Teknik urutan bayi yang betol, selesa dan penuh kasih sayang

Alhamdulillah, hari ni saya ingin berkongsi teknik mudah urutan bayi yang betol,selesa dan penuh kasih sayang. Kita suka diurut kan? Rasa selesa. Begitu juga bayi 🙂

 

Urutan bayi  merupakan sentuhan “ajaib” yang diberikan oleh ibu dan ayah kepada bayi. urutan ini miliki kuasanya yang tersendiri. Jika anak lahir dalam keadaan premature,urutan ini menjadi salah satu faktor untuk membantu tumbesarannya.

 

Teknik mudah urutan bayi yang betul dan selesa

Teknik mudah urutan bayi yang betul dan selesa

 

 

Kebaikan urutan untuk bayi

 

Tapi sebelum tu,  saya nak kongsi dengan teman-teman pembaca blog zahirahhafizan.com berkenaan dengan kebaikan urutan untuk bayi ni dilakukan.

 

1. Eratkan kasih sayang antara ibu dan anak (jika ibu yang lakukannya)

 

ibu urut bayinya

ibu urut bayinya

 

2. Memberi keselesaan untuk bayi dan bayi tidur dengan lebih lena

 

hazim -bayi tidur lena

hazim -bayi tidur lena

 

3. Menguatkan otot-otot bayi

 

kuatkan otot bayi

kuatkan otot bayi

 

4. Membantu tumbesaran bayi

 

tumbesaran bayi

tumbesaran bayi

 

5. Menguatkan keyakinan diri bayi

 

confidence baby

confidence baby

 

6. Jauh dari sebarang rasa sakit

 

 

7. Membantu motor pergerakan bayi

 

8. Membantu bayi untuk berada dalam keadaan tenang sentiasa

 

bayi sihat

bayi sihat

 

9. Satu teknik komunikasi antara ibubapa dan bayi

 

komunikasi ibu dan anak

komunikasi ibu dan anak

 

10. Bayi rasa selamat apabila ada sentuhan yang lembut

 

 

11. Membuatkan bayi berada dalam keadaan positif

 

bayi sihat dan gembira

bayi sihat dan gembira

12. Membenarkan pengaliran oksigen yang lebih baik dalam diri bayi

 

 

 

Sumber: http://www.drypers.com.my/ms/Tahap-Anda/Cerita/?contentId=1930303 dan http://kedaivitamin.com/teknik-urutan-bayi/

 

Hmmm… di atas ni kebaikan urutan untuk bayi. Pasti untuk ibu dan bapa pon ada kebaikannya kan.. Yang saya pasti..

 

Kebaikan melakukan urutan bayi untuk ibubapa

 

1. Rapatkan kasih sayang sesama ibu dan bapa. Juga bersama anak.

 

happy family

happy family

 

2. Belajar teknik yang tidak pernah dipelajari sebelum ini

 

kiss from mom

kiss from mom

 

3. Rasa kasih sayang yang semakin kuat terhadap bayi

 

kiss from parents

kiss from parents

 

4. Memberi ketenangan dan kegembiraan untuk ibu dan bapa sebelum, semasa dan selepas membuat urutan untuk bayi.

 

keluarga bahagia

keluarga bahagia

Persediaan untuk melakukan urutan ke atas bayi

 

Dalam melakukan satu-satu perkara, ibu bapa mesti bersedia. Jadi, untuk mengurut bayi pon, ibu bapa mesti bersedia. Ini persediaannya.

 

1. Ibu bapa berada dalam keadaan tenang dan gembira. Kalau kita dalam keadaan “huru hara”, tapi nak buat urutan pada bayi kita…alamatnya, “huru hara” kita tu pulak akan dipindahkan kepada bayi kita ni kan… Jadi, kita kena tenang-tenang aje la 🙂

2. Pastikan keadaan bilik atau mana-mana tempat yang kita mahu lakukan urutan pada bayi kita tu suhunya dalam keadaan sederhana, tidak terlalu panas mahupon sejuk.

3. Tangan kita dalam keadaan bersih dan suam-suam gitu. Bestkan nanti rasa… Bayi kita rasa macam pergi spa je.Heheh

4. Kita urut bayi dengan wajah manis kita. Sambil lihat ke matanya. Bukannya sedang tengok whatsapp di handphone ye 🙂

5. Letakkan bayi di atas tilam atau pelapik yang lembut dan selesa untuk bayi

6. Pastikan bayi berada dalam keadaan yang selesa. Jika dia sedang tidur, sepatutnya tidak diganggu. Masa terbaik adalah selepas bayi mandi.

7. Sambil urut bayi, sambil berikan kata-kata pujian dan manis-manis untuknya. “Adik ni cantik. comel. Ibu sayang adik. Abah sayang adik. Adik pon sayang semua. ” Pandang ke matanya :).Dan kata-kata itu mestilah ikhlas dari hati kita.

8. Gunakan minyak zaiton atau losyen yang selamat untuk bayi semasa mengurutnya.

9. Akhiri dengan ciuman untuk bayi selepas sesi urutan ini.

10. Susukan bayi jika perlu selepas sesi urutan ini.

 

Teknik urutan bayi yang menyamankan

 

Di sini saya kongsikan teknik urutan bayi ye. Semoga ia bermanfaat buat ibu-ibu untuk dijadikan panduan.

 

Mula-mula…kita lakukan urutan di kepala dan muka bayi… 🙂

 

teknik urutan bayi 1

teknik urutan bayi 1

 

Langkah kedua… kita buat urutan di dada bayi…

 

teknik urutan bayi 2

teknik urutan bayi 2

 

Langkah ketiga…kita lakukan pula urutan di tangan bayi

 

teknik urutan bayi 3

teknik urutan bayi 3

 

Langkah keempat..kita buat urutan di kaki

 

teknik urutan bayi 4

teknik urutan bayi 4

 

Langkah kelima… urutan dilakukan di perut

 

teknik urutan bayi 5

teknik urutan bayi 5

 

Langkah keenam… urutan bayi dilakukan di bahagian belakang bayi

 

teknik urutan bayi 6

teknik urutan bayi 6

 

Wahhh.. Kalau kita dapat urutan macam ni pon…tidur lenaa kan. Seronok! Hilang segala stress kita kan… Nak la orang urut gini.  Hhehe. Boleh apply urutan pada suami jugak. Apply pada certain part la.. Nanti suami urut kita pulak. Boleh eratkan kasih sayang suami isteri 🙂

 

Opss..ingat yang last sekali? Susukan bayi kita selepas sesi urutan ke atasnya dilakukan? Ia lebih baik kita berikan susu ibu. Peluk anak dalam pelukan kita. Dia mesti rasa sangat-sangat selesa di saat itu.

 

Jika ada sebarang masalah penyusuan,boleh bertanya kepada saya. Saya bantu anda dengan segala tips yang tidak perlukan sebarang kos.

 

Di sini saya kongsikan pengalaman saya menyusukan anak saya yang ke 4 ni. Dia baru berusia 21 hari hari ini 🙂

http://zahirahhafizan.com/2015/08/susu-ibu-membuak-buak-dan-meriah-sejak-hari-kedua-berpantang.html

 

Perkongsian ini saya berikan juga kepada anda…untuk menjadi inspirasi…saya susukan 3 anak saya yang lain sejak lahir sehingga cukup usianya menjangkau 2 tahun…

http://zahirahhafizan.com/2015/04/bersalin-dan-menyusukan-3-anak-tanpa-henti-selama-6-tahun.html
Saya hanya berkongsi. Semoga ia bermanfaat.

 

 

Ingin mendapatkan suplimen terbaik untuk anda dan keluarga?

Ingin mendapatkan suplimen terbaik dan semulajadi dengan harga yang ISTIMEWA?

Ingin menjana pendapatan  hanya dari rumah?

Boleh hubungi nombor di bawah untuk kami bantu anda mengubah hidup anda…

 

Salam sayang,

Master ira&hafizan

Founder Legasi Anugerah Terindah Group

Owner & Director ZH Land Holdings Sdn bhd

Top 40’s Shaklee Masters

RM 25 Million group sales achiever

Developed 1300 High Level Business Leaders

1 Million Dollar Earner Achiever in Shaklee

Master Ira& hafizan - Founder Legasi Anugerah Terindah

zahirahhafizan@gmail.com

Ira Shaklee Kerteh Kemasik paka kemaman 0139422527

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge