Kang lelaki merajuk pulak hehe.

 

Semasa kelahiran,  beribu-ribu urat saraf putus. Sakit tiada tandingan. Tapi wanita mampu hadapinya. Selepas lahirnya si anak, sudah hilang terus rasa sakitnya. Habis saja pantang, sudah rasa rindu kepada anak yang dikandung sebelum ini. Padahal si anak ada depan mata. Terasa ingin mengandung lagi. Haaa…ini lah “bahaya”nya seorang wanita. Semangat waja dia mengalahkan lelaki walau secara zahirnya dia adalah wanita yang cukup lemah dari segi anggota badan yang tiada sado mahupon sasa.

 

Kerana itulah, Allah ada letakkan salah satu nama surah dalam Al Quran yang bernama Wanita. Iaitu surah An-Nisa’.

 

Berkaitan kisah dalam surah ini akan saya kongsikan di lain entri.

 

Saya gembira dan bersyukur saya diberi peluang untuk miliki rahim ini. Dan saya mesti menjaganya sebaik mungkin. Ia adalah anugerah terindah Allah kepada saya dan teman-teman wanita di luar sana. Tempat melahirkan zuriat yang soleh solehah untuk mendukung agama Allah.

 

Kerana itulah, wanita mesti menjaga kesihatannya. Menjaga pemakanan, menjaga nutrisi untuk badan. Wanita lebih mudah cenderung untuk mendapat penyakit yang pelbagai kerana badan wanita ada aset tambahan yang lain yang mesti dijaga. Seperti rahim dan payudara yang tiada pada lelaki. Jadi, kawan-kawan wanita ku…jaga lah kesihatan diri sebaiknya.

 

Saya dapatkan juga serba sedikit info dari blog di bawah. Boleh baca link ini untuk lebih detail ye 🙂

http://senanghamil2u.blogspot.my/2015/01/ajaibnya-rahim-ciptaan-allah-untuk.html

http://drzubaidi.com/blog/rahem-kecil-tidak-boleh-hamil/

 

 

 

Ingin mendapatkan suplimen terbaik untuk anda dan keluarga?

Ingin mendapatkan suplimen terbaik dan semulajadi dengan harga yang ISTIMEWA?

Ingin menjana pendapatan  hanya dari rumah?

Boleh hubungi nombor di bawah untuk kami bantu anda mengubah hidup anda…

 

Salam sayang,

Master ira&hafizan

Founder Legasi Anugerah Terindah Group

Owner & Director ZH Land Holdings Sdn bhd

Top 40’s Shaklee Masters

RM 25 Million group sales achiever

1 Million Dollar Earner Achiever in Shaklee

Shaklee Masters nur zahirah and hafizan lutfi

 

zahirahhafizan@gmail.com

LAT

 

 

 

 

 

One Response to “Kenapa Allah Anugerahkan Rahim untuk Wanita? Kenapa tidak pada lelaki?”
  1. FARAH WAHIDA ABDULLAH SUHAIMI 14 September, 2015

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge