Kenali apa itu Gua Niah

Korang pernah masuk gua? Korang tau tak?

Sebuah gua adalah sebuah lubang semulajadi di tanah yang cukup besar dan dalam. Beberapa ilmuwan menjelaskan bahawa sebuah gua ni  harus cukup besar sehingga beberapa bahagian di dalamnya tidak menerima cahaya matahari.

 

Saya pernah masuk gua di Perlis. Tak ingat dah namanya. Gua Kelam rasanya. Memang gelap.

 

Dan korang tau tak gua apa yang terbesar di Malaysia?

 

gua niah

gua niah

 

Ahaaa… gua yang terbesar di Malaysia adalah Gua niah tauuu… Dan ia penuh dengan sejarah. Hmmm..saya pernah ke theme park Gua Niah sebelum lahirkan Aiman dulu. Tapi saya tak masuk gua lah. Sebab sedang hamil 6 bulan. Gua Niah ni merupakan antara gua batu kapur yang terbesar di dunia. Dan ia tak delah jauh dari Bandaray Miri tau. Cuma 90 kilometer je. Dalam sejam setengah dari Miri. Dikatakan bahawa gua ni menunjukkan bukti kehidupan awal manusia di daerah ini.

 

taman negara gua niah

taman negara gua niah

 

Gua Niah juga merupakan salah satu gua tertua di dunia dan telah diwartakan sebagai tapak bersejarah di bawah kuasa Muzium Sarawak. Gua Niah terbentuk sebagai terumbu karang pada akhir Miocene sebelum pergerakan bumi yang mengangkatnya dan dihakis membentuk gua. Gua Niah seluas 12 hektar dan kawasan dalam gua dianggarkan tiga kali padang bola sepak. Selain pintu masuk utama Gua Niah, terdapat 5 bukaan lain dengan kamar dibelakangnya. Ia dikenali sebagai Mulut Besar, Lubang Tulang, Lubang Hangus, Gan Kira dan Lubang Tahi Menimbun.

 

Taman Gua Niah

 

Ni saya ambil info di sini https://ms.wikipedia.org/wiki/Gua_Niah

 

Gua Niah juga merupakan taman negara Sarawak terkecil, tetapi merupakan yang paling penting dan menarik minat pelancong. Ini adalah kerana di Gua Niah telah dijumpai fossil manusia yang berusia 40,000 ribu tahun dahulu sekali gus menjadikannya sebagai tapak awal kehadiran manusia di Asia Tenggara. Selain itu jumpaan perkakasan manusia purba ini telah menjadikan Gua Niah sebagai tapak kaji purba terpenting di dunia.

Taman negara Gua Niah seluas 3,138 hektar kawasan bukit batu kapur dan hutan. Ia diwartakan sebagai Monumen Sejarah Kebangsaan pada 1958 dan pada 23 November 1974 diwartakankan sebagai Taman negara dan dibuka kapada umum pada 1 Januari 1975.

 

Gua Niah di Miri

Gua Niah di Miri

 

Wah! Baru tahu kan berkenaan Gua Niah ni. hehe. Kita belajar geografi hari ni.

 

Kat Taman Negara Gua Niah ni kan… ada chalet tau untuk bermalam. Ia lengkap sekali bilik air di dalamnya. Saya -pernah bermalam di sini. Okla, macam rumah kampung. Malam-malam agak sejuk la sikit. Jadi kena bawa selimut dan baju tebal sikit 🙂

 

Hari tu saya pergi musim hujan. Hehe. Memang cari pasal je kan. Agak becak la kalau pergi sana masa hujan. jadi, kena sediakan apa yang diperlukan di kala itu la 🙂

 

Ok, itu saja yang saya ingin kongsikan. Adventure jugak jalan-jalan ke Gua Niah ni.

 

 

 

Ingin mendapatkan suplimen terbaik untuk anda dan keluarga?

Ingin mendapatkan suplimen terbaik dan semulajadi dengan harga yang ISTIMEWA?

Ingin menjana pendapatan  hanya dari rumah?

Boleh hubungi nombor di bawah untuk kami bantu anda mengubah hidup anda…

 

Salam sayang,

Master ira&hafizan

Founder Legasi Anugerah Terindah Group

Owner & Director ZH Land Holdings Sdn bhd

Top 40’s Shaklee Masters

RM 25 Million group sales achiever

1 Million Dollar Earner Achiever in Shaklee

Shaklee Masters nur zahirah and hafizan lutfi

 

zahirahhafizan@gmail.com

LAT

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge