Susu ibu membuak-buak dan meriah sejak hari kedua berpantang

Alhamdulillah, hari ini, hari ke-10 saya berpantang. Berat Muhammad Hafiz Hazim meningkat sebanyak 300g. Jadi, beratnya mencecah 3.3kg untuk hari ini. 🙂 Seronok melihat Hazim membesar di depan mata. Menyusu yang sangat-sangat kuat, membuatkan susu saya membuak-buak untuknya. Lebih dari cukup, sehingga saya terpaksa mengepam susu akibat payudara yang membengkak walau hari kedua berpantang. Bukan kerana Hazim asyik tidur semata-mata setiap waktu, tapi kerana selepas menyusu pon, dan perut dan penuh, dah sendawa, susu masih banyak lagi. Jadi, saya mesti pam untuk elakkan demam akibat bengkak susu pulak. 🙂

 

hafiz hazim

hafiz hazim

 

Nak dijadikan cerita, saya mula berikan susu saya kepada Hazim sejak dalam bilik bersalin. Selepas Hazim dibersihkan, terus nurse serahkan Hazim kepada saya. Saya susukan Hazim dengan penuh kasih sayang. Hanya Allah yang tahu perasaan ketika itu. Di saat Hazim dilahirkan, segala sakit saya hilang. Nanti saya ceritakan pengalaman saya melahirkan Hazim di next post. Malam ni saya nak kongsikan saat-saat saya mula berikan susu saya kepada Hazim.

 

muhammad hafiz hazim

muhammad hafiz hazim

 

Jarak antara Husna dan Hazim adalah 3 tahun 8 hari. Memang pengalaman menyusukan anak ni adalah saat yang dinanti-nantikan 🙂 Sebab saya dah berhenti susukan Husna sejak setahun yang lalu. Kali ini, keajaiban tetap berlaku. Susu untuk Hazim melimpah ruah seperti susu untuk kakak Syamimi dan kakak Husna. Ia keluar sejak saya mengandung  trimester terakhir (semasa kandungan masuk 7bulan).  Memang rezeki Hazim. Dan apabila Hazim lahir, dia terus pandai latch on tanpa membuatkan saya rasa ngilu mahupon perit. Itulah kan. Allah dah ajar cara camne nak menyusu siap2 pada baby. Betapa besarnya ilmu Allah. Kalau kita nak ajar anak yang baru lahir ni sesuatu, sudah tentu tidak mampu.

 

hazim berusia 10 hari

hazim berusia 10 hari

 

Apa yang saya amalkan semasa mengandung yang menyebabkan susu saya boleh jadi banyak sejak hari pertama melahirkan? Dan ia lebih daripada cukup buat Hazim.. Ok, saya kongsikan ye. Tujuannya untuk membantu ibu-ibu yang bertekad mahu susukan anak dengan susu ibu secara eksklusif minimum 6 bulan pertama, dan maksimum sehingga 2 tahun.

 

 

Saya alami masalah kurang darah merah semasa mengandung. Memang saya kategori ini pon setiap kali mengandung. Saya terpaksa tingkatkan dos pengambilan zat besi, vitamin C dan b compleks sepanjang 9 bulan mengandungkan ketiga-tiga anak saya. Dan alhamdulillah, ia memberi kesan, asalkan saya konsisten dengan dos tertentu. Barulah hemoglobin dalam badan saya meningkat dan maintain dengan bacaan yang baik.

 

 

Mungkin disebabkan itulah, saya diberi rezeki miliki susu yang banyak. Kerana saya “terpaksa” menjaga pemakanan saya betol2 semasa mengandung. Apa yang saya amalkan ye?

 

Saya konsisten dengan set ibu hamil Shaklee. Ia memang memberi kesan yang sangat positif buat saya. Walau ada ketikanya saya tidak lalu nak makan, saya terus konsisten dengan set ini.

 

set mengandung shaklee

set mengandung shaklee

 

Dan semasa berpantang 10 hari ini, walau saya tidak menyentuh milk booster yang glamor dalam Shaklee iaitu Alfalfa sehingga kini, susu saya tetap meriah kerana saya mengamalkan set berpantang serta penyusuan Shaklee yang lengkap. Walau kini anak saya tiada masalah jaundice lagi, saya tidak perlukan milk booster alfalfa lagi buat masa ini kerana susu saya dah terlalu banyak sehingga payudara membengkak sekejap je jika Hazim tak menyusu ataupon saya tidak pam susu. Rasa macam nak ambil juga Alfalfa untuk tujuan lain, tapi tunggu dulu. Sebab nak test sejauh mana susu saya boleh kekal banyak tanpa Alfalfa. Namun, saya tetap menjaga nutrisi dengan pengambilan suplimen Shaklee yang sesuai untuk ibu menyusu. 🙂

 

Set ibu menyusu dan berpantang yang sangat lengkap

Set ibu menyusu dan berpantang yang sangat lengkap

 

Hazim alami jaundice hanya selama 2 hari. Hazim lah satu-satunya anak saya yang alami jaundice yang cukup singkat. Aiman dulu sehingga sebulan masih ada sikit-sikit jaundice. Tapi ia tidak membahayakan. Syamimi dan Husna pula alami jaundice dalam 4-5 hari. Hazim yang setakat ini memgang rekod tempoh jaundice yang paling singkat.

 

 

Apa yang saya perhatikan, semua anak saya menyusu dengan banyak. Tapi mungkin disebabkan saya dah miliki 4 orang anak, jadi untuk hadapi anak yang alami jaundice tu lebih mematangkan saya dan buat saya rileks je tak kalut mana, Heheh. Dulu masa anak sulong (Aiman),setiap hari atau selang sehari saya akan ke KBMC untuk bertemu dengan pakar kanak-kanak bagi memastikan jaundice Aiman ok. Sampai Doktor Rujhan bagi treatment free bila berjumpa dengan dia. Sebab saya terlalu risau. Hehe. Anak sulong kan. Masuk anak kedua dan ketiga rileks lagi. Masuk anak ke 4, semakin tenang lah saya :). Betollah kata orang, pengalaman mematangkan kita.

 

 

Beza Hazim dengan abang dan kakak-kakaknya adalah, saya pam susu juga ketika dia tidur dan “paksa” dia minum walau dalam dia tutup mata. Jika saya beri dengan direct feeding, biasanya susah untuk susu saya “lepas” ke tekaknya. Sebab dia tutup mulut rapat2. Kan puting ibu lembut, dan ia berdasarkan kepada bukaan mulut bayi untuk menerima pengaliran susu. Namun, jika susu perahan, bayi tidur pon, kita boleh usaha untuk menolak puting susu itu ke dalam mulutnya kerana ia lebih keras sedikit dari puting susu ibu sendiri. Jadi, susu pulak mudah keluar tanpa komitmen yang banyak dari bayi. So, dia mudah untuk telan susu walau sedang tidur. Kita boleh kejut dia.

 

 

breastmilk

breastmilk

 

Setiap setengah jam mahupon sejam, saya akan kejut Hazim. Untuk pastikan dia sentiasa minum susu. Dan setiap kali lepas menyusu je, mesti dia membuang dengan jayanya. Kadang-kadang sampai 6 kali “tembak” najis kuning dia tu sebelum sempat pampers ditukar. Hehe. Kencing pon, sekejap je penuh pampersnya. Sebab itulah, jaundice Hazim boleh hilang dalam masa 2 hari. Mata dan muka je pon hari tu sempat kuning. Yang lain tak sempat.

 

 

Eh, tercerita cara nak atasi jaundicela pulak. Hehe. Haaa..takpe kan. Kira bonus ni buat pembaca post ini. 🙂 (Terima kasih kerana setia membaca post di blog zahirahhafizan.com 🙂 )

 

 

Akhir kata, saya ingin ucapkan Happy World Breastfeeding Week buat semua ibu-ibu yang menyusukan anak mereka dengan susu ibu. Dan tahniah kerana tidak putus asa. Teruskan kita berkongsi manfaat menyusukan anak2 kita dengan susu ibu. Kerana ramai ibu di luar sana yang perlukan informasi dari kita yang berpengalaman. Bantu teman-teman kita yang nekad untuk menyusukan anak dengan susu ibu mencapai impian mereka juga. Susu ibu, untuk anak. Dan ia adalah yang terbaik.

 

World Breastfeeding Week

World Breastfeeding Week

 

Nak baca kisah saya bersalin dan menyusukan abang dan kakak-kakak Hazim? Boleh baca sini ye 🙂

http://zahirahhafizan.com/2015/04/bersalin-dan-menyusukan-3-anak-tanpa-henti-selama-6-tahun.html

 

Jemput like page khas untuk breastfeeding di bawah kelolaan saya, semoga ia bermanfaat.

Breastfeeding alert https://www.facebook.com/pages/Breastfeeding-alert/600758136678521?fref=ts

 

Ingin mendapatkan suplimen terbaik untuk anda dan keluarga?

Ingin mendapatkan suplimen terbaik dan semulajadi dengan harga yang ISTIMEWA?

Ingin menjana pendapatan  hanya dari rumah?

Boleh hubungi nombor di bawah untuk kami bantu anda mengubah hidup anda…

 

Salam sayang,

Master ira&hafizan

Founder Legasi Anugerah Terindah Group

Owner & Director ZH Land Holdings Sdn bhd

Top 40’s Shaklee Masters

RM 25 Million group sales achiever

Developed 1300 High Level Business Leaders

1 Million Dollar Earner Achiever in Shaklee

Master Ira& hafizan - Founder Legasi Anugerah Terindah

 

zahirahhafizan@gmail.com

Ira Shaklee Kerteh Kemasik paka kemaman 0139422527

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge