Pengalaman manis dan istimewa melahirkan anak ke 4 ~ Muhammad Hafiz Hazim

Alhamdulillah, dah lama saya nak menulis topik ini untuk disemadikan di dalam blog zahirahhafizan.com ini. 🙂 . Sudah pasti ia adalah pengalaman yang cukup manis buat saya sebagai seorang ibu. Tiada yang lebih berharga dari ini. Pengalaman melahirkan zuriat sendiri.

 

Jujur saya katakan, semasa mengandungkan Hazim, saya pernah terlintas. Jika ini adalah kali terakhir aku boleh hidup di dunia. Jika di kala melahirkan aku alami komplikasi. Jika sewaktu melahirkan, aku syahid. Bagaimana lah anak ini dan kakak-kakak serta abangnya akan dibesarkan oleh abah mereka. Saya memang percaya suami saya akan menjaga anak-anak sebaik mungkin. Tapi, saya mahu saya bersama mereka. Sehingga anak-anak membesar dan berkeluarga kelak. Baru saya boleh menarik nafas lega. Hmmm…saya memang jenis kuat beremosi semasa mengandungkan anak ke 4 saya ni. Hehee…

 

Saya berhenti fikir tentang kematian semasa bersalin selepas saya luahkan pada suami apa yang terlintas di fikiran. Katanya, ” Jika tak bersalin pon, kita boleh mati. Ajal maut tu di tangan Tuhan.” Hmmm..pandai suami saya sejukkan dan tenangkan hati saya. hehe. Sebab tu saya kahwin dengan dia. Ops! 🙂 . Gurau jee… 🙂

 

Ok, baru nak kongsi cerita pengalaman bersalinkan Hazim. Hari Rabu, iaitu 6 Syawal, 22 July 2015, saya buat appointment dengan Doktor Haira, KBMC. Dia satu-satunya doktor pakar perempuan di KBMC. Sebenarnya, 2 hari sebelum raya, saya dan suami sudah ke KBMC untuk buat booking bersalin di sana. Tapi, masa tu klinik pakar dah tutup. Hehe.. Jadi, dinasihatkan saya untuk datang pada 6 Syawal. Jika saya bersalin sekarang pon boleh. Tapi doktor Ramli yang akan menyambut kelahiran bayi saya kerana dia on call doktor di musim raya ni. Alahai! Saya takmau doktor lelaki. Dan saya nekad, saya mesti bersalin selepas raya. Hehe. Saya nak doktor Haira juga.

 

Hari Rabu tu, saya ke KBMC buat booking. Check up dengan doktor dulu. Dia cek jalan saya. Dah terbuka 2 cm masa tu. Di waktu itu, kandungan dah berusia 37 minggu 5 hari. Doktor buat scanning. Air ketuban saya pada paras border line. Saya akan “dipaksa” bersalin minggu hadapan jika masih tidak bersalin juga minggu ini. Kerana dikhuatiri air ketuban makin berkurang dan akan memudaratkan bayi saya.

 

Saya pulang ke rumah. Disebabkan oleh rumah dekat, doktor benarkan. 6 jam selepas buat check up dengan doktor, saya keluar darah semasa mahu bersolat asar. Darah bersama lendir. Hmmm…masanya sudah tiba. Saya terus call KBMC dan beritahu berkenaan “show” ini. Dan saya diminta terus ke KBMC dengan kadar segera.

 

Semua persediaan dah saya buat. Satu beg bayi saya bawa ke KBMC. Dan yang lain adalah beg saya untuk isi pakaian dan keperluan saya sehari di wad. Suami pon angkut toto dia sekali 🙂 .  Sebab dia yang akan jaga saya di wad nanti hehe

 

kota bharu medical centre

kota bharu medical centre

 

 

Setibanya jam 7malam di KBMC… saya dirujuk terus ke bilik bersalin kerana sudah ada “show” dalam bentuk darah berlendir. Saya diminta untuk tukarkan pakaian dengan memakai pakaian hospital color pink. I like! 🙂 . Saya tidak merasa apa-apa rasa sakit buat masa ini. Jadi muka pon happy semacam je la hehe.

 

Nurse cek jalan saya. Dah 4 cm katanya. Katanya, saya memang akan bersalin hari ni. Wah! Teruja!!! Saya dah nak jumpa anak yang saya kandung selama ni tak lamaaaa je lagi 🙂

 

 

Tak lama lepas tu, saya rasa sakit sikit sikit je. Macam senggugut yang biasa-biasa saja tahap sakitnya. Sampai saja doktor Haira di bilik bersalin, dia sekali lagi cek jalan saya. Masih 5cm. Doktor nak masukkan air. Kiranya induce lah ni. Saya ni memang jenis ke empat-empat orang anak akan diinduce. jadi saya faham sangat dahla. Kena induce ni, sekejap je saya ni. Tapi sakit induce tu…eheehhee… orang cakap menyakitkan daripada tak induce.  Tapi bagi saya, tak tahu nak compare. sebab semua anak memang saya diinduce.

 

Pukul 10 malam doktor masukkan line dan induce saya melalui drip. Saya memang “pantang” dengan drip ni. Kalau induce melalui faraj (jalan),  memang tak jalan saya ni. Jenis macam tu. Sekejap je drip tu masuk dalam badan saya, contraction yang lebih kuat dirasakan. Serabut tau dengan mesin tu hehe. Memang contraction memuncak-muncak sehingga 200 lebih. Saya hanya perhatikan angka di mesin tu sahaja. Bila dia nak naik je…saya bagitau suami untuk urut belakang saya bahagian pinggang. Memang sakit sangat-sangat. At least, urutan suami di bahagian sakit tu boleh sedikit melegakan saya.

 

Sepanjang dalam bilik bersalin, saya terus berzikir tanpa henti. Yang saya perhatikan sekarang hanya angka di mesin itu saja. Memang rasa sakit apabila contraction memuncak,kerana di situlah cara jalan untuk terbuka lebih luas bagi memudahkan bayi keluar.

 

Sejam saya diinduce, doktor datang cek jalan saya lagi. Kali ni dah 7cm. Saya minta air kosong. Suami memang sediakan air kosong di dalam bilik bersalin tu untuk saya. Saya pon dah siap berstokin dan berselimut kerana rasa sejuk. Yelah, masa ni dalam pukul 11 malam.  Saya terbayangkan anak-anak di rumah di bawah jagaan mak dan ayah saya. Semoga mereka tabah malam ni tidur tanpa abah dan ibu mereka. Esok pagi mereka boleh datang KBMC untuk melihat adik baru mereka.

 

Bagaimana cara nak hilangkan sakit contraction tu?

 

Saya buat imaginasi. Saya bayangkan sekejaaappp sangat lagi saya nak jumpa anak yang comel, gebu, halus, mulus, sihat, yang saya dan suami nanti-nantikan selama ini. Yang abang dan kakak-kakaknya tunggu-tunggu sebelum ini. Serius! Saya guna imaginasi saya. Sebab bila saya fikir macam tu….saya tak rasa lama sakit saya ni. Saya rasa ia cepat-cepat akan berakhir :). Cara ini juga saya gunakan semasa saya nak lahirkan anak-anak saya yang lain. Hehe.. Macam tak sabar nak tunggu baby keluar! Excited kan 🙂 … Jadi, ia mampu kurangkan sedikit rasa sakit saya ni walau tidak sepenuhnya.

 

 

Saya hendak kencing

 

Saya bagitahu suami yang saya nak membuang air kecil. Suami terus bagitahu doktor. Nurse datang dengan catherer bladder drainage (CBD)  untuk sambungkan pada tempat keluarnya kencing itu. Dua kali saya minta. Kerana saya rasa sejuk. Dan saya pon minum air banyak. Yelah, saya dahaga sangat. Hehe. Syukur saya kerana nurse dan doktor sangat-sangat memahami.

 

Saya tidak tahan sakit lagi

Sejak anak pertama lagi, saya tidak pernah menggunakan epidural. Ye, ia bagus untuk elakkan rasa sakit semasa bersalin. Tapi, saya jenis penakut dengan jarum epidural yang panjang tu. Saya tengok melalui internet dan buku je pon dah seram. Sebab tu apa jadi pon, saya tidak ambil epidural. Hebat betol epidural ni. Dia mampu menakutkan saya! Hehe. Yang lebih jelas lagi kenapa saya tidak mahu ambil epidural adalah kerana saya nak rasa camne sakit bersalin ni. Yang pure! Tanpa epidural.  Tapi…saya bukannya seorang yang tahan sakit betol-betol :). Saya diberikan gas entonox untuk disedut. Bagi melalikan saya buat seketika. Ia memang membuatkan saya mengantuk. Sampai saya tertidur walau dalam keadaan contraction yang tinggi. Memang saya masih rasa sakit contraction yang menyengat tu… tapi at least ia sedikit berkurang…Sampai suami saya kejut saya takut pape terjadi kepada saya. Tapi saya tidak respon pon. Terus dia gi bagitahu doktor yang saya tidur. “Doktor, dia tidur. Takpe ke doktor?” hehehee… Tahu risauuuu …. 😛 . Doktor cakap takpe, bagi saya rehat. teruskan urut belakang saya sebab memang masih rasa sakit contraction tu.

 

entonox gas

entonox gas

 

 

Di labour room sebelah, saya dengar doktor cakap.. ” Sikit lagi dik…sikit lagi dik… Dah nampak rambut anak dah ni dik…sikit lagi dik….” Kemudian, saya dengar bunyi bayi menangis. Owh, “jiran” sebelah saya dah bersalin. Selepas doktor uruskan dia…saya sedar…(walau saya dalam keadaan tidur disebabkan gas tu)…. doktor datang kepada saya dan suruh saya lepaskan menyedut gas itu…sebab doktor nak cek berapa cm dah jalan saya. Dalam kesakitan, saya mengizinkan. Dan masa ini, sudah 10cm. Saya tidak rasa nak push pon lagi…Tapi ia sangat menyakitkan!

 

 

Saya nak kencing lagi….

 

Rupa-rupanya, ini kerana punding kencing saya yang penuh itu ditolak oleh kepala bayi. Dia nak keluar dah, tapi sebab pundi kencing saya penuh, jadi dia tidak dapat keluar lagi masa tu. Jadi, bayi terus tolak dan tolak pundi kencing saya untuk keluar. Sebab tu saya rasa sakit…

 

Selepas saya kencing dengan bantuan nurse, terus saya rasa ingin push. 2 kali push, hazim terus keluar ke dunia dengan berat 3kg. Bermulalah kehidupan Muhammad Hafiz Hazim.

 

It’s a boy! 🙂

 

It's a boy!

It’s a boy!

 

Masa ni… kami belum putuskan lagi nama apa nak diberikan kepada bayi kami…. Kerana mengambil sunnah hari ke 7 baru nak bagi nama 🙂 . Nak letak nama ni kena fikir betol-betol dulu 🙂

 

Hazim fresh from oven

Hazim fresh from oven

 

Inilah Hazim… Saat baru dilahirkan…  Fresh from oven! 🙂

 

Di sini saya kongsikan pengalaman saya menyusukan anak saya yang ke 4 ni. Dia baru berusia 25 hari hari ini

http://zahirahhafizan.com/2015/08/susu-ibu-membuak-buak-dan-meriah-sejak-hari-kedua-berpantang.html

 

Perkongsian ini saya berikan juga kepada anda…untuk menjadi inspirasi…saya susukan 3 anak saya yang lain sejak lahir sehingga cukup usianya menjangkau 2 tahun…

http://zahirahhafizan.com/2015/04/bersalin-dan-menyusukan-3-anak-tanpa-henti-selama-6-tahun.html
Saya hanya berkongsi. Semoga ia bermanfaat.

 

 

Ingin mendapatkan suplimen terbaik untuk anda dan keluarga?

Ingin mendapatkan suplimen terbaik dan semulajadi dengan harga yang ISTIMEWA?

Ingin menjana pendapatan  hanya dari rumah?

Boleh hubungi nombor di bawah untuk kami bantu anda mengubah hidup anda…

 

Salam sayang,

Master ira&hafizan

Founder Legasi Anugerah Terindah Group

Owner & Director ZH Land Holdings Sdn bhd

Top 40’s Shaklee Masters

RM 25 Million group sales achiever

Developed 1300 High Level Business Leaders

1 Million Dollar Earner Achiever in Shaklee

Master Ira& hafizan - Founder Legasi Anugerah Terindah

zahirahhafizan@gmail.com

Ira Shaklee Kerteh Kemasik paka kemaman 0139422527

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

5 Responses to “Pengalaman manis dan istimewa melahirkan anak ke 4 ~ Muhammad Hafiz Hazim”
  1. Irfan 27 September, 2015
    • mm Master Ira 3 November, 2015
  2. NOOR AZNA AWANG 8 May, 2016
  3. siti aikasyah 17 May, 2016
    • mm Master Ira 27 July, 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge